Tuesday, December 21, 2010

Selalu Rindu

Pada 18 Disember 2010, adik ipar saya Farahana telah bertunang dengan pilihan hatinya Asir. Alhamdulillah majlis pertunangan berlangsung dengan meriah walaupun persiapannya sederhana. Tahniah Farahana dan Asir!!!


Farah dan Asir
Sewaktu hari pertunanangan tersebut, saya telah diberikan tugas untuk merakamkan foto. Saya dibekalkan dengan kamera DSLR. Pertama kali mengetik gambar menggunakan kamera ini walaupun ramai rakan-rakan mempunyai kamera ini.

Saya gunakan sebaik mungkin memandangkan saya masih mentah menggunakan kamera ini. Hasilnya agak ok la..hehe

Gambar di atas tu, sayalah yang rakam.

Ini pula, gambar-gambar Amna Huda. Saya rakam juga. Sudah 1 tahun 5 bulan umurnya. Sudah banyak kerenah dan bertambah-tambah comel di mata saya. Saya selalu rindukannya.




Thursday, November 11, 2010

Tahniah Husna

Hari ini, Keputusan UPSR diumumkan.
Adik bongsu saya, Farah Husna yang bersekolah di Batu Pahat, mendapat keputusan yang diharapkan iaitu:

5A

Alhamdulillah, tahniah Husna sebab berjaya mendapat keputusan yang cemerlang..
Doa saya sebagai abang sulong, semoga Husna menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat serta dapat membahagiakan mak dan abah saya.

Untuk Husna. tahniah lagi sekali!!!

Dan terus berusaha dan berusaha..
Kerana kejayaan ini bukan penamat..banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi dalam hidup..
Ini hanyalah permulaan..

Bila cerita pasal adik ni, saya teringat lagu Allahyarham Sudirman, Pesan Abang:

adikku muda remaja
awasi bila melangkah
wajah mu manis bak gula
pasti ramai kan tergoda


tidak di larang kau bersuka
asal tahu kan batasnya
jangan sampai adik terlupa
harapan dan cita-cita


ibu dan ayah
menaruh harapan
agar kau berjaya
di hari kemudian


bila tiba waktu petang
dari sekolah kau pulang
bergalas buku di pinggang
siapa lihat tertawan


adik masih bersekolah
awas segala dugaan
adikkan ambil periksa
agar senang masa depan


tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
serahkan selainnya pada yang esa

bila adik telah berjaya
abang kan turut gembira
tapi andai sebaliknya
jangan kau rasa kecewa


sekali adik terkandas
bukan untuk selamanya
dihati sematkan pesanan
ingat abang tetap sayang

Thursday, October 21, 2010

Anak

Pagi tadi, semasa memandu kereta untuk ke tempat kerja, saya mendengar radio IKIM (frekuensi di Lembah Klang: 91.5).
Salah satu slot dalam Warna Pagi di IKIM.fm ialah Motivasi Pagi..
Kali ini giliran Ustaz Rujhan..
Apa yang menarik pagi ini ialah pepatah Arab yang disebut oleh Ustaz Rujhan:

" Mereka yang belum mempunyai anak, belum merasai kemanisan hidup.. Dan mereka yang telah mempunyai anak tak akan merasai kerehatan hidup"

Saya tersenyum sendiri..
Memang betul pepatah tersebut..
Sejak kehadiran Amna Huda dalam hidup saya, boleh dikatakan saya selalu sahaja tersenyum sendiri bila terkenangkan keletahnya.. tambahan pula apabila Huda dah boleh berjalan sendiri sewaktu berusia 14 bulan..semakin banyak aktiviti yang dilakukannya..

Melalui pembacaan, anak-anak dalam usia begini akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian ayah dan ibunya..contohnya, kita ketawa sewaktu dia membuat memek muka yang lucu.. anak ini akan berterusan membuat memek muka tersebut untuk menarik perhatian kita..itulah yang berlaku kepada anak saya..

Selain kemanisan, sejak kelahiran anak, semakin kuranglah rehat kita..tak apa, Allah dah tetapkan anak yang baru lahir, akan kerap terjaga malam..itu untuk melatih kita supaya lebih bersedia kerana cabaran yang lebih besar menanti apabila anak itu semakin meningkat usianya..
Saya rasa, sejak anak lahir, saya cuma boleh tidur selepas anak dah tidur..pada waktu itu pula saya telah keletihan melayan keletahnya dan cuma sempat melakukan aktiviti lain sekejap sahaja sebelum saya turut tertidur..

