Friday, December 28, 2007
Merajuk...
atau anda sendiri yang merajuk? ..
kenapa agaknya seseorang itu merajuk?..
sekiranya anda wanita, maka tak mengapalah anda merajuk..
memang merajuk sinonim dengan wanita (maaf ya kaum wanita, saya rasa anda mengakuinya..hehe)
kalau anak kecil, juga tak mengapa..
kerana anak kecil biasanya tak berfikir panjang..
kalau lelaki dewasa yang merajuk..agak pelik sedikit..
kerana saya rasa lelaki bukan diciptakan untuk merajuk..
tetapi untuk memujuk..
saya kenal seseorang yang agak kerap juga merajuk..
kadang kala saya tak tahu apakah puncanya dia merajuk..
sehingga mengambil masa yang lama untuk berfikir..
aku ada buat salahkah? aku mengecilkan hatinya kah?
banyak persoalan yg timbul..
dan persoalan yg akhir ialah.. bagaimana mahu memujuk?
mula-mula saya mengenali dia, memang agak payah mahu memujuk..
tetapi bila dah lama..saya dah faham..
bagaimana mahu memujuk..
tapi semakin lama, ada sebahagian rajuknya saya pura-pura tak mahu pujuk..
hehe..sehingga keluarlah perkataan..
"abang ni, waktu bercinta, bukan main memujuk..tapi bila dah kawin..buat tak tau aje..orang lelaki memang mcm tu"
memang la mcm tu, dulu abg tak faham lagi..tapi sekarang abang dah faham...hehe..
memang menarik hidup berumahtangga..
dia yang saya sebutkan di sini adalah isteri saya sendiri..
memang rajuknya boleh tahan..
tapi saya rasa bahagia apabila dia merajuk, saya dapat pujuk..
macam menerima satu piala pula..
paling bahagia kalau dalam waktu menangis, atau tarik muka, isteri saya boleh ketawa..hehe
itulah hidup di dunia..tak boleh gembira sentiasa, nanti bosan pula..sekali sekala perlu ada sedikit duka..untuk menambah perisa..
isteri melengkapkan hidup seorang lelaki..supaya kehidupan menjadi lebih seimbang..supaya iman si suami..dan termasuk juga isteri terjaga..
Kisah Adam dan Hawa di syurga...
memang Hawalah yang memujuk Adam supaya terpedaya dengan hasutan syaitan dan makan buah yang dilarang..
sehingga Allah murka..
Tapi Adam tidak menyalahkan Hawa..sebaliknya mereka sama-sama mengambil tanggungjwab..sama-sama bertaubat..sama-sama meneruskan kehidupan di dunia..malah Hawa sentiasa dan terus menemani Adam..
Thursday, December 06, 2007
Kerja Tuhan..Siapa yang Tahu

Soalan yang selalu ditanya oleh rakan-rakan apabila telah tamat pengajian ialah bila nak kahwin?
Itu soalan kepada orang bujang..
Mungkin jawapan yang akan diterima pelbagai..
Belum jodoh salah satunya..
Soalan yang selalu ditanya kepada mereka yang telah setahun dua mendirikan rumah tangga tetapi belum menimang cahaya mata ialah bila nak dapat anak?.. memang itu soalan yg selalu ditanya kan..
Salah satu tujuan perkahwinan ialah untuk mendapat zuriat...satu kelahiran yang menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T..
Itulah juga soalan yang sering isteri dan saya terima setelah setahun mendirikan rumah tangga.. bagi saya soalan ini bukan satu tekanan..
cuma untuk berbasa-basi..
sekadar untuk memulakan cerita..terutama bila bertemu rakan lama..
Tapi, bagi isteri saya..soalan ini menimbulkan tekanan kepadanya..sehingga menitiskan air mata..
Ya..saya memang faham sangat dengan perangai isteri..
Pernah saya menggelarnya puteri air mata..mudah menangis..bahasa untuk kanak-kanak ialah kememeh..
Memang isteri saya sangat sensitif bila mendengar soalan ini..
Tapi bila di depan orang, sekadar tersenyum dengan jawapan belum ada rezeki...
Jawapan sering saya utarakan ialah belum ada rezeki..
Tetapi setelah membaca himpunan cerpen Faisal tehrani di dalam Kekasih Sam Po Bo..
saya menemui jawapan baru untuk soalan tersebut..
ini semua kerja Tuhan..
Ya..kerja Tuhan, siapa yang tahu?...
Saya semakin obses dengan karya Faisal Tehrani..
Cerpen-cerpen dalam Kekasih Sam Po Bo memberikan saya kekuatan dan motivasi untuk berhadapan dengan cabaran harian..sehingga tanpa saya sedari, saya sudah mula meminati karyanya..walaupun tak terkejar saya dibuatnya..terlalu banyak karya yang dihasilkan..
kan seronok kalau ada kerja iaitu dengan membaca, kita akan dibayar gaji..
sudah tentu saya org pertama akan membuat kerja tersebut..hehe
Dalam Kekasih Sam Po Bo, ada dua cerpen yang berkisar persoalan anak..
Kedua-duanya membabitkan pasangan yang telah berumur..
dalam cerpen pertama..si suami dan isteri belum dikurniakan anak..tetapi keyakinan kepada Tuhan semakin tebal kerana suami percaya, itu semua ketentuan..dan Ujian..
Cerpen kedua menceritakan kisah suami isteri yang telah mencapai umur 50..
tetapi Allah telah kurniakan anak..
Itulah kekuasaan Tuhan...
Fikiran secara normal, sudah tentu umur 50 tak lagi bisa melahirkan..
tapi, Allah kan maha Berkuasa..
Ujian selama puluhan tahun kerana tidak dikurniakan cahaya mata telah menebalkan iman pasangan suami isteri ini..
dan iman mereka semakin bertambah tebal apabila dikurniakan anak ketika usia 50 tahun..
Allah sayang mereka kan?..
itu cerita pasal anak..banyak cerpen lagi sebenarnya..pasal kenaikan harga minyak, pasal isu rasuah..pasal sejarah Melaka..memang terkesan saya bila membaca cerpen-cerpen tersebut..
Kerja tuhan siapa yang tahu adalah ungkapan ayat dalam Novel Tunggu Teduh Dulu..
ucapan kenalan rapat kepada Salsabila Fahim iaitu Teh Sofia..
Ya, Kerja Tuhan, siapa tahu?
Tuesday, December 04, 2007
Hari ini kepala pening..hari esok?
Kerana apa?
Kerana saya telah mendapat seorang bos yang boleh dibawa berbincang..
bukan saja soal kerja..tapi soal yg lain juga..
soal apa ya?..
soal masyarakat..isu-isu semasa..agama..
oh ya..semalam saya telah berbual dengan seorang kawan melalui telefon..
saya katakan kepadanya..
"aku lebih suka membuat kerja amal dan kemasyarakatan"
jawab kawan saya..
