Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Pencapaian Ramadhan: Mudah-mudahan berterusan

Bulan Ramadhan dan 1 Syawal dah pun berlalu..
Banyak perkara yang terjadi..
Tapi 1 pun tak terluah di sini..

Mungkin sebab terlalu sibuk dengan tugasan harian..
dan mungkin juga tak ada idea nak menulis..
Mungkin kedua-dua sebab ini menyukarkan saya untuk mencatat sesuatu di dalam blog ini..
Pencapaian saya sepanjang bulan Ramadhan ialah:

i) Berpuasa 1 bulan
ii)Menunaikan solat terawih tiap2 malam
iii)Khatam Al-Quran
iv)Menghabiskan pembacaan "Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata" hasil tulisan Fatini Yaacob
v)Menghabiskan pembacaan "Kenang-Kenangan Hidup" tulisan Prof Dr. HAMKA..
vi)Menyiapkan proses memohon pasport yang hilang
vii)Membawa anak dan isteri bersiar-siar setiap hujung minggu

Itulah pencapaian hidup saya sepanjang bulan Ramadhan yang lalu..Kalau dikenang-kenang, susah juga untuk melakukan semuanya dalam bulan-bulan lain..mungkin berkat Ramadhan, saya dapat melakukannya. Saya berdoa semoga dapat meneruskan pencapaian ini dalam bulan2 yang lain juga..
Menghabiskan bacaan Al-Quran, menghabiskan pembacaan Natrah dan menghabiskan pembacaan Kenang-kenangan Hidup..

Saya banyak membaca rupanya dalam bulan Ramadhan..Natrah dan Kenang-kenangan Hidup adalah dua buah buku yang tebal..Kedua-duanya adalah biografi kehidupan manusia..Natrah adalah biografi tentang hidup manusia lain manakala Kenang-kenangan Hidup adalah biografi penulis sendiri.

Sebuah kitab Al-Quran dan kedua-dua buah buku ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya..sering saya menitiskan air mata ketika membaca ketiga-tiganya..

Sejak bulan Ramadhan, perasaan empati saya menjadi semakin tebal.. jika melihat ayah membawa anak membonceng motosikal..saya akan berkata kepada anak saya:
" Huda, bersyukurlah kita ada kereta..walaupun kecil cuma..sekurang-kurangnya kereta kita ada pendingin hawa..kesian pakcik dengan anaknya tu.. kena habuk dan berpanas.. Alhamdulillah sayang"
Mulai bulan Ramadhan juga, saya melebihkan nilai yang disedekahkan.. dan saya berazam untuk meneruskannya..mudah-mudahan..InsyaAllah..
Banyak yang saya cerita amalan saya sepanjang bulan Ramadhan..
bukan untuk mendabik dada..tetapi untuk mengingatkan diri sendiri.. kerana saya selalu membuka blog ini..
Mudah-mudahan saya dapat meneruskan amalan-amalan ini dalam bulan yang lain juga..InsyaAllah..amiiiin..
Agak suram juga cerita tanpa gambar..
Jadi, teman-teman, nikmatilah gambar-gambar ini sekadar untuk halwa mata kita bersama:



Gambar-gambar ketika di Taman Burung KL (KL Bird Park) : Abah dengan Ummi yang terlebih gembira..hehe..Huda muka selamba saja


Gambar raya pertama kami sekeluarga: Huda dengan ummi berbaju baru, abah sahaja yang pakai baju raya dua tahun lepas. Dah memang tanggungjawab seorang abah 1 Malaysia, pakaian anak isteri didahulukan..hehe

Huda suka sangat kalau rumah yang dikunjungi ada halaman yang luas..petik bunga dan main paip air yang paling Huda suka.. nampaknya abah kena pindah Felda.. Kat KL tak mampu nak ada halaman yang luas.


Raya hari tu, sebab rumah wan di B.Pahat dan rumah atok di JB lebih luas dan ada halaman, Huda dah boleh berjalan sebab rajin berlatih..dan hasilnya bila di pasaraya, abah tak payah dukung Huda lagi..Huda berjalan sendiri..Huda paling suka susun barang kat sini

Thursday, July 24, 2008

Mendaki Bukit Tabuh




Hari Sabtu yang lalu (20.07.2008) saya dan rakan-rakan yang lain (Suhail, Malie, Ishak, dan lain-lain), telah mendaki Bukit Tabuh..

Kami memulakan pendakian di Kaki Bukit Tabuh di Melawati, Kuala Lumpur..
Dah lama tak mendaki atau jungle treking..
Jemputan daripada Suhail memang takkan saya lepaskan..
Pendakian dimulakan sekitar jam 7 pagi..

