Thursday, March 18, 2010

Di mana anak-anak nak bermain?

Minggu lepas, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat, hujan turun.
Saya berhenti di lampu isyarat kerana lampu merah.
terpandang sekumpulan kanak-kanak yang bermain hujan.
di tangan salah seorang dari mereka..ada bola yang dipegang.
mereka berbual-bual gembira dan usik mengusik sesama sendiri.

Fikir saya, mereka baru pulang dari bermain bola.ada padang di sini rupanya.
di mana padang untuk kanak-kanak itu bermain bola? tak pernah saya nampak.

Teringat zaman saya sekolah rendah dahulu..di Alor Setar..
Di taman perumahan yang saya diami..ada sebuah padang permainan yang sangat besar..ada sebuah padang bola sepak, sebuah gelanggang bola tampar, padang permainan kanak-kanak yang sangat besar..

malah di taman perumahan ini, bukan ini sahaja padang dan taman permainan yang ada..tapi ada 2 buah lagi padang dan taman permainan..bila waktu petang, padang-padang ini penuh dengan kanak-kanak..yang remaja pula, bermain bola sepak..main badminton dan macam-macam lagi permainan..

kalau bukan di padang, ada yang bermain di atas jalan, malah saya dan kawan-kawan bermain galah panjang di atas jalan di hadapan rumah..bukan itu sahaja, tuju kasut, polis sentri, rounders (betul ke eja ni?), tuju tin..semuanya di jalan raya di hadapan rumah..

Biasanya saya dan kawan-kawan yang satu geng hanya akan bermain di padang kalau ada pasukan yang menjemput geng kami untuk bermain bersama mereka..dan waktu yang paling seronok ialah pada waktu hujan..dapat bermain hujan dan sudah tentu dengan lecaknya padang, habis kotor baju terpalit lumpur..

pulang ke rumah melalui pintu belakang, terus masuk ke bilik air bimbang dimarahi emak..walau emak tak nampak, adik-adik pasti akan "report".."mak, along main hujan, habis kotor baju dia"..haha..tapi mak tak marah sangat..asalkan saya pulang ke rumah tak melebihi jam tujuh malam..

saya juga bebas mengayuh basikal pusing satu taman perumahan dengan kawan-kawan..

mak abah tak risau..kerana yakin dengan keselamatan dan situasi waktu tersebut..

itulah, bila lihat kanak-kanak yang bermain hujan tadi, terfikir juga saya, akan adakah lagi padang permainan di kawasan perumahan?..

tengok Aduan Rakyat malam tadi, kesian anak-anak yang hanya bermain di kawasan yang terhad..mungkin itulah salah satu punca anak muda suka merempit dan melepak..anak-anak kecil bolehlah bermain di sekitar rumah..

anak-anak remaja pula, di mana mereka mahu melepaskan tenaga mereka yang membuak-buak?..sekarang ni, nak main bola pun dah kena sewa gelanggang..

tak ada padang yang luas..adakah kerana pemaju hanya mementingkan keuntungan semata-mata?..entahlah..kesian budak-budak zaman sekarang..kesian anak-anak nanti..di mana mereka nak bermain agaknya?