"sekarang bukan masanya lagi untuk kau membina masyarakat..kau harus membina diri kau"
ya..
memang benar..saya harus membina diri..kemudian barulah membina masyarakat..
tapi..
saya merasakan saya akan dapat membina diri sekiranya saya membina masyarakat..
kerana saya berasa puas apabila melakukan perkara itu..
ya..perkara itu..
perkara yg selama ini membina diri saya...
hari ini..di sebalik kerja yg menimbun..saya gagahkan jua untuk menulis blog kerana saya pening sangat buat kerja..pening sepening peningnya...mujur bos saya bkn cenge orangnya...
"awak sambung esok" sejuk hati dapat bos macam ni kan..jadi tak stress sgt..
oh ya...ada beberapa blog yg saya lawati hari ini..blog yg bagus..dapat membina pemikiran saya..
cuba anda lawati ya...
http://aziziabdullah.blogspot.com/
http://helmysamad.blogspot.com/
http://ulasbuku.blogspot.com/
saya berasa sangat senang hati dan puas kalau dapat membantu org lain...
apakah kepuasan hidup anda?
dalam cerita saya mengenai rumah saya yg dipecah masuk pencuri...ada seseorang bertanya apakah hikmah yang saya dapat?
banyak hikmahnya..
antara yg terbesar ialah..
saya semakin mudah membantu org yg memerlukan..tanpa memikirkan kepentingan diri saya sendiri..
Tuesday, November 20, 2007
Cemburu Dengan Buku dan Surat Khabar
Tentu pernah kan?
Cemburu kan tandanya sayang?
Ini kisah isteri saya..
Saya suka kalau isteri saya cemburu pada saya..
Sebab apabila cemburu, isteri saya akan bersifat lebih manja kepada saya..
hehe..
Dalam banyak-banyak hal cemburu, ada 2 perkara yang saya rasa agak pelik yang isteri saya cemburu...
Pertama... cemburu pada novel apabila saya sudah membacanya..
Kedua... cemburu pada surat khabar yang saya beli terutama pada hujung minggu..
Saya memang pantang apabila sudah mula membaca novel..
tambahan pula novel yang saya suka..
pasti saya akan sudahinya walau apa cara sekalipun dan di mana sekalipun..
memang isteri saya cemburu sangat apabila saya memberi tumpuan yang lebih kepada novel yg saya baca dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling..
keadaan pada waktu itu, hanya saya dan novel yg saya baca...
Itu waktu awal-awal kahwin, sebab saya terbawa-bawa dengan perangai waktu zaman bujang saya..hehe
tapi setelah memahami yang isteri saya cemburu sangat pada novel yang saya baca, saya akan membaca novel tersebut ketika isteri saya sibuk melakukan kerja lain atau ketika isteri saya sedang tidur...
Itulah penyelesaian yang saya dapat lakukan...ada cadangan lain?...
Pada saya, memang penyelesaian ini sgt berkesan...jadi isteri saya tak perlu merungut dan merajuk lagi...hehe..
Lebih membahagiakan saya apabila sambil membaca novel, isteri sedang baring di atas lengan saya...
seperti bercinta dengan 2 orang kekasih pada masa yang sama..kekasih pertama, isteri..kekasih nombor dua, novel yang dibaca..
Perkara kedua yang isteri saya cemburu sangat ialah surat khabar yg saya beli pada hujung minggu..hehe..
Biasanya saya akan membeli suratkhabar ketika keluar bersarapan...sambil sarapan, sambil baca surat khabar..bahagianya terasa waktu itu... tak perlu fikir perkara lain...soal kerja..masalah-masalah lain, semua saya lempar jauh-jauh sewaktu bersarapan hujung minggu..
ditambah pula dengan surat khabar..
Surat khabar yang dibeli dibaca bersama..tapi saya yang lambat menyudahkan bacaan saya.. memang ambil masa separuh hari...
jenuh isteri saya menunggu..apabila tak habis baca di kedai, saya akan baca di rumah...sehingga isteri saya selesai menyediakan hidangan tengahari..
memang isteri saya cemburu sangat pada surat khabar yang saya baca...
Saya belum ada penyelesaian untuk ini..
ada apa-apa cadangan?
Friday, October 26, 2007
Ujian yang tak seberapa ini...ada hikmah tersembunyi
Tarikh : 25/10/2007
Tempat : Rumah Nombor 463-15, Kampung Kerdas, Gombak
Aku masuk ke bilik tidur pukul 12.30 malam..malam ini aku berasa sangat mengantuk...sebenarnya aku dah tertidur di ruang tamu sejak jam 10 malam lagi..
jam 4.30 pagi...aku terjaga kerana terdengar pintu rumah aku yang memang susah untuk dibuka, terbuka..aku terus ke ruang tamu (ruang tamu dekat aje dengan bilik tidur)
Kulihat pintu rumah ternganga luas..eh, ada yang tak kena..kejutkan isteri...rupa-rupanya laptop yang baru je isteri aku gunakan sebelum tidur dah hilang..kebetulan lap top tu tengah dicas di ruang tamu..
cek lagi..beg tangan isteriku (yang aku hadiahkan sempena hari raya - beg tgn tercantik yang isteri aku ada) (termasuk semua dokumen di dalamnya) dah hilang juga...cek lagi..dompet berharga RM10 yang aku beli di Jalan TAR bulan Ramadhan dulu pun tak ada (ada RM500 - untuk tujuan beli peti sejuk)
dokumen-dokumen lain memang hilang la...ic, kad bank, kad matrik uia (aku tak buat clerance DSLP lagi)...semua tu ada dalam dompet aku dan beg tangan isteriku..
sebelum tu, sebaik sahaja pintu terbuka..aku berlari keluar rumah..mana tau dapat kejar pencuri celaka tu..tapi tak nampak apa2..
**perhatian, ini bukan cerita utama di sini..cerita yang paling penting ada di bawah...
###############
Jam 4.50 pagi:
Aku telefon 999..sambungkan pada balai polis Gombak...laporkan kejadian pecah rumah...aku tunggu punya tunggu punya tunggu..polis tak sampai-sampai lagi...dah jam 5.30 pagi...
Jiran aku cadangkan aku pegi sendiri..balai polis Gombak dekat sangat dengan rumah aku sebenarnya..5 minit dah boleh sampai..
Aku pun pergi buat laporan..ok setel pasal laporan..aku tanya apa tindakan yang polis nak ambil..polis tu cakap akan ada orang gi rumah aku..nak siasat..
sekali lagi aku tunggu punya tunggu punya tunggu..dah pukul 8.30 pagi..kenapa lambat sangat polis ni?...aku telefon Sarjan yang bertanggungjawab..telefon diangkat:
Polis: Hello, Sarjan******* bercakap, boleh saya bantu?
Aku: Encik, saya ada buat laporan polis pagi tadi, kes pecah rumah..tapi sampai sekarang tak nampak polis datang pun encik?..
Polis: Oh..encik cuba telefon nombor ***********.
Polis tu menjawab telefon dengan intonasi seolah-olah dia tak tau pasal kes aku ni.. dengan nada kehairanan dan terkejut...
Aku telefon semula Balai Polis Gombak...mengadukan hal yang sama..
dan di akhir ayat : "Encik polis, tolong cepat sikit ye..saya banyak lagi urusan lain yang nak kena buat hari ini..Encik tau kan, Kad pengenalan, lesen, kad atm saya suma hilang..tolong cepat ye Encik"...
Tak lama lepas tu, polis yang berpakaian biasa sampai..betul..tak lama...pelik aku...mungkin aku ni org kecilll...dok kat kampung...pi balai polis pun pakai T-Shirt (tak pakai tai, blaser @ bush jacket)... depa ambil ringan aje...
Polis amik gambar rumah, tempat kejadian, tanya sikit-sikit
Selesai satu hal..
aku ke Pejabat Pendaftaran Negara kat Melawati...Alhamdulillah ada nombor...tapi petang..maksudnya selagi tak siapkan ic sementara, aku tak boleh nak buat lesen dan ambil duit..petang ni aku kena siapkan semua..
Tapi..kena denda..pergh..seratus ringgit..aku pun tanya:
"Bukan kalau kena curi tak payah bayar ke?"
"Kena curi pun maksudnya hilang Encik"..jwb kerani tu..
"Tak sama la akak..kena curi bukan kecuaian saya..tapi kalo hilang, memang sebab kecuaian sendiri"..aku menjawab..
"Encik isi dulu borang rayuan ye"..
Aku pun isi..
Petang tu aku dan isteri ke JPN sekali lagi...dan nak tau berapa aku kena denda?..RM70..banyak jgak tu..isteri aku plak..RM150..lagi banyak..wah..aku fikir, kalo orang tu xde duit, memang susah la hidup dia..dah la kena curi..lepas tu nak kuarkan duit di bank, kena ada ic sementara..lepas tu nak buat ic, kena bayar..
Alhamdulillah ada jiran-jiran dan kawan-kawan yang bagi kami duit dan pinjamkan duit..bleh la buat ic..kalo orang susah macam mana ye?
Itulah dua cerita aku..SATU PASAL POLIS YG LAMBAT BERTINDAK..PENCURI KETAWA
SATU LAGI PASAL DENDA DI JPN...AKU DAN ISTERI DAN ORANG LAIN YANG TAK BERSALAH MERANA...
SEDIH! KECEWA! TERTANYA-TANYA!
Wednesday, October 24, 2007
Jalan-Jalan Raya
Alhamdulillah kami selamat sampai..
Malam tu jgak..kami dapat sms dari Suhail..ajak berjalan raya pada hari esoknya iaitu hari Ahad..Kami setuju..dua rumah sahabat sejak dari UIA yang kami dah rancang..
aku memang dah lama tak jumpa dua orang ni..
Ahad.. walaupun masih diulit keletihan, aku tetap bersemangat nak jalan raya..
Rumah sahabat pertama, IPIN namanya..sekarang tengah mengajar kat Klang..guru JQAF..
kami ke rumah keluarganya di Sungai Tua..
Kemesraan antara kami masih lagi hangat walau dah lama tak jumpa..
Lama jugak dok kat sana..kami makan tengahari...kami juga dapat tau dari Ipin yang Suhaimi dan Ina Naim nak datang rumah dia..hajat di hati nak jgak beraya dengan..bleh la bergambar..hehe..
tapi..Depa sampai lambat la...dan on the way balik, kami terserempak dengan kereta depa..alahai melepas nak beraya dengan depa..walaupun aku ni bukan peminat setia, tapi kalo dapat bergambar pun ok jgak kan?..tapi dah bukan rezeki..
Lepas rumah Ipin, kami bertolak pula ke rumah IKRAM...rumah dia terletak di Kampung Padang Balang, jalan Gombak..
Ikram dah Kahwin..dah ada sorang anak pun..Anas Al-Ikram namanya..macam-macam kami bualkan..maklumla dah lama tak jumpa...dari hal peribadi, isu semasa sehinggalah ke politik dunia..
Hari Isnin, Ikram telefon aku..ajak beraya di rumah abang Jaafar Rahim....
Wah..memang bagus sangat tu...dah lama sangat aku tak jumpa dngan Jaafar Rahim..
Seperti dirancang, malam tadi, aku, suhail, ikram(keje kat PTS),nua manshur(editor di DBP), ajib(bisnes), mali+farah (baru kawin), berg (presiden PKPIM) bertemu di rumah abg Jaafar..dah lama tak rasa suasana sebegini..teringat waktu kami mula-mula melangkah ke UIA Gombak..memang selalu bertemu tokoh2..untuk ilmu dan pengalaman...
Abg Jaafar..seperti kebiasaan..menunjukkan buku-bukunya yang semakin bertambah..penuh satu bilik..dari yg atas rak sampai ke atas lantai..ditambah dengan rak-rak baru..memang penuh rumah dia dengan buku..
Bila bertemu...memang macam-macam kami bualkan..hal-hal hangat dan panas yang tak boleh sangat nak cerita kat sini..
Malam tu, Mali+Farah yang baru kawin tido kat rumah aku..Alhamdulillah...aku dah pindah ke rumah yang lagi besar..bleh la Mali+Farah tido dengan selesa..itupun kena tido atas comforter yang depa dapat hadiah..hehe..sorila..rumah tak cukup tilam..
Memang aku benar-benar terasa nikmat berukhuwah dan bersahabat..
Kepada semua dan kepada diriku sendiri..jagalah sahabat dan kawan-kawan kita sebaik-baiknya...
Susah nak dapat kawan dan sahabat yang betul-betul baik sekarang ni..bila dah dapat, syukurilah..
Hujung minggu ni aku nak beraya lagi...syoknya raya
Monday, October 22, 2007
Hari Raya
Tapi satu perkara yang aku sedikit kecewa, kameraku rosak dan aku tak ada walau satu pun gambar untuk kenangan raya tahun ni..
Raya pertama aku di Batu Pahat..
Solat hari raya di Masjid Batu Pahat (nama sebenar masjid ni aku tak ingat)...memang ramai..sebab Batu Pahat banyak kawasan kampung...
Hampir 40% mereka yang Solat Sunat Hari Raya di masjid ni ialah warganegara asing yang bekerja di Malaysia..kebanyakannya dari Bangladesh dan Indonesia...mereka ni ramai yang bekerja di kilang-kilang..
Makmur betul bumi Malaysia..
Sampai orang luar berusaha nak bekerja di sini..sanggup bergolok bergadai..jual tanah di negara sendiri..
Tapi walau mereka ini patut kita layan sepertu saudara sendiri, kerana Akidah yang satu..mereka masih kita pinggirkan..sampai bila harus begini..Umat Islam tak patut dipisahkan dengan semangat kebangsaan atau kenegaraan..kita Umat yang satu..
Selesai solat, aku dan isteri pulang ke Johor Bahru kerana bapa mentua dah tunggu...selesai beraya, kami ke Singapura..melawat saudara mara di sana..bila terkenangkan Singapura..hiba terasa..kerana bekas Tanah Melayu ini, bangsa Melayunya sudah menjadi minoriti..
oh..sedihnya bila melihat cara anak Melayu dan Islam ini menyambut perayaan di sini..Melayukah ini?..atau Islamkah ini?...apakah Aidilfitri ini perayaan agama atau hanya sekadar adat?...
Setelah selesai melawat saudara-mara di Singapura, kami pulang malam itu ke Johor Bahru...
Itulah hari pertama hari rayaku..perayaan kali ini membuat aku terfikir nasib agamaku dan nasib bangsaku...
Friday, October 19, 2007
Surat-surat Perempuan Johor
Sebagai bekas pelajar Undang-undang dan turut sempat menjadi pengamal undang-undang walaupun sebentar, Surat-surat Perempuan Johor (SSPJ) meninggalkan kesan yang mendalam dalam diriku. Ada antara petikan dlam surat-surat tersebut mempertikaikan bagaimana undang-undang yang tidak ada kaitan sama sekali dengan bangsa Melayu boleh diterima dengan mudah walaupun pada ketika itu iaitu sewaktu Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar, sudah ada undang-undang sendiri di Johor. Surat yang diutus oleh Ungku Hamidah di Turki kepada kekandanya yang berada di Johor turut menyatakan kekecewaannya kepada pemuda-pemuda Johor. Dengan mudah hakim yang dilantik oleh Inggeris membuat keputusan berdasarkan undang-undang Inggeris dan secara langsung mengetepikan undang-undang sedia ada di Johor. Namun, tiada sebarang tindakan diambil. Lemahnya semangat pemuda pada waktu itu..
SSPJ juga mengajak pembaca supaya merenung dan menggali semula sejarah Islam dan Tanah Melayu supaya Umat Islam dan Bangsa Melayu dapat mengembalikan semula jati diri.. Umat Islam dipecahkan mengikut sempadan negara dan bangsa untuk memudahkan kita dijajah..Semangat untuk Islam semakin terhapus..sebaliknya semangat untuk bangsa yang semakin naik..akibatnya bangsa Arab mempertikaikan kemampuan bangsa Turki untuk mentadbir Kerajaan Uthmaniah..Akibatnya juga, bangsa Kurdis tidak ada negara..merempat di sempadan Iraq..baru-baru ini juga, Turki telah menyatakan yang mereka juga akan melancarkan serangan kepada puak Kurdis..
Sebagai satu umat..kita mesti bersatu..bantu-membantu..supaya tidak ada lagi mereka yang merempat..Umat Islam Bangladesh yang datang untuk bekerja di Malaysia harus dibantu..bukan ditekan ibarat hamba..begitu juga dengan warga Indonesia yang beragama Islam..mereka ini harus kita tolong kerana mereka dan kita masih berpegang pada Akidah yang sama..
Thursday, October 11, 2007
Belajar dan Terus Belajar

Semalam dengan bangganya rakyat Malaysia menyaksikan pelancaran Kapal Angkasa Soyuz yang membawa seorang angkasawan pertama dari Malaysia.. Malaysia harus bersyukur dan berbangga kerana banyak kejayaan yang telah kita raih di pentas antarabangsa.
Ya, kita masih baru dalam bidang penjelajahan angkasa..tapi inilah permulaan awal yang baik untuk kita..masih banyak yang perlu kita teroka...BELAJAR DAN TERUS BELAJAR...kerana ilmu Allah ini sangat luas...kita perlu mencari dan terus mencari..menggali dan terus menggali..
belajarlah dari siapapun..orang barat, orang timur, yang penting ilmu itu bermanfaat...
Barat dan Timur adalah guruku... Muslim, Hindu, Kristen, Buddha, Pengikut Zen dan Tao ..Semua adalah guruku... Kupelajari dari semua orang saleh dan pemberani Rahasia cinta, rahasia bara menjadi api menyala.. Dan tikar sembahyang sebagai pelana menuju arasy-Nya.. Ya, semua adalah guruku...
Ibrahim, Musa, Daud, Lao Tze Buddha, Zarathustra, Socrates, Isa Almasih Serta Muhammad Rasulullah... Tapi hanya di masjid aku berkhidmat ..Walau jejak-Nya Kujumpai di mana-mana.
Puisi Abdul Hadi WM -Republika Online edisi : 05 Dec 1999 (http://tehranifaisal.blogspot.com/)
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin..kepada semua yang membaca, memberi komen, menyinggah ke blog ini..
tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan, saudara mara..
terimalah pantun dari saya:
Tahi burung jatuh ke riba
Apalah nasib boleh kena
Hari Raya Bakal Tiba
Beraya lah secara sederhana
Hati-hati di jalan raya
Jalan malam bawa pelita
Selamat Hari Raya
Ampun maaf saya pinta
dan akhir kata:
Berkata Ali Ibn Abi Talib r.a: INGAT dua perkara dan LUPA dua perkara. INGAT lah kejahatan yang engkau talah lakukan kepada orang lain. INGAT lah kebaikan yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kamu. LUPA kan kejahatan yang orang lain telah lakukan kepada kamu dan LUPA kan kebaikan yang engkau telah lakukan kepada orang lain. Jika kamu dapat melakukannya maka kamu adalah sebaik-baik makhluk.
Wednesday, October 10, 2007
JIKA
Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
Jika guru, pensyarah kehilangan arah, ilmu terpaku di dada ijazah
Jika peniaga bermain politik dan bertuhankan laba
Jika cendiakawan cuma mengikut dan membuat komen
Adam akan menyesal dan Iblis akan ketawa besar
-Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud-
Wednesday, October 03, 2007
Baru dapat slip gaji
gaji kat bank tak cek lagi..
aku berdoa sangat gaji masuk...
hutang-hutang banyak nak kena setel...
duit sewa rumah pun kena bayar...
duit raya untuk adik-adik, adik-adik ipar...
duit raya untuk mak abah, mak abah mertua..
servis keta..keta aku dah longgar-longgar..
dan yang penting, dua tiga hari lepas isteri aku dah tanya,
Bila kita nak gi shopping raya bang?...
hehe..
Arin..aku jwb apa yg ko tag aku..sori lambat..
NAME 5 FAVOURITE FOODS THAT YOU FEEL LIKE HAVING NOW:
1. Bihun Sup Kedah yang mak buat (daging dgn tulang direbus pagi-ptg, bihun warna kuning);
2. Spaghetti yang isteri aku buat (pergh..mengancam);
3. Nasi Ayam Marantam Mancongkam, Jalan Gombak;
4. Mee Goreng Kombat, bawah Larut Matang, Taiping;
5. Nasi Ayam kat Doli, Taiping.
NAME 5 FOODS YOU WOULD LIKE TO HAVE FOR BREAKFAST:
1. Roti Canai Yasin, kuah banjir, Simpang, Gombak;
2. Telur separuh masak dua biji;
3. Roti bakar Kluang Station;
4. Lontong kat depan rumah lama aku kat Kg. Changkat, Jln Gombak;
5. Nasi putih dengan gulai ikan sembilang, Asam Kumbang, Taiping.
NAME 5 FOODS YOU WOULD MOST LIKELY BUY FOR BERBUKA TODAY:
1. Nasi Kerabu letak daging bakar;
2. Air kelapa laut kat Gombak Setia(Org Cina Muslim yg jual..pure betul);
3. Tauhu Bakar kat Danau Kota (depan ofis lama aku);
4. Otak-otak Kempas kat Danau Kota;
5. Kuih tepung pelita (mmm..sedapnya)danau Kota jgak.
aku nak tag sape ye?...suhail la..
Suhail (suhail, jgn jwb lepas raya plak ye..hehe)
Apa Perananku?
Faisal Tehrani hari ni....
Maka terdetik persoalan di hati aku...
Apa yang aku dah sumbangkan?
Cukup ke sumbangan aku?
Aku ni lebih teruk dari sami agaknya?
Cukup ke sekadar aku pergi kerja, balik kerja tiap-tiap hari?
cukup ke sekadar berbincang dengan kawan-kawan mengenai masalah umat?
Ustaz yang disebut tu, dah banyak bagi sumbangan ilmu dan kesedaran..
Mungkin target dia nak bagi ilmu kepada penggemar rancangan masakan yang liat nak ke majlis ilmu..
Mungkin juga kan?
Dakwah kan boleh dalam bentuk yang pelabagai...fleksibel...kreatif..
Tapi aku? Apa sumbangan aku?
Tuesday, October 02, 2007
Puji Isteri
(sila lawati http://bicaramanis.blogspot.com/2007/09/abang-tak-sangka untuk rujukan)
aku ingat dia nak ketawa sekali..
tapi dia tarik muka..
alamak!!
aku dah buat silap ke?
"Abang x pernah puji nana pun"..
isteri aku bercakap sambil menarik muka..
Eh..aku x pernah puji ke?...
"Abg x penah puji ke? Macam selalu aje puji.."
"Mana ada"
dah satu hal la plak...
Macam mana aku nak buat ni?...aku rasa aku memang dah selalu puji dah...
Aku pun cerita pasal masakan isteri aku yang memang aku kagum sangat dengan kesedapan dan kepandaian isteri aku memasak masakan tersebut..
tapi..isteri aku tetap tarik muka..
dalam hati menyesal cerita..
aku pun buka topik lain...
Pagi tadi aku dapat idea untuk buat hati isteri aku berbunga..
takkan nak puji plak kan...nanti dia cakap aku tiru Kimi..
atau aku puji tak ikhlas...sebab nak cover yang malam tadi punya...
nak tau apa aku buat?...
lepas sahur pagi tadi...
waktu isteri aku tengah basuh pinggan..
aku pegi sebelah dia dan basuh pinggan sekali...
lepas tu aku bagi satu ciuman di pipi..
dan ucapkan terima kasih sebab kejutkan aku bangun sahur..
dan masak makanan untuk makan sahur..
dan buatkan aku air milo...
semua perkataan tu..aku bisik di telinga isteri aku..
nak tau kesannya?...
wah..tersenyum isteri aku..
sampai ke telinga...
pengajarannya: jangan cerita pasal kebaikan isteri org kat isteri kita..nanti isteri kita jeles..atau dia ingat kita nak sindir dia..heheh..
Tuesday, September 25, 2007
Ramadhan Pertama
Tapi permulaan Ramadhan saya pada kali ini agak hambar dan kurang semangatnya..
Inilah ujian Allah untuk saya....Alhamdulillah, untuk hari kedua Ramadhan, demam saya semakin sembuh...dan untuk hari ketiga, saya sudah sihat sepenuhnya..alhamdulillah..
Tetapi, saya amat kecewa kerana saya jadi malas untuk menambah amalan saya di bulan yg sangat dinanti-nantikan ini..
Insyaallah untuk hari-hari yang berikutnya, saya akan usaha untuk tingkatkan amalan..rugi rasanya melepaskan Ramadhan begitu sahaja..
Jadi, marilah kita sama-sama mengejar kelebihan dalam bulan ini...
Bagaimana dengan Ramadhan anda kali ini?
Friday, September 07, 2007
Alam Baru
20 Ogos 2007
31 Ogos
3 September
Tuesday, August 14, 2007
Novel-novel yang Aku Rindu
Novel-novel HAMKA mempunyai maksud yang mendalam mengenai cara dan corak kehidupan, pergaulan antara manusia dan manusia, manusia dan alam dan manusia dan Tuhan..
Ini merupakan novel HAMKA pertama yang aku baca..sungguh mengasyikkan percintaan Zainudin dan Hayati.. Hinggakan novel ini dijadikan bahan perbincangan dalam perjumpaan-perjumpaan dan usrah yang aku ikuti...
Oleh itu, kepada mereka yang baru mengintai-ngintai untuk bercinta, bacalah novel ini dan fahami maksud tersirat di sebalik setiap patah perkataan yang HAMKA nukilkan di dalamnya.. novel ini juga sesuai untuk mereka yang mencari-cari kekuatan setelah jatuh di dalam hidup...

Novel ini menceritakan mengenai kehidupan suami isteri..sangat sesuai dibaca oleh mereka yang ingin melangkah ke alam rumahtangga.. Sifat-sifat yang ada pada suami dan isteri yang diceritakan oleh HAMKA di dalam novel ini, boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian..
Menceritakan bagaimana sepasang suami isteri bersusah payah membina kehidupan mereka..bila sudah senang, si suami melupakan pengorbanan isterinya...
Salah satu kata-kata yang ada di dalam novel ini yang memberi gambaran tentang kehidupan kita di dunia ini ialah:
" Dalam hidup, kita perlu sentiasa
mendaki dan menuruni...memang payah untuk mendaki bukit..namun
bersabarlah..kerana kita pasti akan sampai ke puncak..apabila berada di
puncak..jangan lalai dan leka..kerana kita pasti juga akan menuruni lurah..mudah
juga untuk menuruni, tapi berhati-hati kerana mungkin kita akan
tergelincir..bila sudah berada di kaki bukit..kita perlu bersedia dan berusaha
untuk mendaki bukit yang seterusnya..itulah kehidupan dunia..jalan rata yang
akan kita tempuhi hanyalah di akhirat nanti..waktu itu, kita tak perlu mendaki
atau menuruni lagi.."
Monday, August 13, 2007
From Taiping with Love: Hari yang memeningkan
Bila aku sampai Mahkamah, baru je nak buka surat khabar..baru je nak baca, ada staf ketuk pintu bilik nak tanya sesuatu.. ala, nak kena uruskan sesuatu pula pagi-pagi ni.. selepas selesai 1 kerja iaitu faks kan apa yang Mahkamah Persekutuan nak, tiba-tiba telefon berdering..alahai, sape la pagi-pagi lagi dah telefon?..
Aku angkat telefon.."Hello, saya tak datang hari ni..ada personal matter." Pergh.. satu bala lagi..Timbalan Pendaftar tak datang..nampaknya, aku kena dengar kes Timbalan Pendaftar hari ni..Maka aku buat pengumuman kat staf..."Kes TP dengar depan saya hari ni." Ada sorang staf, bawa 1 fail...satu je Tuan..dalam hati bersyukur...Alhamdulillah..satu kes aje..aku cek fail tu.."wah, lamanya kes ni tertangguh!"...dari 2005...hari ni untuk bicara!...aku buat keputusan nak bagi tarikh baru...
tak lama lepas tu, peguam yang kendalikan kes ni datang jumpa aku..bengang jgak aku tengok cara dia masuk bilik aku..macam tak hormat sangat..mau je aku halau dia keluar!! (terbayang dalam fikiran aku cara bos halau pekerja dia keluar ofis..) tapi aku tak sekejam itu..aku terima dia baik-baik..walaupun dalam hati ada sikit bengkek sama itu peguam..sebab dia datang dari Seremban, aku bagi muka dekat dia..ye la, datang jauh kan...
