Friday, September 26, 2008

Duit Raya

Hai..Assalamualaikum..hari ni, hari terakhir saya bekerja sebelum Hari Raya..
Mungkin esok atau lusa, saya dan isteri akan pulang ke kampung..
Ingat tak pasal pesanan seorang staf di pejabat saya (pada entri yang lepas) supaya simpan duit bonus?..ingat kan?..kalau tak ingat, cuba tengok entri yang lepas pasal perbelanjaan raya saya..

Semalam, timbul keinsafan dalam diri saya..
kenapa ya?..
untuk pengetahuan semua, ada seorang tukang cuci (eh, tak sedap nama ni!!..apa nama lain ye?)..saya panggil di Kakak Lin la ye..memang tugas Kak Lin setiap hari ialah mengemas pejabat pada waktu pagi..tandas perlu dicuci..bakul-bakul sampah perlu dikosongkan, lantai perlu disapu, kadang-kadang kena mop..bahagian pejabat yang ada permaidani juga perlu di"vakum"..

Kak Lin ini berasal dari Indonesia..cuma saya tak pasti suaminya orang Indonesia juga atau orang Malaysia..apapun negara asalnya, tak kisah la..agama tetap sama..

Semalam,
tergerak hati saya untuk menegur Kak Lin semasa dia mengosongkan sampah di dalam bakul sampah di bilik saya..
"Akak, tak balik kampung raya ni?"
Jawabnya: "Akak tak minta cuti pun"
"O. ye ke?..akak cuti dua hari je la ye?"
"Aa, hari Rabu dan Khamis"..
"Anak Akak berapa orang"
"Dua orang"

Perbualan kami tamat di situ..
Kak Lin masih setia dengan tugasnya, ke bilik yang lain pula..
Selepas perbualan itu, timbul rasa insaf di hati saya..

Duit bonus itu, bukan hak saya pun..itu duit rakyat yang kerajaan bagi pada penjawat awam macam saya untuk meringankan sedikit beban..itu rezeki dari Allah sebenarnya..
Allah cuma amanahkan saya..

Macam mana agaknya keadaan rumah Kak Lin?..anak-anak dah ada baju raya ke?..
Ramai lagi orang yang perlukan bantuan..
Jadi saya berniat nak bagi duit raya pada Kak Lin dan anak-anak..

Oh, baru tadi (hari ini) Kak Lin kemaskan bilik saya..dan saya menyerahkan sampul duit raya kepada Kak Lin..
"Kak Lin, ni duit raya untuk Kak Lin dan anak-anak..Selamat Hari Raya..Maaf kalau saya ada buat salah"
"Terima kasih En. Nadmin..Kak Lin pun macam tu"
Dan Kak Lin terus setia dengan kerjanya..

Berapa yang saya bagi? Oh, itu bukan yang saya nak cerita..

Nak saya nak khabarkan di sini ialah, di dalam kita bergembira nak sambut Hari Raya, nak pulang ke Kampung, nak membeli belah untuk raya, ingatlah masih ramai lagi yang kurang bernasib baik...mungkin ada bahagian-bahagian mereka dalam rezeki yang kita dapat..kongsikanlah bersama..InsyaAllah, Allah akan balas dengan ganjaran yang berlipat ganda..Amiin..

akhir kata: "SELAMAT HARI RAYA"..saya nak minta maaf sekiranya ada perkataan dalam blog ini yang menyinggung hati, mengguris perasaan sesiapa..kesalahan orang lain pada saya (sekiranya ada) jangan risau, saya dah maafkan..

Wednesday, September 24, 2008

Apa Yang Saya Belanjakan Untuk Raya Tahun Ni

Raya dah nak dekat..
Banyak duit juga yang perlu dibelanjakan untuk raya..
Alhamdulillah sebagai penjawat awam, dapat bonus sebulan gaji tahun ni.
Boleh la bernafas lega..

Apa perbelanjaan raya anda?..
Saya dah berkira-kira mengenai perbelanjaan saya..

1. Duit minyak - pergh, banyak juga belanja minyak ni..harga tak turun-turun lagi..bila nak turun ni..nak balik Johor minyak..jalan-jalan raya minyak..semua tu duit tu..

