Friday, December 28, 2007

Merajuk...

Pernahkah orang yang rapat dengan anda merajuk?
atau anda sendiri yang merajuk? ..

kenapa agaknya seseorang itu merajuk?..

sekiranya anda wanita, maka tak mengapalah anda merajuk..
memang merajuk sinonim dengan wanita (maaf ya kaum wanita, saya rasa anda mengakuinya..hehe)

kalau anak kecil, juga tak mengapa..
kerana anak kecil biasanya tak berfikir panjang..

kalau lelaki dewasa yang merajuk..agak pelik sedikit..
kerana saya rasa lelaki bukan diciptakan untuk merajuk..
tetapi untuk memujuk..

saya kenal seseorang yang agak kerap juga merajuk..
kadang kala saya tak tahu apakah puncanya dia merajuk..
sehingga mengambil masa yang lama untuk berfikir..
aku ada buat salahkah? aku mengecilkan hatinya kah?
banyak persoalan yg timbul..
dan persoalan yg akhir ialah.. bagaimana mahu memujuk?

mula-mula saya mengenali dia, memang agak payah mahu memujuk..
tetapi bila dah lama..saya dah faham..
bagaimana mahu memujuk..

tapi semakin lama, ada sebahagian rajuknya saya pura-pura tak mahu pujuk..
hehe..sehingga keluarlah perkataan..
"abang ni, waktu bercinta, bukan main memujuk..tapi bila dah kawin..buat tak tau aje..orang lelaki memang mcm tu"

memang la mcm tu, dulu abg tak faham lagi..tapi sekarang abang dah faham...hehe..
memang menarik hidup berumahtangga..

dia yang saya sebutkan di sini adalah isteri saya sendiri..
memang rajuknya boleh tahan..
tapi saya rasa bahagia apabila dia merajuk, saya dapat pujuk..
macam menerima satu piala pula..


paling bahagia kalau dalam waktu menangis, atau tarik muka, isteri saya boleh ketawa..hehe

itulah hidup di dunia..tak boleh gembira sentiasa, nanti bosan pula..sekali sekala perlu ada sedikit duka..untuk menambah perisa..

isteri melengkapkan hidup seorang lelaki..supaya kehidupan menjadi lebih seimbang..supaya iman si suami..dan termasuk juga isteri terjaga..

Kisah Adam dan Hawa di syurga...
memang Hawalah yang memujuk Adam supaya terpedaya dengan hasutan syaitan dan makan buah yang dilarang..
sehingga Allah murka..

Tapi Adam tidak menyalahkan Hawa..sebaliknya mereka sama-sama mengambil tanggungjwab..sama-sama bertaubat..sama-sama meneruskan kehidupan di dunia..malah Hawa sentiasa dan terus menemani Adam..

Thursday, December 06, 2007

Kerja Tuhan..Siapa yang Tahu






Soalan yang selalu ditanya oleh rakan-rakan apabila telah tamat pengajian ialah bila nak kahwin?
Itu soalan kepada orang bujang..
Mungkin jawapan yang akan diterima pelbagai..
Belum jodoh salah satunya..

Soalan yang selalu ditanya kepada mereka yang telah setahun dua mendirikan rumah tangga tetapi belum menimang cahaya mata ialah bila nak dapat anak?.. memang itu soalan yg selalu ditanya kan..
Salah satu tujuan perkahwinan ialah untuk mendapat zuriat...satu kelahiran yang menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T..

Itulah juga soalan yang sering isteri dan saya terima setelah setahun mendirikan rumah tangga.. bagi saya soalan ini bukan satu tekanan..
cuma untuk berbasa-basi..
sekadar untuk memulakan cerita..terutama bila bertemu rakan lama..

Tapi, bagi isteri saya..soalan ini menimbulkan tekanan kepadanya..sehingga menitiskan air mata..
Ya..saya memang faham sangat dengan perangai isteri..
Pernah saya menggelarnya puteri air mata..mudah menangis..bahasa untuk kanak-kanak ialah kememeh..
Memang isteri saya sangat sensitif bila mendengar soalan ini..
Tapi bila di depan orang, sekadar tersenyum dengan jawapan belum ada rezeki...

Jawapan sering saya utarakan ialah belum ada rezeki..

