Thursday, July 24, 2008

Mendaki Bukit Tabuh




Hari Sabtu yang lalu (20.07.2008) saya dan rakan-rakan yang lain (Suhail, Malie, Ishak, dan lain-lain), telah mendaki Bukit Tabuh..

Kami memulakan pendakian di Kaki Bukit Tabuh di Melawati, Kuala Lumpur..
Dah lama tak mendaki atau jungle treking..
Jemputan daripada Suhail memang takkan saya lepaskan..
Pendakian dimulakan sekitar jam 7 pagi..

Ramai juga penunjung yang mempunyai aktiviti yang sama dengan kami..
Apa yang menarik tentang pendakian ini ialah,
kita dapat menyaksikan dua pemandangan yang berbeza,
Sebelah, pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang sesak dengan bangunan..
Sudah tentu KLCC dan Menara KL jelas kelihatan..
Di sisi yang lain pula,
Pemandangan alam semula jadi yang belum tercemar..
turut kelihatan empangan yang menjadi sumber air sebahagian penduduk Lembah Klang..

Memang indah alam ciptaan Tuhan,
Kalau masih ingat pelajaran Geografi,
kita dapat melihat jenis-jenis pokok dari kaki bukit sehingga ke puncak..
Bermula dari pokok yang tinggi-tinggi, berbatang besar dan berdaun lebat memayungi alam di kaki bukit,
sehingga ke lumut-lumut di batu-batu dan pokok yang berdaun jarang dan berbatang kecil, di puncak bukit,
banyak yang boleh dipelajari..
Hebat sungguh Pencipta yang mencipta alam ini..

Selain daripada alam semula jadi,
kita dapat melihat perhubungan antara manusia..
memang indah dan gembira melihat perhubungan antara manusia bermula di kaki bukit sehingga ke puncak..
apabila menghadapi kesukaran, bukan di dalam kumpulan sahaja yang membantu,
tetapi kumpulan lain yang turut sama mendaki, sama-sama membantu..

setiap orang, berlainan kaum, sama-sama membantu agar masing-masing dapat sampai ke puncak bukit..
komunikasi sesama pendaki yang berlainan bangsa juga kelihatan amat mesra..
kami dapat saling bertegur sapa dan bertanya khabar..
ah, indahnya kalau keadaan begini juga dapat dirasakan bukan sahaja pada waktu mendaki..tetapi setiap masa..
tanpa prejudis, saling membantu, saling memberi tunjuk ajar..
kerana matlamat kami sama..
melihat keindahan alam dan sampai ke puncak..

di sini, di Bukit Tabuh, saya bukan sahaja dapat melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan..
tetapi saya dapat melihat keindahan perhubungan sesama manusia yang berbilang kaum, pelbagai warna kulit yang juga diciptakan Tuhan..

Friday, July 04, 2008

Doa

Hari ini Hari Jumaat,
Pagi-pagi lagi bila sampai ke pejabat, tiba-tiba bos buat pengumuman minta semua kakitangan berkumpul..
Yang mana ada di dalam bilik, Ketua Pen. Pengarah, Pen. Pengarah,
Semua perlu berkumpul di ruang tamu pejabat.

Bos buat pengumuman..

"Mulai hari ini, tiap-tiap hari Jumaat,
Kita berdoa beramai-beramai..Nadmin, baca doa"

Bos sebut nama saya..

Doa apa nak baca ni? tak sedia..
baca doa penerang hati, lagi doa apa?...oh ya, doa memulakan kerja..
Saya pun baca:

"Ya-Allah, kami memohon kepadaMU kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung padaMU daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu, Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya"

Agaknya apa doa lain yang sesuai ya? Saya bukanlah seorang ustaz yang akan keluar sahaja perkataan dari bibir bila disuruh berdoa..doa ringkas boleh la..

Waktu sekolah rendah dulu, selalu juga saya baca doa waktu perhimpunan..tapi saya dah lupa..

Nampaknya selepas ini, saya perlu menghafal banyak lagi doa untuk majlis-majlis yang lain..sebagai persediaan..

Doa senjata org2 beriman..

Cerita pasal doa, teringat waktu sekolah dulu..pasukan bola sepak sekolah, dan pasukan-pasukan yang lain akan berdoa dahulu sebelum memulakan perlawanan..kemudian akan bertakbir ramai-ramai..

memang bersemangat..

Memang gerun pasukan lawan..
pernah ada seorang cikgu dari sekolah lain beritahu,
"awal-awal lagi kami dah kalah..
sebab kami tak berdoa.."