Ramai juga penunjung yang mempunyai aktiviti yang sama dengan kami..
Apa yang menarik tentang pendakian ini ialah,
kita dapat menyaksikan dua pemandangan yang berbeza,
Sebelah, pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang sesak dengan bangunan..
Sudah tentu KLCC dan Menara KL jelas kelihatan..
Di sisi yang lain pula,
Pemandangan alam semula jadi yang belum tercemar..
turut kelihatan empangan yang menjadi sumber air sebahagian penduduk Lembah Klang..

Memang indah alam ciptaan Tuhan,
Kalau masih ingat pelajaran Geografi,
kita dapat melihat jenis-jenis pokok dari kaki bukit sehingga ke puncak..
Bermula dari pokok yang tinggi-tinggi, berbatang besar dan berdaun lebat memayungi alam di kaki bukit,
sehingga ke lumut-lumut di batu-batu dan pokok yang berdaun jarang dan berbatang kecil, di puncak bukit,
banyak yang boleh dipelajari..
Hebat sungguh Pencipta yang mencipta alam ini..

Selain daripada alam semula jadi,
kita dapat melihat perhubungan antara manusia..
memang indah dan gembira melihat perhubungan antara manusia bermula di kaki bukit sehingga ke puncak..
apabila menghadapi kesukaran, bukan di dalam kumpulan sahaja yang membantu,
tetapi kumpulan lain yang turut sama mendaki, sama-sama membantu..

setiap orang, berlainan kaum, sama-sama membantu agar masing-masing dapat sampai ke puncak bukit..
komunikasi sesama pendaki yang berlainan bangsa juga kelihatan amat mesra..
kami dapat saling bertegur sapa dan bertanya khabar..
ah, indahnya kalau keadaan begini juga dapat dirasakan bukan sahaja pada waktu mendaki..tetapi setiap masa..
tanpa prejudis, saling membantu, saling memberi tunjuk ajar..
kerana matlamat kami sama..
melihat keindahan alam dan sampai ke puncak..

di sini, di Bukit Tabuh, saya bukan sahaja dapat melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan..
tetapi saya dapat melihat keindahan perhubungan sesama manusia yang berbilang kaum, pelbagai warna kulit yang juga diciptakan Tuhan..

Monday, October 22, 2007

Hari Raya

Hari Raya kali ini memang banyak aku berajalan dan mengunjungi sanak saudara..

Tapi satu perkara yang aku sedikit kecewa, kameraku rosak dan aku tak ada walau satu pun gambar untuk kenangan raya tahun ni..

Raya pertama aku di Batu Pahat..
Solat hari raya di Masjid Batu Pahat (nama sebenar masjid ni aku tak ingat)...memang ramai..sebab Batu Pahat banyak kawasan kampung...

Hampir 40% mereka yang Solat Sunat Hari Raya di masjid ni ialah warganegara asing yang bekerja di Malaysia..kebanyakannya dari Bangladesh dan Indonesia...mereka ni ramai yang bekerja di kilang-kilang..

Makmur betul bumi Malaysia..
Sampai orang luar berusaha nak bekerja di sini..sanggup bergolok bergadai..jual tanah di negara sendiri..

Tapi walau mereka ini patut kita layan sepertu saudara sendiri, kerana Akidah yang satu..mereka masih kita pinggirkan..sampai bila harus begini..Umat Islam tak patut dipisahkan dengan semangat kebangsaan atau kenegaraan..kita Umat yang satu..

Selesai solat, aku dan isteri pulang ke Johor Bahru kerana bapa mentua dah tunggu...selesai beraya, kami ke Singapura..melawat saudara mara di sana..bila terkenangkan Singapura..hiba terasa..kerana bekas Tanah Melayu ini, bangsa Melayunya sudah menjadi minoriti..

oh..sedihnya bila melihat cara anak Melayu dan Islam ini menyambut perayaan di sini..Melayukah ini?..atau Islamkah ini?...apakah Aidilfitri ini perayaan agama atau hanya sekadar adat?...

Setelah selesai melawat saudara-mara di Singapura, kami pulang malam itu ke Johor Bahru...
Itulah hari pertama hari rayaku..perayaan kali ini membuat aku terfikir nasib agamaku dan nasib bangsaku...

Thursday, July 19, 2007

Impian Tercapai


Gambar di ladang teh di Cameron Highland..
10/6/2007...Tercapai juga impian isteri tercinta untuk ke Cameron Highland...
Walaupun lambat setahun..Annivesary yang pertama...