2. Bayar tol - Nak perjalanan selesa..kena masuk lebuh raya..nak naik lebuh raya, kena bayar tol..tak ada ura-ura nak bagi tol percuma ke raya ni ya?..kalau tak payah bayar tol, tak ada kesesakan kat lebuh raya (akibat beratur bayar tol)..oh ya, nampaknya saya kena beli kad touch n go la..supaya perjalanan lebih lancar..

3. Servis kereta - kereta kancil saya perlu diservis supaya tak ada masalah sepanjang raya ni..nak jalan jauh..itulah sahaja kereta yang saya ada..

4. Duit Raya - Maklumla..dah kerja, kena la bagi duit raya..dalam saya berkira-kira nak agihkan duit raya, isteri turut berpesan, duit raya tahun ni kena bagi..lebih sikit..kan dapat bonus..ye la isteri abang, abang akan bagi duit raya banyak kat nana tahun ni..

5. Baju Raya - Baju saya dah lama siap..guna kain hadiah dapat waktu jadi moderator kat sekolah dulu..alhamdulillah..cuma bayar upah aje..cuma..baju raya isteri tak beli lagi..maklumla org perempuan..PKNS Shah Alam, dah dua kali pusing..Jalan TAR pun dua kali..tak dapat lagi baju yang berkenan di hati..

6. Zakat Fitrah - Alhamdulillaha dah bayar..kat KL RM5.20..bayar untuk isteri sekali..

ada lagi ke? saya rasa ini sahaja yang penting..bagaimana dengan bajet raya anda?...apapun, berbelanjalah dengan berhemah..

ada staf kat ofis pesan, En. Nadmin, jangan guna duit bonus tu..simpan..guna duit gaji aja dulu..

Betul-betul, saya cuba simpan duit bonus..tapi kalau dah terdesak..kena guna juga..

Tuesday, September 16, 2008

KENYATAAN MEDIA MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HING

MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA IPT

(12 SEPTEMBER 2008 / 12 RAMADHAN 1429H)

1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan” . Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat.
(Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin. net).

2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.

3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.

4. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.

5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.

6. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.

8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).

9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah atau dimanipulasi dan soalan juga masih dwibahasa.

DENGAN INI KAMI BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN YANG BERIKUT (SEBAHAGIAN BESARNYA MEMANG MEMBANTAH PPSMI SEJAK URA-URA HENDAK DILAKSANAKAN PADA TAHUN 1996 DAHULU LAGI (LIHAT ASRAF, MANIFESTO BUDAYA PUPUS BAHASA PUPUSLAH BANGSA, 1996, PLM:KL DAN BUKU MENGAPA KAMI BANTAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS, ABDULLAH HASSAN, PTM:KL) MENDESAK LAGI SEKALI SUPAYA PPSMI YANG DILAKSANAKAN SEKARANG INI DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA DAN KEMBALI KEPADA DASAR SEBELUM 2003.

