Thursday, October 09, 2008

Yang Terakhir

Hai..
Assalamualaikum..

Buat masa ini, saya merasakan inilah tulisan saya yang terakhir di blog ini..
Minggu depan, 13.10.2008, saya akan memulakan kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)..
Selama 6 bulan..
Mungkin bebanan jadual harian akan menyukarkan saya untuk terus mencatat sesuatu di blog ini..
Walaupun begitu, saya berharap semua pengunjung blog ini akan terus berkunjung ke sini..pada 6 bulan yang akan datang..

Namun, saya akan cuba untuk mencuri sedikit masa dalam tempoh kursus DPA bagi mencatatkan sesuatu di sini..

Ah..itu sahaja..

ah..terasa sedih untuk berpisah..

Tapi, sebelum itu, saya ada membeli sebuah buku baru..

Tajuknya: Membina dan Meruntuhkan Malaysia
Pengarang: Ahmad Mustapha Hassan
Penerbit: Strategic Information and Research Development Centre
Harga: RM35.00



Saya belum habis membacanya..tapi yang menarik perhatian saya untuk memiliki buku ini ialah kerana kata-kata di belakang buku ini:

Apakah yang telah dicapai oleh dua orang Perdana Menteri Malaysia yang lalu, dan apakah warisan yang mereka tinggalkan? Sementara ramai orang cuba memberikan jawapan kepada enigma ini, satu kelompok kecil di sekeliling tokoh-tokoh itu telah memberanikan diri dan muncul ke hadapan untuk mengumumkan penilaian mereka. Dengan itu, buku ini merupakan pengisahan orang dalam pertama tentang pentadbiran Malaysia selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1970-an dan 1980-an, daripada perspektif pemerhati di tepi gelanggang.

Pengarang, Ahmad Mustapha Hasan, bukan hanya seorang nasionalis dan sosialis pada zaman mudanya, beliau juga aktif dalam pergerakan pelajar dan pemuda UMNO. Beliau telah menerapkan pengalaman beliau yang kaya dan pelbagai pada huraian tentang keadaan komuniti Melayu ini. Mustapha membawa pembaca melalui beberapa fasa penglibatan beliau dalam pentadbiran negara dan politik UMNO pada tahun-tahun pembentukannya. Secara khusus, beliau memberi tumpuan terhadap pelbagai aspek pentadbiran Tun Razak dan Mahathir.

Dalam membandingkan falsafah dan gaya pentadbiran dua personaliti yang berbeza ini, Mustapha menekankan bahawa walaupun Tun Razak berdarah bangsawan, beliau adalah seorang yang merendah diri dan sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Tun Razak menerjemahkan keprihatinannya melalui rancangan tindakan yang positif untuk pembasmian kemiskinan luar bandar.

Sebaliknya, Dr. Mahathir adalah scorang yang tergesa-gesa, dan tidak mempunyai pengalaman pentadbiran sebelumnya. Beliau menganggap kemalasan orang Melayu sebagai punca terjadinya dilema Melayu dan beliau memperlihatkan ketidakpedulian terhadap undang-undang dan peraturan negara dalam pcncarian untuk mendapatkan ubat yang mujarab bagi peyakit orang Meayu. Pengarang mempercayai bahawa Dr. Mahathir telah menyemai benih-benih kebencian dan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan berpaut kuat pada visi yang dilihatnya ini dan menghadapi penentangnya dengan zalimnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi supremo politik negara.

Buku ini unilk kerana ia adalah hasil dari pengalaman peribadi penulis hampir melebihi setengah abad. la sepatutnya menarik perhatian sesiapa yang berminat dalam politik Malaysia, khususnya mereka yang mahukan pemahaman yang segar dan kritikal tentang pentadbiran Tun Razak dan Dr. Mahathir.

(nota: perkataan yang berwarna hijau dan merah adalah petikan kata-kata di kulit belakang buku)

Dalam bab awal, saya dapat merasakan betapa Tun Abdul Razak merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau sanggup menyembunyikan penyakitnya semata-mata untuk bertemu dengan orang kampung..Oh, itu sahaja..saya baru membacanya hingga mukasurat 11..Tetapi tak sabar mahu meneruskan pembacaan..

p/s: saya bukan ejen menjual buku ini..tetapi saya suka untuk berkongsi dengan anda semua..