Saturday, September 24, 2005

Nak yang Terbaik

Setiap hari dalam hidup, kita nak yang terbaik untuk diri kita. Kalau tak dapat yang terbaik, pasti kita kecewa. Betul tak? ke aku sorang je yang rasa macam tu? Apapun, tak pe la. Aku memang nak yang terbaik untuk diri aku. Cuma kadang-kala kita rasa kita dah usaha yang terbaik, tapi keputusan yang kita dapat hasil usaha yang terbaik tu tidaklah yang terbaik atau seperti yang kita harapkan. Sedikit sebanyak, kita akan berasa kecewa dan hampa. Dalam hati akan terdetik "Apa salah aku? Aku dah buat yang terbaik" Akan tetapi, kadang kala, usaha kita bukanlah yang terbaik, tetapi hasilnya lebih daripada apa yang kita harapkan. Saat ini barulah kita tahu betapa baiknya Allah.

Apapun yang berlaku, kita mesti yakin segalanya telah ditentukan..Mana tahu perkara yang kita nak, akan mendatangkan keburukan kepada kita..Sebaliknya perkara yang kita tak suka akan memberi manfaat kepada kita.

Yang penting kita mesti sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah.
Hal-hal yang kita tidak ingini yang menimpa kita perlu dianggap sebagai ujian daripada Tuhan untuk menguji hambanya.
Satu Ayat di dalam Al-Quran(ertinya):
"Janganlah kamu mengaku yang kamu telah beriman kepada Allah sedangkan kamu belum diuji"
Hidup tanpa sebarang ujian, tak bermaknalah hidup..
Teringat kata-kata Hamka di dalam novel "Merantau ke Deli":
Dalam hidup ini pasti banyak bukit dan gunung yang perlu kita daki dan kita turuni..
Pasti terasa payah dan sukar sewaktu mendaki..Namun teruskanlah kerana selepas itu, kita bakal menuruni. Memang mudah apabila menuruni. Namun jangan terlalu gembira dan berhati-hatilah kerana kita mungkin tergelincir. Selepas itu kita perlu bersedia untuk mendaki lagi. Mungkin lebih tinggi. Jalan rata yang bakal kita tempuhi hanyalah apabila kita menemui Ilahi.

Friday, September 23, 2005

Tak Lama Lagi Ramadhan Tiba

Nisfu Syaaban dah lepas dah..tak lama lagi Ramadhan bakal tiba..Tapi dalam bulan Syaaban ni pun kena banyak buat amalan sebagai latihan sepanjang Ramadhan..Berpuasa sunat misalnya..kalau dah biasa berpuasa, maka mudahlah untuk kita terus berpuasa dalam bulan Ramadhan nanti..Tambahan pula dalam bulan Ramadhan nanti ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..seribu bulan!!! lama tu..Rugilah kalau kita melepaskannya..Cuma kita tak pasti bilakah malam yang lebih baik dari seribu bulan tu..Oleh sebab itu, kita kena berusaha untuk mendapatkannya..Jadi kena berlatih bermula dari bulan Syaaban..Membiasakan diri bangun malam misalnya..InsyaAllah, kalau dah biasa bangun malam dalam bulan biasa, maka mudahlah juga bagi kita untuk bangun malam dalam bulan Ramadhan nanti.. Rugi tak rebut peluang yang besar begitu.. Allah memang sayang kepada hambaNYA..Umat-umat yang terdahulu, umur mereka panjang-panjang..maka sahabat-sahabat Rasulullah menyatakan kepada baginda yang umat terdahulu bolehlah banyak buat amalan kerana umur mereka panjang-panjang..Maka Rasulullah pun menjawab yang umat baginda dianugerahkan oleh ALLAH dengan LAILATULQADAR..iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan...
Tak sabar rasa hati menantikan Ramadhan..
Seronoknya kalau dapat bertemu dengan Lailatulqadar..
Ya Allah..temukanlah aku dengan Lailatulqadar agar dapat aku beramal sebanyak-banyaknya pada malam tersebut..