1) KUMPULAN PRIHATIN
2) PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM)
3) ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
4) AKADEMI SAINS ISLAM MALAYSIA (ASASI)
5) MAJLIS PROFESOR SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
6) WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH)
7) PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA (PPM)
8) PERS.KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
9) INSTITUT ALAM TAMADUN MELAYU,UKM (ATMA)
10) PERS. PENULIS NASIONAL (PENA)
11) PERS.EKSEKUTIF & USAHAWAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PESUMA)
12) PERS.BEKAS PELAJAR ITM (PBP-ITM)
13) PERS.SULUH BUDIMAN (PSB)
14) PERS.MAHASISWA ISLAM TIMUR TENGAH (PBMTT)
15) PERS. PENGAJIAN MELAYU MALAYSIA (PPMM)
16) PERS. SENIMAN MALAYSIA (SENIMAN)
17) GABUNGAN PERS.PENULIS NASIONAL MALAYSIA (GAPENA)
18) TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)
19) GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
20) PERT.TINDAKAN WANITA ISLAM (PERTIWI)
21) PERS.ALUMNI SEKOLAH ALAM SHAH (PASAS)
22) KESATUAN SEKERJA DBP
23) PERSATUAN PENULIS KUALA LUMPUR (KALAM)
24) PERSATUAN PENULIS JOHOR (PPJ)
25) PERSATUAN PENULIS MUAR
26) PERS. ULAMA MALAYSIA PULAU PINANG (PUMPP)
27) GABUNGAN MAHASISWA DARULAMAN (PERSADA)
28) GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU)
29) KESATUAN GURU MELAYU MALAYSIA BARAT(KGMMB)
30) PERSATUAN SAINS KEADAAN PEPEJAL (PSKP)
31) PERS.BIOLOGI GUNAAN MALAYSIA
32) PERS.SAINS MATEMATIK MALAYSIA
33) MAJLIS PROFESOR SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
34) KESATUAN PELAJAR ISLAM PERAK (KPIP)
35) KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)
36) GAMIS
37) PERSATUAN PENDIDIK INSAN NEGERI SEMBILAN (PPINS)
38) IKATAN PENGKAJIAN ISLAM PAHANG (IKATAN)
39) PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN
SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS)
40) PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI KEDAH (PERSIDA)
41) PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM SARAWAK (PERKEPIS)
42) KESATUAN PELAJAR ISLAM MELAKA (KPIM)
43) PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)
44) PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM PULAU PINANG (PEMBIMBING)
45) PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PERTIWI)
46) PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA (PSM)
47) PERSATUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)

http://www.prihatin .net/index. php?option= com_content&view=article&id=40:kenyataan- media-bersama&catid=15:kenyataan- media-kumpulan- prihatin&Itemid=15

Monday, September 08, 2008

Apa Yang Pasangan Anda Buat Semasa Bulan Ramadhan

Untuk makluman semua,

Kali ini sudah 3 kali Ramadhan saya berpuasa bersama isteri..
Ertinya sudah 3 tahun saya berpuasa bersama isteri..

Apa yang isteri/pasangan anda buat semasa bulan Ramadhan ini?
Untuk kali ini..saya ingin menceritakan kepada semua mengenai rutin harian isteri saya sepanjang bulan Ramadhan ini.
Rutin ini membuatkan saya terharu dan terfikir betapa beratnya tugas seorang isteri..tugas ibu juga...

4.30 pagi - Isteri saya akan bangun dan menyiapkan juadah untuk sahur
(Biasanya saya akan tersedar..dan kalau badan ni boleh bangun,
kalau kepala terasa berat sahaja, saya akan sambung tidur)
5.00 pagi - Isteri akan mengejutkan saya..abang, abang, bangun sahur
5.30 pagi - Selesai sahur
(saya akan angkat pinggan-pinggan ke sinki dapur untuk dibasuh,
kalau saya rajin saya akan basuh pinggan mangkuk)
5.45 pagi - bersiap-siap untuk solat Subuh...
6.30 pagi - bertolak ke pejabat bersama isteri

5.00 petang - balik dari pejabat..ambil isteri di pejabatnya
(kalau hari cuti, waktu ni, isteri dah siap-siap untuk sediakan
juadah untuk berbuka puasa)
6.30 - 7.00 petang - singgah ke pasar Ramadhan
7.20 malam - berbuka puasa
8.00 malam - solat maghrib
antara maghrib dan isyak, isteri akan seterika baju untuk esok hari
8.20 malam - ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih
9.30 - 10.00 malam - pulang dari masjid

Biasanya kami akan tidur jam 11 malam...jadi inilah rutin harian isteri saya..terutamanya ketika hari kerja..saya rasa kagum sangat apabila isteri saya dapat bangun jam 4.30 untuk menyediakan sahur..
bayangkan kalau isteri tak bangun, tak bersahur dengan lauk yang menyelerakan lah jawabnya..Bila bicara pasal isteri, termasuklah ibu-ibu kita di rumah..hebat kan mereka?!!!

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Penuhkan aktiviti dengan beribadah di bulan pesta ini...pesta ibadah ye..hadirkan rasa gembira untuk beribadah..rebutlah peluang ini sebaik-baiknya..