Dia merayu supaya aku teruskan juga kes dia... aku cadang nak tangguh.. pasal ni minggu terakhir aku kat sini..memegang jawatan SAR/PKP..tapi bila dia merayu atau lebih kepada mendesak sebenarnya...memandangkan dia datang jauh..lagi sorang pun dari KL..maka aku teruskan juga..
Tapi aku tangguh sebentar sampai jam 10 pagi..pasal nak kena buat reman...sebab Majistret dua-dua orang tak ada..sorang buat part heard..sorang lagi transfer ke tempat lain..
Aku dengar semula kes yang peguam dari Seremban dan KL tu lepas habis reman..mujur tak banyak sangat Reman hari ni..
Aku pun dengar..dengar..dan dengar...kedua-dua pihak berhujah depan aku..sampai akhirnya aku kena buat keputusan...wah..tanpa aku sedari, aku kena buat keputusan..pening kepala aku...tambah lagi 1 keputusan yang aku kena buat di saat-saat nak tinggalkan Mahkamah...pening..pening...
Dan lebih memeningkan dapat pula sms dari adik manja aku..marah-marah dan merajuk..bila aku tepon tak angkat..lepas tu matikan telefon..pening-pening...
Tapi muka tetap maintain tenang...walaupun hati berkocak-kocak...
p/s: moral untuk hari ni, kita kena pandai kawal emosi..dan kadang kala kena pandai lepaskan emosi tu..tapi kena sentiasa tenang..ye la aku kan anak sulong..betul tak Arin?..hehe
Thursday, August 09, 2007
Lakukan Sesuatu
Saya mendapat emel dari seorang kawan menceritakan kisah Ani, seorang saudara baru yang melakukan sesuatu yang mampu dilakukannya untuk membantu agama dan masyarakat...bagaimana dengan kita?..
Personaliti: Ani dekatkan Islam kepada pelancongOleh Hasliza Hassan
Sukarelawan di Masjid Negara hapus salah faham agama dikait dengan keganasanSALAH faham terhadap Islam dapat diperbetulkan jika masyarakat bukan Islam diberi penjelasan sebenar mengenai ajaran Islam kerana majoriti yang mempunyai pandangan salah itu memperoleh maklumat daripada sumber tidak tepat.
Sukarelawan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ani Kim Abdullah, 51, berkata masyarakat bukan Islam terutama pelancong yang melawat Masjid Negara kebanyakannya terkejut apabila diberitahu mengenai Islam.
Beliau yang menjadi sukarelawan di Masjid Negara berkata, ada antara pelancong yang datang melahirkan rasa gembira untuk mengetahui hakikat Islam sebenar kerana ia memang jauh berbeza daripada fahaman yang mengaitkan Islam dengan keganasan.“Sedih apabila ramai mengaitkan Islam dengan keganasan hanya kerana mereka mendapat maklumat yang salah. Saya rasa penting bagi kita memberitahu mereka mengenai Islam sebenar kerana majoriti memang tidak tahu apa-apa mengenai Islam.“Oleh itu apa yang mereka peroleh daripada media sama ada televisyen atau akhbar, itulah yang diterima bulat-bulat. Apabila kita beritahu mereka keindahan Islam, mereka terkejut kerana tidak sangka selama ini mereka mempunyai tanggapan salah,” katanya.
Beliau yang di temui di hadapan ruang solat Masjid Negara mengakui berasa puas apabila dapat memberi maklumat kepada pelancong dari serata dunia yang datang berkunjung ke salah satu lokasi yang menjadi tarikan pelancong luar di negara ini.
Lebih menggembirakan hatinya apabila pelancong yang datang untuk melihat keindahan reka bentuk struktur bangunan Masjid Negara memberi maklum balas positif serta menunjukkan minat mengetahui lebih lanjut mengenai Islam.
Melihat kepada tugas yang dilakukan, sukarelawan di Masjid Negara ibarat seperti penyambut tetamu yang mengalukan kedatangan pelancong dengan senyuman mesra dan bersedia menjawab setiap persoalan dengan ramah. Ani berkata, beliau akan memulakan perbualan ringkas dengan pelancong untuk membuatkan mereka berasa selesa seperti bertanyakan sama ada mereka memerlukan penerangan mengenai masjid itu.
Katanya, apabila melihat mereka mula berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, perlahan-lahan beliau akan membawa perbualan kepada prinsip rukun Islam yang lima secara ringkas kepada mereka.“Semua itu adalah perbualan biasa tetapi secara tidak langsung kita suapkan maklumat kepada mereka. Ini bukan ceramah jadi kita tidak boleh beritahu Islam itu begini dan kena buat begini. Takut nanti mereka tidak boleh terima.“Sebenarnya mereka tidak tahu mengenai Islam dan kita tidak boleh fikir mereka tahu. Lagipun, orang Islam sendiri tidak banyak bercakap atau beritahu maklumat sebenar. Berapa ramai sangat orang bukan Islam yang baca buku mengenai Islam.“Semua
faktor ini perlu kita ambil kira dan dengan cara itu kita akan tahu bagaimana hendak mendekati mereka. Bukan semua pelancong yang datang akan bertanya dan kita pun tidak boleh nak dekati mereka semua,” katanya.Beliau berkata, selain maklumat mengenai sejarah dan perkembangan Masjid Negara, beliau juga sering ditanya soalan umum mengenai Islam antaranya kenapa wanita Muslim perlu menutup aurat dan apakah status wanita dalam Islam.
Oleh itu katanya, beliau perlu memikirkan jawapan yang boleh diterima dan menepati rasional akal kerana bagi yang tidak mengenali Islam pastinya sukar untuk menerima alasan semua itu ditentukan Allah.“Jika kita kata menutup aurat adalah suruhan Allah, mereka tidak akan berminat. Jadi kita terangkan kenapa wanita menutup aurat ialah kerana hendak tingkatkan taraf wanita supaya lelaki tidak lihat mereka hanya sebagai objek.
“Apabila berbual dengan wanita bertudung, selalunya kita akan hargai apa yang diperkatakan kerana tidak ada yang mengganggu perbualan. Ini pendekatan yang kita ambil supaya mereka dapat melihat kebaikan di sebalik suruhan itu,” katanya.
Ani mula berjinak dengan tugas sukarelawan di Masjid Negara sejak Februari lalu apabila seorang kawan yang juga sukarelawan memberitahu mengenai aktiviti Islamic Outreach Abim memberi penjelasan mengenai Islam kepada pelancong yang datang.Berasakan beliau boleh menyumbang kepada penyebaran syiar Islam, ibu kepada tiga cahaya mata itu meluangkan masa antara jam 3 hingga 6.30 petang untuk berada di sudut yang disediakan di hadapan ruang solat iaitu kawasan yang dibenarkan melawat kepada pelancong luar.
Beliau turut ditemani suaminya, Mohd Abdul Kader dan kadang kala anaknya, Nursakina datang membantu terutama bagi memberi penerangan kepada golongan muda yang lebih serasi berbual dengan mereka yang sebaya.
Selain tugas sukarelawan, beliau yang mempunyai syarikat membekal bahagian kapal terbang banyak terbabit dengan aktiviti amal termasuk menguruskan biasiswa untuk pelajar Muslim di China yang ingin melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat.
Beliau turut memberi perlindungan kepada keluarga Muslim yang terkandas di Malaysia antaranya pereka fesyen terkenal Hollywood, Sugia dan seorang doktor berbangsa Iran yang selamat daripada peperangan Iran-Iraq dan kini menjadi psikiatri di Bosnia.
Ani juga banyak terbabit dalam persidangan anjuran Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Budaya Islam (IRCICA) yang dikendalikan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan menjalin hubungan baik dengan pelbagai organisasi Muslim di Damascus serta Kaherah.
Berdasarkan sumbangan aktif itu, beliau dianugerah Tokoh Saudara Baru Majlis Tilawah al-Quran Saudara Kita 2007 anjuran Nusantara Gems Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Islamic Outreach Abim.Anugerah Tokoh Saudara Baru bagi mengiktiraf mereka yang terbabit secara aktif berdakwah dan membimbing saudara baru memahami serta mendalami Islam.
Menceritakan kisah bagaimana beliau mengenali Islam dan kemudian mengambil keputusan memeluk Islam, anak kelahiran Kedah itu berkata, semuanya bermula apabila beliau berasakan hidupnya terumbang ambing kerana tiada arah tuju.Sebagai remaja berusia 18 tahun yang juga yatim piatu, beliau berasakan perlu mencari haluan hidup yang boleh memberi ketenangan kepada jiwanya yang sentiasa memberontak.
Beliau yang yakin dengan kewujudan Tuhan mula membuat penyelidikan mengenai pelbagai agama dan mendapati Islam adalah agama yang memberi jawapan jelas terhadap persoalan mengenai kehidupan.Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang Muslim terutama apabila tidak mendapat sokongan serta bantuan yang diperlukan.
Baginya yang dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina menghadapi kesukaran kerana tidak diterima baik oleh masyarakat Melayu.“Saya ada pergi ke organisasi untuk mereka yang ingin memeluk Islam tetapi mereka tidak banyak membantu. Cara saya peluk Islam ini boleh dikatakan bersifat peribadi kerana ia antara saya dengan Allah.“Selepas dua tahun memeluk Islam saya berkahwin. Ilmu mengenai Islam banyak saya peroleh daripada buku yang banyak masuk ketika itu selain bimbingan suami.
Sejak 1991, saya banyak terbabit dengan aktiviti berkaitan Islam,” katanya.Beliau berkata, bekerja untuk Allah ganjarannya dijamin dan lebih penting, Allah tidak pernah mengkritik setiap usaha yang dilakukan hambanya. Malah, kebaikan bukan saja untuk akhirat tetapi kegembiraan yang dirasakan di dunia juga adalah ganjaran Allah yang tidak ternilai.
Oleh itu katanya, beliau akan terus melakukan kerja untuk mendapat keredaan Allah dan pada masa sama memberi manfaat kepada umat Islam. Ani turut melahirkan harapan untuk melihat Pusat Sosial, Kebudayaan dan Komersial Islam yang lengkap dengan masjid, premis kebudayaan, kedai makan, pusat kraf dan penubuhan sekolah berasaskan prinsip Islam yang memiliki kemudahan terbaik untuk melahirkan Muslim.
Tuesday, August 07, 2007
Mahasiswa
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.
Usman Awang, September 1961
Friday, August 03, 2007
SETEGUH TEKAD: PERJUANGAN

Dulu, di kampus boleh bergerak aktif..macam-macam perkara, aktiviti dan program yang aku buat dan sertai..terasa lain benar bila dah tidak berada di alam kampus..
Setelah habis satu buku aku baca, baru aku sedar apa yang aku lalui hanya biasa sahaja jika dibandingkan dengan Cikgu Sidek..mempunyai lapan orang anak dan semuanya dibawa bersama sewaktu melanjutkan pelajaran di Amerika..
Dalam pada kesusahan hidup di negara orang, Cikgu Sidek masih ada masa untuk menyumbang kepada agama..Aktif dalam kegiatan Abim dan keagamaan di Amerika..berjalan ke sana ke sini untuk berusrah..menyampaikan ceramah..
terima kasih Cikgu Sidek kerana menyedarkan aku..terima kasih kepada Farah, adik iparku kerana sudi meminjamkan buku ini kepadaku..
Panduan Untuk Guru
Saya merasakan guru-guru, bakal guru, dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pendidikan patut membaca buku ini..
Sesuatu yang menarik dalam autobiografi ini ialah bukan sekadar catatan dan kehidupan Cikgu Sidek..sebaliknya, terdapat sesuatu yang perlu direnung lebih dalam..
Mengenai kehidupan seorang guru, cikgu Sidek sedikit sebanyak menyedarkan bahawa guru ada bukan untuk mengajar mereka yang telah pandai..sebaliknya guru berperanan mengajar setiap pelajar yang ada di dalam kelas..
Pelajar yang sedikit terkebelakang dalam memahami pelajaran tidak harus ditinggalakan begitu sahaja..menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membimbing pelajar itu mengikut tahap pelajar tersebut..itulah baru dikatakan guru itu seorang guru yang baik..bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing..
Tidak ada orang yang dilahirkan dalam keadaan bodoh..tujuan ke sekolah adalah untuk menjadikan orang bodoh itu kepada pandai..tapi dia tak boleh terus pandai..ada yang cepat, dan ada yang lambat..
Teringat kata-kata Abah bila ada orang bertanya kenapa semua anak abah menjadi..Abah juga seorang pendidik..bermula sebagai seorang guru sekolah vokasional..kemudian melangkah menjadi pensyarah Politeknik..kemudian berlari menjadi pensyarah universiti..jawab Abah, "Saya mengajar anak orang untuk jadi pandai. Sebab tu anak-anak saya pun pandai".
Oleh itu saya mengesyorkan kepada pada pendidik agar membaca buku ini..dan kepada rakan-rakanku yang menjadi pendidik, ingatlah bahawa anda mendidik generasi masa hadapan..didiklah sebaik mungkin kerana profesion ini mrupakan profesion yang sangat mulia..
Thursday, August 02, 2007
Protes Gwen Stefani
Kami mencadangkan agar dibatalkan konsert Stefani, artis dari US, bekas penyanyi kumpulan No Doubt, yang akan dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil nanti.Kita berpendirian, bahawa penganjur (Hotlink) juga patut berhenti, kerana menanam saham menganjurkan konsert ini. Apakah rasionalnya penganjur menjemput artis yang sedemikian rupa, yang pasti tidak langsung membantu mendidik dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada generasi muda. Prinsip kita jelas, iaitu, "Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar".
Syarikat pra- bayar itu telah banyak menganjurkan konsert, yang maraton sifatnya. Paling mendukacitakan ialah, mengapa artis yang dijemput sudah jelas melanggar adab etika budaya masyarakat ini? Sebagai contoh kumpulan Pussycat Dolls, pada 2006. (boleh lihat koleksi gambar sepanjang konsert tersebut dalam http://www.hotlink.com.my/).
Jelas, sangat menjijikkan dan kurang ajar sekali mereka it, kerana seolah- olah negara kita ini tiada undang- undang dan adat budaya. Apakah mereka ingat negara kita ini 'hutan', yang mempunyai aktor 'tarzan', yang dedah sana, dedah sini?Kurang ajar mereka sudah pasti suatu yang mereka sengaja lakukan. Mustahil mereka tidak tahu Malaysia merupakan majoriti beragama Islam, dan masih mempunyai nilai ketimuran yang terpelihara.
Harus sahaja mereka diharamkan terus daripada menjejekakkan kaki di Malaysia!Paling penting, kita kompromi dengan hiburan dan konsert. Namun demikian, artis yang ditaja membawa latarbelakang hegemoni Barat, yang bertujuan neo- kolonialisasi minda dan budaya orang kita. Proses Amerikanisasi dengan tujuan menguniformkan budaya kuning mereka kepada budaya kita perlu dihantar dengan mesej kita protes konsert itu!
Tue Jul 31, 2007 4:59AM EDT
KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia should pull the plug on the Kuala Lumpur leg of U.S. singer Gwen Stefani's upcoming Asian tour because of her indecent dressing and obscenity, a Muslim students' group said on Tuesday.
The 10,000-strong National Union of Malaysian Muslim Students said Stefani's August 21 concert, which is part of her 'Sweet Escape' tour, would clash with local Asian and Islamic values.
"Her video clips promoting the event are too obscene," Mohamad Hilmi Ramli, the group's president, told Reuters. "We want the organizers to cancel the concert, failing which we will ask the authorities to intervene."Ethnic Malays, who are by definition Muslims, make up just over half of Malaysia's 26 million people. Ethnic Chinese and
Indians, who are mostly Buddhists, Christians or Hindus, form sizeable minorities.
Hilmi also criticized Malaysian mobile phone firm Maxis Communications for promoting the concert."Maxis has been staging a series of foreign acts ... to make a profit and to expose our young generation to things such as moral decay," he said.Maxis officials could not be immediately reached for comment.
http://www.reuters.com/article/entertainmentNews/idUSKLR31063820070731
© Reuters 2007. All rights reserved.
From Taiping with Love: Gulai Ikan Sembilang

Wednesday, August 01, 2007
From Taiping with Love

menara kat tengah pekan Taiping
Monday, July 30, 2007
ULASAN BUKU: SETEGUH TEKAD

TAJUK .: SETEGUH TEKAD
PENULIS .: Profesor Dr. Sidek Baba
HARGA .: RM13.00
HaLAMAN .: 320
Buku yang ditulis oleh Cikgu Sidek ini benar-benar menyentuh perasaan dan menaikkan semangat saya. Pada mulanya saya hanya mahu membelek buku ini sekali lalu.
Saya membahagikan pengajaran daripada buku ini kepada beberapa bahagian:
1) Kecekalan dan keazaman untuk mengharungi hidup yang semakin mencabar
2) Peranan suami/bapa dan isteri/ibu di dalam rumahtanga
3) Kesungguhan yang perlu ada kepada mereka yang terlibat dalam gerakan
Jadi, saya akan membincangkan ketiga-tiga pengajaran ini satu demi satu dalam tulisan saya yang seterusnya........Sesuatu yang menarik di dalam buku ini ialah prakata yang ditulis oleh A.Samad Said..Rugi sangat kalau tak baca..jumpa lagi...
Tuesday, July 24, 2007
Bola Sepak Malaysia
Banyak

Di dada-dada akhbar, memang banyak pihak yang mengeluarkan komen..
Memang dah jadi masalah negara...siapa yang tak marah?...duit habis berjuta-juta..duit siapa? Duit rakyatlah...di saat-saat kerajaan nak melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-9..duit tak sepatutnya dibazirkan begitu sahaja... MSN sendiri terkejut apabila FAM membelanjakan RM450,000.00 sewaktu kunjungan ke Australia sebagai persediaan menghadapi Piala Asia (http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Sukan/
Itulah akibat apabila Politik dicampur adukkan dalam urusan pentadbiran dan sukan...individu yang sepatutnya mentadbir, tidak dipilih...akibatnya jatuh mutu bola sepak...maruah negara juga terjejas...
"Ia menunjukkan sistem kita tiada akauntabiliti. Orang diberi gaji cukup tinggi, tetapi tidak menunaikan tanggungjawab. Seorang setiausaha persatuan bola sepak beberapa tahun lalu (sekarang saya tidak tahu), boleh mendapat gaji RM7,000 sebulan. Jumlah ini jauh lebih banyak berbanding apa yang biasa dibayar kepada siswazah.Malah, saya diberitahu pada suatu masa dulu ada pemain bola sepak mendapat hingga RM17,000 sebulan. Bagaimana boleh merosot sedangkan zaman dulu pemain tiada satu sen pun. Saya rasa wang merosakkan segala-galanya".
Kata-kata Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.
(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Rencana/
Hmm..bola sepak-bola sepak...
Monday, July 23, 2007
Bulan Rejab
Banyak amalan-amalan yang elok diamalkan di bulan rejab nie..
antaranya kita digalakkan membanyakkan puasa sunat..sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti... Sekarang nii bulan Rejab..lepas tu Syaaban..lepas tu Ramadhan..kejap je kan?..
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya’rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :”Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah”
Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):“
1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura’, disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya’ban atau dengan banyaknya.
“lagi, marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan Rejab nie dengan berpuasa sunat..
(dipetik dari http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/17/fadhilat-rejab-antara-realiti-dan-fantasi/)
Thursday, July 19, 2007
Impian Tercapai
Wednesday, July 18, 2007
Akulah perindu
tinggalkan isteri jauh di KL...weekend husband and wife la kiranya aku dengan org rumah aku..
bukan mudah oo...isteri tercinta jauh di mata..tapi kata orang, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan...betul ke?..mungkin ada betulnya..setiap minggu, akulah perindu...tunggu untuk sampai waktu..bertemu dengan isteri... gembira bukan kepalang apabila isteri tercinta muncul di pandangan..dengan senyuman yang menawan..hati keruan jadi tenteram... indahnya saat itu..
hidup begini, terasa seperti bercinta... tiap-tiap hari bergayut kat telefon melepaskan rindu (aku x penah pun buat mcm tu waktu bercinta dulu..hehehe)..bangun pagi..telefon dicari..sms pemula hari..sampai ofis..call...kat mana tu sayang?...walau dah hafal aktiviti harian...time rehat...sms..dah makan?..makan apa?...dah solat?...
Tapi kan lagi indah kalo hari-hari di depan mata?...