Itulah erti mempunyai anak..sangat manis..dan dalam masa yang sama, agak letih..tetapi kemanisan itu akan mengubat keletihan kita..percayalah..

Tuesday, October 12, 2010

Tahniah Ee

Adik saya yang nombor dua, namanya Ahmad Fitry Ramlan..

Dalam keluarga, dia dipanggil Ee..

Huda memanggil Ee, Pak Teh (tapi cuma mampu menyebut "Pak pak" sahaja setakat ni)

Sekarang berumur 24 tahun..

Pada 2 Oktober 2010 yang lalu, adik saya telah menerima Ijazah di Pesta Konvokesyen UIA..



TAHNIAH EE!!

Semoga menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan tanahair

Monday, September 27, 2010

Pencapaian Ramadhan: Mudah-mudahan berterusan

Bulan Ramadhan dan 1 Syawal dah pun berlalu..
Banyak perkara yang terjadi..
Tapi 1 pun tak terluah di sini..

Mungkin sebab terlalu sibuk dengan tugasan harian..
dan mungkin juga tak ada idea nak menulis..
Mungkin kedua-dua sebab ini menyukarkan saya untuk mencatat sesuatu di dalam blog ini..
Pencapaian saya sepanjang bulan Ramadhan ialah:

i) Berpuasa 1 bulan
ii)Menunaikan solat terawih tiap2 malam
iii)Khatam Al-Quran
iv)Menghabiskan pembacaan "Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata" hasil tulisan Fatini Yaacob
v)Menghabiskan pembacaan "Kenang-Kenangan Hidup" tulisan Prof Dr. HAMKA..
vi)Menyiapkan proses memohon pasport yang hilang
vii)Membawa anak dan isteri bersiar-siar setiap hujung minggu

Itulah pencapaian hidup saya sepanjang bulan Ramadhan yang lalu..Kalau dikenang-kenang, susah juga untuk melakukan semuanya dalam bulan-bulan lain..mungkin berkat Ramadhan, saya dapat melakukannya. Saya berdoa semoga dapat meneruskan pencapaian ini dalam bulan2 yang lain juga..
Menghabiskan bacaan Al-Quran, menghabiskan pembacaan Natrah dan menghabiskan pembacaan Kenang-kenangan Hidup..

Saya banyak membaca rupanya dalam bulan Ramadhan..Natrah dan Kenang-kenangan Hidup adalah dua buah buku yang tebal..Kedua-duanya adalah biografi kehidupan manusia..Natrah adalah biografi tentang hidup manusia lain manakala Kenang-kenangan Hidup adalah biografi penulis sendiri.

Sebuah kitab Al-Quran dan kedua-dua buah buku ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya..sering saya menitiskan air mata ketika membaca ketiga-tiganya..

Sejak bulan Ramadhan, perasaan empati saya menjadi semakin tebal.. jika melihat ayah membawa anak membonceng motosikal..saya akan berkata kepada anak saya:
" Huda, bersyukurlah kita ada kereta..walaupun kecil cuma..sekurang-kurangnya kereta kita ada pendingin hawa..kesian pakcik dengan anaknya tu.. kena habuk dan berpanas.. Alhamdulillah sayang"
Mulai bulan Ramadhan juga, saya melebihkan nilai yang disedekahkan.. dan saya berazam untuk meneruskannya..mudah-mudahan..InsyaAllah..
Banyak yang saya cerita amalan saya sepanjang bulan Ramadhan..
bukan untuk mendabik dada..tetapi untuk mengingatkan diri sendiri.. kerana saya selalu membuka blog ini..
Mudah-mudahan saya dapat meneruskan amalan-amalan ini dalam bulan yang lain juga..InsyaAllah..amiiiin..
Agak suram juga cerita tanpa gambar..
Jadi, teman-teman, nikmatilah gambar-gambar ini sekadar untuk halwa mata kita bersama:



Gambar-gambar ketika di Taman Burung KL (KL Bird Park) : Abah dengan Ummi yang terlebih gembira..hehe..Huda muka selamba saja


Gambar raya pertama kami sekeluarga: Huda dengan ummi berbaju baru, abah sahaja yang pakai baju raya dua tahun lepas. Dah memang tanggungjawab seorang abah 1 Malaysia, pakaian anak isteri didahulukan..hehe

Huda suka sangat kalau rumah yang dikunjungi ada halaman yang luas..petik bunga dan main paip air yang paling Huda suka.. nampaknya abah kena pindah Felda.. Kat KL tak mampu nak ada halaman yang luas.


