Sunday, November 30, 2008

Apa Cadangan Anda?

Salam..Jumpa lagi..
Rakan-rakan pembaca blog saya..
Malam ini saya tidur di rumah..esok saya perlu kembali semula ke INTAN Bukit Kiara kerana kami akan bertolak ke INTAN Wilayah Timur jam 12.00 tengahhari esok..

Untuk pengetahuan semua,
4/12 ini adalah hari lahir isteri saya..
Dan sudah ada pesanan daripada isteri agar tidak melupakan tarikh tersebut..
dan sudah tentu ada tanda-tanda(hint) daripada isteri saya supaya memberi hadiah yang paling istimewa buatnya..

Untuk pengetahuan semua, isteri saya telah menghadiahi saya perfume Dunhill Blue Desire dan berita gembira (kehamilan) yang telah saya nyatakan pada entri yang lepas..
Alasan kenapa isteri saya memberi hadiah perfume tersebut kerana isteri sangat suka akan baunya..
Haha..itulah minyak wangi paling mahal pernah saya ada..kerana saya bukanlah seorang yang terlalu mengambil berat tentang minyak wangi apa yang dipakai..asalkan tidak ada bau yang kurang enak pada diri saya, dan wangi sikit2, pakai deodorant, itu sudah mencukupi..

Apabila isteri memberi saya minyak wangi tersebut, saya cuma pakai sikit-sikit sahaja..psss..mahal, sayang nak pakai..tapi apabila saya pulang ke rumah, isteri akan bertanya:
"Abang pakai tak minyak wangi tu?"
"Pakai sayang."
"Tak bau pun...."
"Abang pakai sikit sahaja sayang..cuba bau kat tangan abang ni"
"Nasib baik abang pakai"

Sejak hari tu, saya akan pastikan saya sembur minyak wangi tu secukupnya pada badan dan pakaian saya apabila pulang ke rumah..
dan pagi tadi..isteri ada memberitahu saya..sambil tersenyum..
"Baru bau minyak wangi tu"..

Saya menjawab: "Mestilah abang pakai untuk isteri abang"

Ah, bila sebut bab bau wangi ni, isteri saya sejak hamil ni, tak boleh bau sikit pun bau busuk..kalo busuk aje, nak termuntah...orang tengah mengadung, banyak alahannya..

Oh ya, ada sebarang cadangan hadiah untuk isteri saya?...
Pada hari lahir isteri yang lepas, saya telah membuat kejutan dengan menyediakan kek semasa menjemputnya dari kelas di UIA...dan ada la kawan-kawannya yang turut sama membuat kejutan itu...
Kalau ada sebarang cadangan bagitau ya..

Ok, jumpa lagi

Friday, November 28, 2008

Akan ke Terengganu

Hari ini hari Jumaat,
Sidang C, DPA mengambil ujian Komponen IT..
Pagi tadi ujian Microsoft Excel dan Access..
Petang ni jam 2.30, ujian ISAC (Ujian mengenai penggunaan Teknologi Maklumat)
Harap-harap lulus dengan cemerlang kedua-dua ujian ni..

Hari Ahad ni, Sidang kami akan ke INTAN Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu..
Kami akan mengendalikan Seminar ECER (Wilayah Pembangunan Pantai Timur)..
Pak Lah yang akan rasmikan..
Program ini adalah sebahagian daripada Modul Protokol yang perlu diikuti oleh Sidang C..

Maka saya cuma dapat pulang ke rumah pada hari Sabtu sahaja..
Kasihan isteri saya..sekejap cuma dapat bersama saya..

Walau apa pun, saya bersyukur kerana isteri saya seorang yang penyabar..merajuk pun..sekejap sahaja..merajuk manja..beruntung saya sebagai suami..
Antara perkembangan yang sangat saya hargai ialah isteri saya telah berani memandu kereta di Kuala Lumpur..
Sedangkan isteri saya tak berani memandu sebelum ni..
Banyak hal-hal yang isteri saya uruskan walaupun sedang mengandung sekarang ni..
Saya berdoa setiap kali selepas solat agar isteri saya diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi hidup tanpa saya di sisi setiap hari..Saya juga sentiasa mendoakan agar anak dalam kandungan juga sihat dan kuat..

