Sunday, December 18, 2005

Adi Putra

Malam ini Suhail pulang ke bilik dengan membawa cerita Adi Putra... Cerita yang menguasai media massa di samping cerita tahanan yang dipaksa ketuk ketampi sambil berbogel (Tinggalkan cerita ni dulu ya..kita cerita pasal Adi Putra dulu)..
Suhail cerita dia dah dapat tengok Adi Putra dan kehebatannya secara terus.. Bukan lagi dari suratkhabar atau siaran televisyen..
hebatnya Adi Putra..dapat menyelesaikan masalah matematik bukan setakat darjah satu atau dua..tetapi sehingga ke tahap soalan tingkatan enam..Subhanallah..
Ayahnya menceritakan beliau menamakan anaknya Adi Putra kerana kagum dengan kehebatan tok guru Hang Tuah itu..
Kalau Hang Tuah memang sudah dikenali dengan kehebatannya, sudah tentu Tok Gurunya lebih hebat lagi...
Memang panjang kalau nak diceritakan pasal Adi Putra..Mimpi ibunya..surah-surah yang diamalkan ketika mengandung (Luqman, Yusuf, Maryam)...
Tetapi apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apa yang boleh kita dapat dari Adi Putra ni?...
Apa yang berada di fikiran sekarang, ialah kita mesti berusaha untuk menambah dan meramaikan Adi Putra di bumi Malaysia ini..
Sudah tentu kita hairan bagaimana seorang kanak-kanak berusia 6 tahun mampu menyelesaikan masalah matematik yang begitu rumit..tentu kita pernah membaca kehebatan Ibnu Sina kan?...Ibnu Sina dapat melukis salur darah yang terdapat dalam badan manusia secara terperinci...Bagaimana beliau boleh melihat sedangkan pada zaman tersebut, tidak ada alat-alat yang canggih seperti sekarang..
Apa yang dapat difikirkan oleh fikiran yang terbatas ini ialah semuanya adalah anugerah Allah SWT..
Oleh itu, kita perlu berfikir bagaimana kita juga dapat mempunyai anak seperti Adi Putra..
Hukamak ada mengatakan :" Proses untuk mendapatkan anak-anak yang baik dan soleh, bermula 100 tahun sebelum anak tersebut dilahirkan"..
Ertinya..apa yang kita lakukan, amalkan, apa yang kita makan pada hari semalam, hari ini dan hari esok akan menentukan bagaimana anak-anak kita nanti..
Bermula dari sekarang, kita perlu mula merancang untuk mendapat anak yang kita idam-idamkan..
amalan kita setiap hari, akhlak kita, apa yang kita makan, sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak kita nanti..
Jadi, bermula dari sekarang, kita harus meningkatkan amalan, menjaga akhlak, makan makanan yang berkhasiat suci dan halal..
Tanamlah azam dan tekad serta banyakkan berdoa..mudah-mudahan lebih ramai lagi Adi Putra dapat dilahirkan agar Islam dapat gemilang sekali lagi..
Anak-anak, harta yang paling berharga..

Tazkirah hari ini: Hebatnya Allah, DIA berkuasa menjadikan sesuatu yang mustahil itu kepada tidak mustahil...