Raya hari tu, sebab rumah wan di B.Pahat dan rumah atok di JB lebih luas dan ada halaman, Huda dah boleh berjalan sebab rajin berlatih..dan hasilnya bila di pasaraya, abah tak payah dukung Huda lagi..Huda berjalan sendiri..Huda paling suka susun barang kat sini

Wednesday, July 28, 2010

Kehidupan semakin mencabar

Wah..
dah berapa lama tak menulis di sini..
banyak perkara yang nak dikongsi, tapi tiada satu pun yang tercatat di sini..
beberapa bulan ini, banyak yang berlaku di sekitar saya..dan saya seperti biasa, banyak angan-angan dan perancangan, tapi belum mampu ditunaikan..

Antara yang berlaku dalam bulan Julai ini ialah Amna Huda telah mencapai usia 1 tahun..
dan yang menariknya, dua kali sambutan hari lahir untuk Huda..
yang pertama bersama keluarga di Johor Bahru..
dan yang kedua bersama rakan-rakan isteri (dan rakan2 saya juga) di Kuala Lumpur..
sama menariknya apabila Huda meraikan hari lahir di JB bersama dua pupunya Fahri..
Di Kuala Lumpur pula, bersama 3 lagi rakan yang hari lahir mereka agak hampir..

Huda dah 1 tahun..
makin banyak yang ditunjukkan..sudah pandai marah-marah..sudah pandai memujuk..sudah pandai mencari akal untuk bermanja..
Kawan-kawan Huda yang lain dah pandai jalan..jadi melihatkan hal ini, Huda tak mahu kami mendukungnya terutama kalau jalan2 di pasar raya..meronta-ronta nak turun ke bawah..terpaksalah ummi dan abah pimpin tgn huda..abahlah yang sakit pinggang terpaksa menunduk..

Wah,
banyak nak diceritakan..tapi saya tak pandai bahagi masa..ok nak sambung kerja..kehidupan semakin mencabar..

Bye

Thursday, March 18, 2010

Di mana anak-anak nak bermain?

Minggu lepas, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat, hujan turun.
Saya berhenti di lampu isyarat kerana lampu merah.
terpandang sekumpulan kanak-kanak yang bermain hujan.
di tangan salah seorang dari mereka..ada bola yang dipegang.
mereka berbual-bual gembira dan usik mengusik sesama sendiri.

Fikir saya, mereka baru pulang dari bermain bola.ada padang di sini rupanya.
di mana padang untuk kanak-kanak itu bermain bola? tak pernah saya nampak.

Teringat zaman saya sekolah rendah dahulu..di Alor Setar..
Di taman perumahan yang saya diami..ada sebuah padang permainan yang sangat besar..ada sebuah padang bola sepak, sebuah gelanggang bola tampar, padang permainan kanak-kanak yang sangat besar..

malah di taman perumahan ini, bukan ini sahaja padang dan taman permainan yang ada..tapi ada 2 buah lagi padang dan taman permainan..bila waktu petang, padang-padang ini penuh dengan kanak-kanak..yang remaja pula, bermain bola sepak..main badminton dan macam-macam lagi permainan..

kalau bukan di padang, ada yang bermain di atas jalan, malah saya dan kawan-kawan bermain galah panjang di atas jalan di hadapan rumah..bukan itu sahaja, tuju kasut, polis sentri, rounders (betul ke eja ni?), tuju tin..semuanya di jalan raya di hadapan rumah..

Biasanya saya dan kawan-kawan yang satu geng hanya akan bermain di padang kalau ada pasukan yang menjemput geng kami untuk bermain bersama mereka..dan waktu yang paling seronok ialah pada waktu hujan..dapat bermain hujan dan sudah tentu dengan lecaknya padang, habis kotor baju terpalit lumpur..

pulang ke rumah melalui pintu belakang, terus masuk ke bilik air bimbang dimarahi emak..walau emak tak nampak, adik-adik pasti akan "report".."mak, along main hujan, habis kotor baju dia"..haha..tapi mak tak marah sangat..asalkan saya pulang ke rumah tak melebihi jam tujuh malam..

saya juga bebas mengayuh basikal pusing satu taman perumahan dengan kawan-kawan..

mak abah tak risau..kerana yakin dengan keselamatan dan situasi waktu tersebut..

itulah, bila lihat kanak-kanak yang bermain hujan tadi, terfikir juga saya, akan adakah lagi padang permainan di kawasan perumahan?..

tengok Aduan Rakyat malam tadi, kesian anak-anak yang hanya bermain di kawasan yang terhad..mungkin itulah salah satu punca anak muda suka merempit dan melepak..anak-anak kecil bolehlah bermain di sekitar rumah..

anak-anak remaja pula, di mana mereka mahu melepaskan tenaga mereka yang membuak-buak?..sekarang ni, nak main bola pun dah kena sewa gelanggang..

tak ada padang yang luas..adakah kerana pemaju hanya mementingkan keuntungan semata-mata?..entahlah..kesian budak-budak zaman sekarang..kesian anak-anak nanti..di mana mereka nak bermain agaknya?

Tuesday, January 26, 2010

Lagu Sang Pemimpi

Hebat penangan karya Andrea Hirata..dahulu, melalui novel Laskar Pelangi, sudah ada filem dan lagu mengenai Laskar Pelangi..Demikian juga dengan Sang Pemimpi..ada filem dan lagunya..


Download video clip Gigi Sang PemimpiRead more: http://gudanglagu.com/g/gigi/gigi-sang-pemimpi/#lirik#ixzz0djQ26Vxy

Lirik lagu Gigi Sang Pemimpi
Posting lirik ini di blog anda

sambut hari baru di depanmu
sambung mimpi siap tuk melangkah
raih tanganku jika kau ragu
bila terjatuh ku kan menjaga

kita telah berjanji bersama
taklukan dunia ini
menghadapi segala tantangan
bersama mengejar mimpi-mimpi

berteriaklah hai sang pemimpi
kita tak kan berhenti di sini

kita telah berjanji bersama
taklukan dunia ini
menghadapi segala tantangan
bersama mengejar mimpi-mimpi

bersyukurlah indo pada yang maha kuasa
hargailah trend orang-orang yang menyayangimu
music yang selalu ada setia di sisimu
siapapun jangan kau pernah sakiti
dalam pencarian jati dirimu
dan semua yang kau impikan
tegarlah sang pemimpi

p/s.: saya membaca novel ini bukan kerana karya ini sudah terkenal..tetapi kerana pada pandangan saya, karya ini berkualiti..lihat sahaja penangannya di Indonesia..bila agaknya kita mahu mendengar lagu 1511H atau 1515 atau Bedar Sukma Bisu atau Manikam Kalbu atau Tunggu Teduh Dulu (semuanya karya Faisal Tehrani)diputarkan? Bila agaknya novel berkualiti kita akan difilemkan?

Monday, January 25, 2010

Sang Pemimpi

Saya baru sahaja selesai membaca novel Sang Pemimpi, karya Andrea Hirata.

Melalui novel ini, saya dapat simpulkan yang Penulis sangat ingin berkongsi kisah kehidupan beliau sebagai salah satu daripada pengajaran dalam hidup..

Dan agar kita tidak takut untuk bermimpi..mencapai dan berusaha sehabis baik untuk merealisasikan mimpi-mimpi kita..

Dalam novel ini, Andrea Hirata mempunyai pandangan bahawa hidup ini ibarat mozek-mozek yang suatu hari nanti pasti ada mozek-mozek lain yang akan melengkapkan mozek yang tercipta pada hari ini..

Gaya penceritaan yang bersahaja pada mulanya dan mengundang ketawa pada akhir setiap kisah mozek kehidupan beliau..paling tidak pun, senyuman pasti terukir apabila beliau mengisahkan tentang kenakalan zaman remaja 3 orang kawan rapat (sahabat yang sangat sejati).