Setakat itu sahaja dulu untuk hari ni..
Jumpa lagi..

Monday, November 24, 2008

Sabtu dan Ahad yang Indah

Hai Kawan-kawan,


Assalamualaikum..

Minggu ini, saya dan rakan-rakan Sidang saya sedang mengikuti modul Komunikasi dan Persembahan Berkesan: Komponen IT..
Oleh itu, kami menggunakan Lab Komputer dan sudah tentu ada sambungan internet..
Jadi, memandangkan tugasan dah siap, sempatlah saya tulis blog..


Kawan-kawan,
Setelah 2 minggu tak dapat pulang ke rumah,
hari Sabtu yang lepas kami mendapat pelepasan untuk pulang..
Hari Sabtu dan Ahad yang Indah untuk diri saya


Hari Sabtu yang lalu, selepas mengambil saya dari INTAN, kami ke Kampung Baru..
Isteri saya teringin (atau mengidam kot!! haha) nak makan masakan Minang..dan Air Apokat (Avokado)..
Kami ke restoran berdekatan Masjid Kampung Baru..
Sayangnya Air Apokat sudah tak dijual di restoran tersebut..


Selesai makan tengah hari,
kami ke Pusat Perubatan Homeopathi Prof Nik Omar..
Sebenarnya kami ambil ubat homeopathi sebagai salah satu usaha untuk dapatkan anak selepas dua tahun berkahwin..
dan Alhamdulillah..doa dan usaha kami dimakbulkan Allah..
Setelah dua bulan makan ubat homeopathi, isteri disahkan hamil..


Kami ke pusat ini untuk memaklumkan doktor tentang berita baik ini..
Dan doktor menerimanya dengan senyuman dan ucapan tahniah..
dan testimoni kami diambil untuk dijadikan bukti keberkesanan ubat..
Seterusnya kami mengambil ubat agar janin menjadi kuat..


Selesai di klinik,
Kami ke Alpha Angle..
Tujuan utama kami ke sini adalah untuk membeli buku berkaitan dengan kehamilan..
Kami menjumpainya..tetapi saya tak teringat pula tajuknya..
Rasanya "Ibu dibelai, anak dibuai"..menarik dan praktikal buku ini..
Doktor perubatan yang tulis..
Kemudian kami ke KFC..isteri teringin juga..saya pun..
Haha..itulah untungnya wanita mengandung..anak sulung pula..
apa-apa keinginan pasti suami akan turutkan..

Hari Ahad pula, kami menghabiskan masa di rumah..
Membaca buku yang kami beli semalam..dan majalah-majalah berkaitan kehamilan..
maklumlah, pengalaman pertama..jadi kenalah cari ilmu yang secukupnya..

Hari Sabtu dan Ahad lalu merupakan pengalaman baru saya..
pengalaman yang indah..
persediaan awal untuk menjadi seorang bapa..
saya dan isteri juga berbincang mengenai panggilan bayi untuk kami...
Isteri mencadangkan: "Ayah dan Ibu"
Alasannya: panggilan ayah dan ibu kelihatan dan bunyinya comel..
Comel ke?..hehe..

p/s: doakan keselamatan dan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan

Sunday, November 16, 2008

Tiap-tiap hari assignment dan cirit birit

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

Alhamdulillah, ada kesempatan untuk kemaskini..
Sebenarnya tujuan saya melayari internet adalah untuk cari maklumat pasal integriti..
tapi lebih banyak masa dihabiskan untuk baca blog..haha

Sudah sebulan saya mengikuti kursus DPA..
Minggu lepas, saya telah mengikuti modul Komunikasi Berkesan dan Bahasa Malaysia..
Dalam modul ni, tiap-tiap hari ada tugasan..
Jadi, tiap-tiap hari juga saya dan kawan-kawan lain berjaga malam untuk siapkan tugasan..

