Tuesday, November 20, 2007

Cemburu Dengan Buku dan Surat Khabar

Pernahkah anda berhadapan dengan pasangan yang cemburu?...
Tentu pernah kan?
Cemburu kan tandanya sayang?

Ini kisah isteri saya..
Saya suka kalau isteri saya cemburu pada saya..
Sebab apabila cemburu, isteri saya akan bersifat lebih manja kepada saya..
hehe..

Dalam banyak-banyak hal cemburu, ada 2 perkara yang saya rasa agak pelik yang isteri saya cemburu...
Pertama... cemburu pada novel apabila saya sudah membacanya..
Kedua... cemburu pada surat khabar yang saya beli terutama pada hujung minggu..

Saya memang pantang apabila sudah mula membaca novel..
tambahan pula novel yang saya suka..
pasti saya akan sudahinya walau apa cara sekalipun dan di mana sekalipun..
memang isteri saya cemburu sangat apabila saya memberi tumpuan yang lebih kepada novel yg saya baca dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling..
keadaan pada waktu itu, hanya saya dan novel yg saya baca...

Itu waktu awal-awal kahwin, sebab saya terbawa-bawa dengan perangai waktu zaman bujang saya..hehe
tapi setelah memahami yang isteri saya cemburu sangat pada novel yang saya baca, saya akan membaca novel tersebut ketika isteri saya sibuk melakukan kerja lain atau ketika isteri saya sedang tidur...
Itulah penyelesaian yang saya dapat lakukan...ada cadangan lain?...

Pada saya, memang penyelesaian ini sgt berkesan...jadi isteri saya tak perlu merungut dan merajuk lagi...hehe..
Lebih membahagiakan saya apabila sambil membaca novel, isteri sedang baring di atas lengan saya...
seperti bercinta dengan 2 orang kekasih pada masa yang sama..kekasih pertama, isteri..kekasih nombor dua, novel yang dibaca..

Perkara kedua yang isteri saya cemburu sangat ialah surat khabar yg saya beli pada hujung minggu..hehe..
Biasanya saya akan membeli suratkhabar ketika keluar bersarapan...sambil sarapan, sambil baca surat khabar..bahagianya terasa waktu itu... tak perlu fikir perkara lain...soal kerja..masalah-masalah lain, semua saya lempar jauh-jauh sewaktu bersarapan hujung minggu..
ditambah pula dengan surat khabar..

Surat khabar yang dibeli dibaca bersama..tapi saya yang lambat menyudahkan bacaan saya.. memang ambil masa separuh hari...
jenuh isteri saya menunggu..apabila tak habis baca di kedai, saya akan baca di rumah...sehingga isteri saya selesai menyediakan hidangan tengahari..
memang isteri saya cemburu sangat pada surat khabar yang saya baca...

Saya belum ada penyelesaian untuk ini..
ada apa-apa cadangan?

18 comments:

Kak Intan said...

Salam..oo.Fad cemburu kat suratkhabar yer?x pe akak faham..
utk Nadmin,Akak cadangkan abis baca satu topik/page,nadmin share dgn Fad so tak perlulaa Fad nak tunggu nadmin abis bc paper..kira dia boleh share sekali apa nadmin bc dan boleh bertukar2 pendapat lepas tu...

Anonymous said...

betul tu k.intan...fad bukan aper...kekadang boring tgk tv sorang..kdg sampai tv tengok kite balik...tgk2 tak hbs2 lg baca paper...hehe...tu yang paper ngn buku yg jadi mangsa...jd kurang budaya ilmu la plak...hehe....idea akk tu best gak...

KiMi said...

hahahaha...bini aku pulak cemburu kat katun teen titan setiap pagi sabtu dan jugak Kamen rider blade "bertukar!" setiap pagi ahad..
kadang2 dia kena baling botol susu anak utk menyedarkan aku..hahaha

Mohd Nadmin said...

kak intan: TQ atas cadangan..saya akan cuba..

anonymous: awak tak perkenalkan diri..jadi saya tak nak baca komen awak..hahaha...(walaupun yg bg komen tu isteri sendiri)

kimi: wah..ko minat katun lagi ye?..aku pun..tapi kdg2 aje..

Fadhilah said...

kehkehekeh,romantik plak korang nih!tapi aku pham bebenar perasaan fad tu, alang2 cuti dari bekerja, masa ni ler nak berborak2 sepuas hati yg boleh!hehe!nadmin, cadangan kak intan tu perlu dipraktikkan,ngeheheh!comel sgguh ler korang berdua ni!

Anuar Manshor said...

Itu belum lagi suami tulis novel. Lagilah haru...

Mohd Nadmin said...

fadhilah: betul tu, aku cuba bahagikan masa sebaik mungkin

anuar manshor: mcm mana agaknya kan?..

sufanasrin said...

cadangan sy adalah cepat2la anak so that fad ada teman bila nadmin baca novel, paper etc.. sekian, terima kasih..hehehe..

Mohd Nadmin said...

arin: itu keje tuhan arin, kami sekadar berusaha..
kerja Tuhan, siapa yang tahu (ayat ni dipetik dari Tunggu Teduh Dulu-FT)..hehe

Anonymous said...

saya jg punya suami seperti suami fad.
mmg sgt baik habit membaca ni.
tapi jgnla sampai tak peduli isteri..
tapi saya pun bila dah mula baca novel khadijah hashim or siti hazneza abdul hamid boleh jd khusyuk (sampai kena tegurla jg dgn suami...)
buat fad,
dah jodoh kita dgn org macam tu
bersyukurla
daripada suami kita tak peduli kat kita sbb sibuk dgn benda lagha
lagi baik dia sibuk dgn buku n newspaper..
tapi cadangan kak intan tu tak sesuai untuk saya...
sbb saya akan bertanya secara serius n hendakkan jawapan yang serius ttg apa yang di baca suami saya, tapi my beloved husband ni selalu jawab mengarut secara bergurau...(dh fahamla tu suamiku tidak mahu diganggu)
selalu nya tukar2 pendapat ni berlaku dalam kereta...

skrg ni saya dah ada teman baru..
anakku yang comel
tetapi sebagai isteri saya tetap terus cemburu dgn buku dan novel...
suami saya pulak kadang2 cemburu dgn my beloved daughter..hihihi...

hmmm...takpa life goes on..
as long as nothing happened "luar tabi'i manusia" it's ok...

"hidup ini antara syukur dan sabar"-HAMKA

Mohd Nadmin said...

betul anonymous...

hidup ini antara syukur dan sabar.

sekiranya kita syukur, Allah akan tambah lagi nikmat..

sabar adalah sumber kekuatan hidup..kerana sabar sebahagian drpd iman..

MOHD SALLEH HJ. SA'ARI said...

Nadmin..haha..nampaknya kita mempunyai sikap yg sama...bila baca jer paper mau berjam-jam...kadang2 khatam newspaper yg sama dalam 4 hari sehari..lagi2 kalau ari minggu...beli newspaper lagi, majalah lagi..tp best apa..hehe..buat fad..sabo je la..dah org laki ramai yg macam ni..tp kira ok la sbb nak tau perkembangan semasa..

Kak Intan said...

to anonymous@Rafiza :
betul tu..cadangan tu utk Fad..sbb Fad ni mmg manja skit..tau dah perangai dia..
Utk awak mmg tak sesuai..sbb tau dah perangai kawan lama akak tu camne..huhuu..
apapun inilah proses belajar tentang kehidupan berumah tangga kan? macammana nak menyantuni..bukan org lain tapi org yang dah jadi part of our life..:)
(huhu..cakap macam pandai je..maaf..)
Fad n Nadmin..doakan akak nak exam 5 & 6 Dec ni..

Mohd Nadmin said...

kak intan : o, anynomous tu rupanya rafiza..hehe.. Rafiza, suamimu bukan tandingan nadmin...dia dah maqam lain..hehe..lagi tinggi..kak intan, insyaallah kami doakan kejayaan akak..

Anonymous said...

apala ko ni nadmin
cakap cam tu pulak
kan dah tak berapa nak sopan ni

semua manusia sama di sisi Allah
yang membezakan Taqwa je...
taqwa ni yang boleh ukur Tuhan je
bukan kita manusia biasa ni

kita ni beruntung dapat join jemaah masa belajar dulu
amalan membaca tu diterapkan dalam usrah kita
my beloved husband ni mmg dari kecil suka membaca
takpala
taknak cerita lebih2
nnt kata puji suami sendiri

tapi
'hidup antara syukur dan sabar' tu my beloved husband yang selalu sebut
bila nak tarbiyah isterinya...
juga masa mengurat dulu...
i.e. pembuka bicara untuk memikat hati

hihi...
bocor rahsia..

huhu...
mmg my beloved husband begitu suka membaca
plus menulis sebenarnya
tapi kesibukan membatasi...
dah lama dia tak menulis...

entahla...
sama2 doakan kebahagiaan masing2 ye...

kirim salam pada fadhlina yang comel..
tanya dia ingat lagi tak masa kat kuala muda dulu
kawan dia sorang ni sekumpulan dengan 5 fadhli (kelebihan) mencuci tandas awam mangsa tsunami...
seronoknya zaman muda2..
then ptg g makan laksa n air batu campur kat tepi bendang...

okla
kalau nak bercerita dengan kawan lama tak tau bila habis'

salam
from
anonymous referred above

Mohd Nadmin said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Nadmin said...

rafiza: jgn kecil hati rafiza..nadmin cuma memandang tinggi abg wira..dari segi ilmu, penulisan, idea, perancangan dan byk lg la..

oo..rupanya itu ayat yg abg wira slalu guna..bleh belajar nie..hehe

mmg sronok rafiza..sronok sgt..
nanti kita buat reunion nak tak?..

abg sayang said...

mm ntah. perempaun mcm tu kot.jgn la asyik cemburu je..kena lah faham suami tu.benda2 kecik pun nak cemburu...apolah..bagusla si suami membaca..nak tambah ilmu. si istrei membaca tak?