Lama kelamaan, cerita menjadi semakin serius terutamanya ketika dua orang sahabat, Arai dan Ikal merantau ke Pulau Jawa dengan wang yang mereka kumpul sejak tingkatan 1 semata-semata untuk merealisasikan mimpi mereka untuk ke menara gading..malah seorang lagi sahabat mereka, Jimbron turut berkorban apabila memberi semua wang simpanan yang dia ada kepada kedua-dua orang sahabat sejatinya itu kerana menyedari dia tidak sebagus mereka dalam pelajaran..
Untuk merelisasikan mimpi bukan mudah..
Mereka, dari keluarga miskin..perlu bekerja sebagai kuli mengangkut hasil laut bagi menampung perbelanjaan ke sekolah menengah dan dalam masa yg sama turut menabung bagi persediaan ke universiti..pekerjaan ini mereka lakukan setiap pagi sebelum ke sekolah..

Ya, bukan mudah...tapi mereka masih mampu melakukannya..memang menginsafkan..agar mereka tidak tercicir, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk bersekolah..hal ini dijelaskan berkali-kali di dalam novel ini..di sebalik kejadian demi kejadian yang mengundang tawa, terselit pengajaran yang mengesankan..

Setelah tamat sekolah menengah, mereka merantau ke Pulau Jawa dengan menumpang kapal mengangkut barang..dan apabila ditanya oleh mualim kapal mengenai kesanggupan mereka melakukan kerja-kerja berat di atas kapal, jawapan yang diberikan:

" kami sudah biasa susah, sejak kami buka mata bahkan sejak dalam kandungan" menggambarkan betapa sukarnya kehidupan mereka..

Mereka saling menyokong dan melindungi antara satu sama lain..kalau ada yang jatuh, dibangunkan..kalau ada yang takut, diberanikan..kalau ada yang lemah, saling menguatkan..itulah Arai dan Ikal di dalam Sang Pemimpi..

Kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak utama di dalam Sang Pemimpi sangat mengesankan..terutamanya Arai..Antaranya: " Kau tahu, orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu" dan " Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati".
Bacalah kawan-kawan, nescaya kita tidak akan takut untuk bermimpi..

p/s.: melalui carian di google, nampaknya filem Sang Pemimpi bakal ditayangkan di Indonesia..dan yang lebih menarik, ada seorang pemimpin di sana bercadang membawa filem ini ke daerah-daerah kecil supaya lebih ramai anak Indonesia mampu bermimpi..

bilakah filem seperti ini akan dibawa masuk ke negara kita?..cukuplah kita disogokkan dengan kisah pocong atau suster ngesot sahaja dari seberang sana..

Thursday, January 14, 2010

Cerita Seorang Ibu Yang Bekerja

dipetik dari http://ummiadnin.blogspot.com

Waktu pulun nak menghabiskan kerja hari tu, huda pun ikut sama ke ofis..
semua mainan dia saya angkut sama...kononnya taknak bagi dia boring...
tapi, at last, nak jugak duduk kat ummi dia..
so, terpaksala cek bayaran sambil memegang huda...
Tapi, dengan syarat...huda pun nak kena pegang kertas jugak...if not..maka koyakla baucar-baucar orang lain...hehe..
anak saya ni memang sgt teruja terhadap kertas dan plastik...
Nampak steady je dia tgk monitor komputer tu kan...
Pastu bila dah penat, kami biarkan huda bergolek-golek atas tilam yang dibentangkan tikar... sempat lagi dia posing apabila abah dia amik gambo...nasib baik amik gambo dgn handset, kalo tak mesti dia buat muka pelik...hehe..
Nasib baik huda tak banyak ragam...merengek2 dan lastly tertido...Waktu malam plak...dia sanggup taknak tido walaupun dah mengantuk...nape ek? budak2 suka tahan mata dia kan asalkan dia dapat main..dia pun nak menulis dan menghentak-hentak pen dan kertas atas meja...sambil mengesot laju atas meja tu..

mentang-mentangla meja tu licin...hehe...mula-mula memang excited la ..tapi tak lama je, dah mengamuk nak pegang mouse dan memicit-micit keyboard...
Anyway...buat kerja dengan ditemani anak tetap membuatkan hati kita jadi lebih tenang...banyak macammane pun tak stress..asalkan suami anda ada untuk memujuk dan menyalin lampin anak anda bila2 perlu...
Yang penting keje kena ikhlas...tensen pun, senyum je la...kena pekik pun, jauhkan je la gagang telefon dari telinga anda...haha..
p/s: ini cerita isteri saya..cerita ni bukan satu hari saja..malah berlarutan sehingga seminggu (termasuk hujung minggu)
Pengajaran: bagi isteri, ada suami yang sanggup jaga anak ketika anda sibuk bekerja merupakan nikmat yang besar..hehe