Untuk makluman, dalam kursus DPA, masa yang betul-betul kosong adalah pada waktu tengah hari, dan selepas jam 10 malam..waktu-waktu lain dipenuhi program...

Jadi kalau nak buat tugasan pun, selepas jam 10 malam..
Hari Sabtu dan Ahad yang baru berlalu ni, ada program, jadi senggang masa tak banyak...dan tak dapatlah saya dan kawan-kawan lain balik rumah..huhu..sedih..dan risau memikirkan isteri..

Oh ya, mengenai modul yang saya ikuti minggu lepas,
saya belajar cara tulis surat rasmi, memorandum jemaah menteri, buat minit mesyuarat, buat ucapan untuk menteri dan penggunaan Bahasa Melayu yang betul...

Minggu lepas juga, saya mengalami cirit birit, tekak yang selalu loya dan pening kepala..tak selesa..tapi redha...kawan-kawan kata mungkin sebab pembawaan isteri saya yang baru hamil..hehe..ada juga orang kata sebab saya sayang sangat isteri saya..memang pun..haha..

Oleh sebab perkara-perkara yang saya alami di atas, selera makan saya turut berkurang..dalam masa yang sama, isi perut asyik keluar..oleh itu, berat badan saya yang naik 3 kilo sepanjang bulan lepas, telah turun ke paras biasa..agaknya memang Allah tak nak bagi saya gemuk..haha..tak pe la kalau saya kurus kering pun kan?..tapi BMI saya normal...bukan kurus..cuma memang badan saya nampak sekeping aje..

Saya rasa cukup dahulu untuk kali ini..jumpa lagi..

Friday, November 07, 2008

Berita Gembira

Alhamdulillah,
Sudah hampir sebulan saya berkursus DPA...
Pelbagai modul yang saya dan peserta kursus DPA yang lain ikuti...
Bermula dari 13 Oktober 2008, kami mula mendaftar di INTAN Bukit Kiara..
Kemudian dalam hari yang sama, kami ke Bukit Lagong di Selayang..
Pelbagai aktiviti luar dan aktiviti kerohanian yang kami lakukan di sini..
Antaranya ialah Night Walk (Berjalan Malam)...Night Drop (Burung Hantu)... water confident... flying fox.. wall climbing..
Yang menariknya, sepanjang berada di Bukit Lagong, kami tak tidur malam...kehidupan kami di sini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti...
Sehinggakan, waktu berjalan pun, masih boleh terlelap...

Setelah selesai 3 hari di Bukit Lagong, kami kembali semula ke Bukit Kiara..
meneruskan modul yang seterusnya iaitu Modul Bina Nilai dan Sahsiah selama dua minggu...selesai modul tersebut..kami dibahagikan kepada 6 Sidang dan setiap sidang akan mengikuti kursus yang berlainan...saya terpilih untuk Sidang C...modul yang perlu diikuti ialah Pengurusan Sumber Manusia dan Kepimpinan...baru sebentar tadi saya menduduki peperiksaan akhir untuk modul ini...susah juga soalannya..harap-harap lulus..

Oh... kawan-kawan,

Semalam genap umur saya 26 tahun di dunia ini...dan saya juga mendapat khabar gembira iaitu..
iaitu isteri tercinta yang saya kasihi telah 5 minggu mengandung..inilah hadiah hari jadi yang paling bernilai untuk saya setakat ini..setiap hari selepas solat, saya mendoakan agar isteri dan anak kami yang dalam kandungan mendapat perlindungan Allah dan sentiasa sihat..

Tapi, saya tak dapat meraikan kegembiraan tersebut bersama-sama pada masa sekarang..hari esok saya akan pulang ke rumah di Gombak..

Kawan-kawan,
Doakan kami ye...

Eh..dah hampir jam 5, petang ini Sidang saya akan mengikuti latihan renang...ok..
ada masa saya akan kemaskini lagi cerita saya..jumpa lagi..

p/s: gambar tak sempat nak muatnaik..kejar masa..