Tetapi setelah membaca himpunan cerpen Faisal tehrani di dalam Kekasih Sam Po Bo..
saya menemui jawapan baru untuk soalan tersebut..
ini semua kerja Tuhan..

Ya..kerja Tuhan, siapa yang tahu?...

Saya semakin obses dengan karya Faisal Tehrani..
Cerpen-cerpen dalam Kekasih Sam Po Bo memberikan saya kekuatan dan motivasi untuk berhadapan dengan cabaran harian..sehingga tanpa saya sedari, saya sudah mula meminati karyanya..walaupun tak terkejar saya dibuatnya..terlalu banyak karya yang dihasilkan..

kan seronok kalau ada kerja iaitu dengan membaca, kita akan dibayar gaji..
sudah tentu saya org pertama akan membuat kerja tersebut..hehe

Dalam Kekasih Sam Po Bo, ada dua cerpen yang berkisar persoalan anak..
Kedua-duanya membabitkan pasangan yang telah berumur..

dalam cerpen pertama..si suami dan isteri belum dikurniakan anak..tetapi keyakinan kepada Tuhan semakin tebal kerana suami percaya, itu semua ketentuan..dan Ujian..

Cerpen kedua menceritakan kisah suami isteri yang telah mencapai umur 50..
tetapi Allah telah kurniakan anak..
Itulah kekuasaan Tuhan...
Fikiran secara normal, sudah tentu umur 50 tak lagi bisa melahirkan..
tapi, Allah kan maha Berkuasa..
Ujian selama puluhan tahun kerana tidak dikurniakan cahaya mata telah menebalkan iman pasangan suami isteri ini..
dan iman mereka semakin bertambah tebal apabila dikurniakan anak ketika usia 50 tahun..
Allah sayang mereka kan?..

itu cerita pasal anak..banyak cerpen lagi sebenarnya..pasal kenaikan harga minyak, pasal isu rasuah..pasal sejarah Melaka..memang terkesan saya bila membaca cerpen-cerpen tersebut..

Kerja tuhan siapa yang tahu adalah ungkapan ayat dalam Novel Tunggu Teduh Dulu..
ucapan kenalan rapat kepada Salsabila Fahim iaitu Teh Sofia..

Ya, Kerja Tuhan, siapa tahu?

Tuesday, December 04, 2007

Hari ini kepala pening..hari esok?

Saya semakin gembira ke pejabat dan melaksanakan tugas-tugas yang memang memeningkan..
Kerana apa?
Kerana saya telah mendapat seorang bos yang boleh dibawa berbincang..
bukan saja soal kerja..tapi soal yg lain juga..
soal apa ya?..
soal masyarakat..isu-isu semasa..agama..
oh ya..semalam saya telah berbual dengan seorang kawan melalui telefon..
saya katakan kepadanya..
"aku lebih suka membuat kerja amal dan kemasyarakatan"
jawab kawan saya..
"sekarang bukan masanya lagi untuk kau membina masyarakat..kau harus membina diri kau"
ya..
memang benar..saya harus membina diri..kemudian barulah membina masyarakat..
tapi..
saya merasakan saya akan dapat membina diri sekiranya saya membina masyarakat..
kerana saya berasa puas apabila melakukan perkara itu..

ya..perkara itu..
perkara yg selama ini membina diri saya...

hari ini..di sebalik kerja yg menimbun..saya gagahkan jua untuk menulis blog kerana saya pening sangat buat kerja..pening sepening peningnya...mujur bos saya bkn cenge orangnya...
"awak sambung esok" sejuk hati dapat bos macam ni kan..jadi tak stress sgt..

oh ya...ada beberapa blog yg saya lawati hari ini..blog yg bagus..dapat membina pemikiran saya..
cuba anda lawati ya...

http://aziziabdullah.blogspot.com/

http://helmysamad.blogspot.com/

http://ulasbuku.blogspot.com/

saya berasa sangat senang hati dan puas kalau dapat membantu org lain...
apakah kepuasan hidup anda?

dalam cerita saya mengenai rumah saya yg dipecah masuk pencuri...ada seseorang bertanya apakah hikmah yang saya dapat?
banyak hikmahnya..
antara yg terbesar ialah..
saya semakin mudah membantu org yg memerlukan..tanpa memikirkan kepentingan diri saya sendiri..