Monday, September 19, 2005

Beginilah Nasib

Hari ini aku dan ramai lagi pelajar tahun empat uia perlu mendaftar pelajaran untuk subjek semester akhir kami...kena pilih pensyarah yg betul-betul baik ni, kalau tidak, meranalah diri..
aku tak mahu mengulang semester..hehe
maka aku menumpang motor Suhail untuk mencari cc yang terdekat...
Alhamdulillah ada cc yang memang tak menjadi tumpuan budak-budak uia...
maka aku dan suhail pun menolak pintu cc tersebut...
wah..memang menakjubkan...
meriah betul...
ramainya orang..
orang?..budak-budak sekolah rendah..
bukan guna internet pun...
tapi main game..
penuh satu cc main game..
bayangkanlah...budak-budak sekolah rendah main counter strike kat cc...
banyak betul duit depa..eh duit mak ayah depa kot..
paling sedih, semua orang Melayu...menghabiskan masa petang mereka dengan main counter strike..
beginilah anak Melayu...
baru sekolah rendah dan baru satu kawasan terpencil di Gombak..
belum lagi dilihat di kawasan lain...
apa nak jadi agaknya...

Tuesday, September 13, 2005

Mimpi

Percayakah kita kepada mimpi?...ada yang menganggap mimpi ada kaitan dengan realiti dan ada yang menganggapnya sebagai sekadar fantasi..
Apapun anggapan orang ramai, pasti ada yang pernah mengalami apa yang dimimpikannya menjadi kenyataan..
Pelik tapi benar!!!
Itulah salah satu tanda kekuasaan TUHAN...
Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang pada fikiran manusia dianggap mustahil...
Allah berkuasa menghidupkan dan Allah juga berkuasa mematikan...
Pendek kata HEBATNYA ALLAH...
Rasulullah juga pernah menerima wahyu melalui mimpi..
Allah juga memberi petunjuk kepada manusia melalui mimpi..

Namun, ada juga mimpi yang sekadar sia-sia..
Ini mimpi yang tidak boleh dipercaya..
Mungkin sekadar mainan syaitan untuk melalaikan manusia..

Apapun yang utama ialah kita perlu sentiasa memohon petunjuk dari Allah SWT..kerana Allah maha mengetahui segalanya..
Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia..

Semalam aku bermimpi..
bertemu insan yang ku sayangi..
bersama keluarga bersama di sisi..
terjaga dari mimpi..
aku bertanya sendiri..
benarkah mimpiku ini..
atau sekadar fantasi..

Biarkan sahaja masa berlalu..
Aku hidup seperti selalu..
meneruskan kehidupanku..
Hari ini ada sesuatu yang berlaku..
sama seperti dalam mimpiku..

Adakah mimpiku itu mainan tidurku..
atau ada petanda tertentu..
Apapun Tuhan lebih tahu..
aku berdoa semoga Tuhan memberi apa yang terbaik untukku..

Baru lagi...

Baru mula nak berjinak-jinak tulis dalam blog nie..Orang lain dan kawan-kawan dah lama mula..
tapi takpe la kan..memang aku nie lambat sket dlm perkembangan dunia teknologi maklumat nie..
yang penting aku dah bermula...lepas nie boleh la tulis banyak lagi..
kata-kata menarik untuk permulaan ialah: kita tak akan ke mana. kalau kita tidak kemana-mana"

Dalam hidup, kita perlu bermula dan berani untuk memulakan sesuatu..betul tak?..
maksudnya lebih kurang begini la..untuk melakukan sesuatu, kita perlu bermula..seribu langkah bermula dengan langkah yang satu kan?..

berani memulakan sesuatu, merupakan satu kejayaan dlm hidup kita..Thomas Alba Edison(betul ke aku eja nama nie..kalo salah betulkan)...dalam usaha beliau menghasilkan mentol, telah gagal sebanyak 999 kali..pada kali yang keseribu, barulah beliau berjaya menghasilkan mentol..ok itu je dulu untuk kali nie..

harapnya usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua..