Tuesday, September 25, 2007

Ramadhan Pertama

Saya amat kecewa dengan permulaan Ramadhan saya pada tahun ini...
Inilah kali pertama saya menyambut Ramadhan ketika sudah ada kerja tetap...
Juga Ramadhan pertama di rumah yang baru saya duduki...sewa untuk bulan kedua pun belum lagi saya bayar...


Tapi permulaan Ramadhan saya pada kali ini agak hambar dan kurang semangatnya..
Hari pertama berpuasa, saya telah demam...membuatkan saya letih dan longlai...terawih pada malam pertama pun saya tak dapat menunaikannya secara berjemaah di masjid...solat dengan isteri sahaja di rumah...


Inilah ujian Allah untuk saya....Alhamdulillah, untuk hari kedua Ramadhan, demam saya semakin sembuh...dan untuk hari ketiga, saya sudah sihat sepenuhnya..alhamdulillah..


Tetapi, saya amat kecewa kerana saya jadi malas untuk menambah amalan saya di bulan yg sangat dinanti-nantikan ini..
Tanpa disedari, 10 hari pertama Ramadhan dah berakhir...


Insyaallah untuk hari-hari yang berikutnya, saya akan usaha untuk tingkatkan amalan..rugi rasanya melepaskan Ramadhan begitu sahaja..
Satu amalan sunat yang kita kerjakan, pahalanya sama dengan amalan wajib...satu amalan wajib yg kita kerjakan, pahalanya akan berlipat kali ganda...


Jadi, marilah kita sama-sama mengejar kelebihan dalam bulan ini...
Dan jangan lupa, berazam untuk mendapat Lailatulqadar dan beramal pada malam tersebut...
saya ingin memetik kata-kata ulama yang saya terbaca dalam hilmimadani.blogspot.com:

"Jika sebulan Ramadhan, kemudian kita masih mengulangi perangai lama
(kekal dalam maksiat, lambat solat, susah buat amalan sunat, dll)
bermaksud Ramadhan yang kita lalui tiada keberkatan"


Bagaimana dengan Ramadhan anda kali ini?

Friday, September 07, 2007

Alam Baru

Banyak perkara baru yang berlaku sejak 20 Ogos yang lepas..
Perkara-perkara yang tak terduga, sangat mengembirakan, sangat mendebarkan..dan macam-macam lagi..semuanya bercampur-campur..
20 Ogos hingga 3 September 2007, 13 hari sahaja.. tapi aku rasa macam 13 tahun.
Sebab banyak sangat peristiwa yang berlaku..

20 Ogos 2007
Aku lapor diri di INTAN Kemaman...lapor diri untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik..dari 20 hingga 30 Ogos, banyak perkara baru yang aku belajar mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik..
dan sudah tentu kawan-kawan aku makin bertambah.. lebih kurang 331 orang yang melaporkan diri..
Tapi aku tak dapat la nak kenal semua..
perkara pertama yang aku kena buat apabila melaporkan diri ialah cukur misai..hehehe..lawak betul..
nasib baik aku bawa pencukur..kalo tak, tak pasal-pasal kena beli..memang semua yang melaporkan diri, tak bermisai, tak berjambang, tak berjanggut...
Dan yang paling kelakar..ada sorang budak UIA ni, aku tak kenal..sebab selama ni, dia bermisai tebal..sampailah dia tegur aku..
sejak hari tu, bermulalah hidup aku sebagai PTD...

31 Ogos
Inilah tarikh yang aku nanti-nantikan..reunion SCOLOBU (Budak-budak SMAP SPM 1999)..aku risau betul bila dapat tau aku kena berkursus 10 hari untuk PTD..tapi Alhamdulillah tak sampai 31 Ogos..kalau tak, melepas la nak jumpa kawan-kawan yang dah lama betul aku tak jumpa..dalam tahun ni, inilah tarikh yang paling aku nantikan..
Tak kesah aku keletihan lepas kursus, aku nak pergi jgak...dan akhirnya aku sampai..kat Cherating..dekat aje sebenarnya dengan Kemaman..tapi aku balik KL dulu pasal rindu sangat kat isteri yang tersayang...
Memang sangat seronok REUNION SCOLOBU ni..aku ketawa sampai sakit rahang aku..macam-macam aktiviti..bila teringat semula gelagat kawan-kawan, aku senyum sendiri..dan yang paling seronok, isteri aku turut suka sangat-sangat lepas balik dari reunion..memang selalu sangat dia cerita pasal REUNION tue..memang dah sah wife aku pun tegolong dalam SCOLOBU dah sekarang..
Asma', anak Shah memang aku rindu kat dia..hehe..tak sabar nak dapat anak..comelnya Asma'...

3 September
Hari ni aku melaporkan diri di MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)...aku dah bertugas di sini sebagai Penolong Pengarah...
Aku baru je dapat rumah semalam selepas berhari-hari mencari rumah yang sesuai..susah nak cari rumah sewa yang murah di KL.. akhirnya aku dan isteri buat keputusan menyewa di Gombak dengan sewa sebanyak RM500...mahal kan?...tapi dah xde rumah lain yang sesuai..
ok dulu setakat ni..