Thursday, May 11, 2006

Konfius

Konfius...kali ni aku betul-betul konfius...
lepas seminggu aku chambering kat firm kat batu pahat tu, aku masih lagi konfius aku nak chambering kat batu pahat ke atau kat kuala lumpur..
tambah-tambah bos aku janjikan macam-macam kat aku..
"I promise u that will be someone one day...if u do chambering with me.."
tapi bila aku balik kl ni, ramai orang suruh aku chambering kat sini..
baru je aku call bos aku tadi..dia macam tak nak lepaskan aku je..
ehhhh...konfius...konfius....

Tuesday, May 09, 2006

Latihan Dalam Kamar ( Chambering )

Wah..lama betul tak menulis dalam blog.. maklumlah..dulu periksa..lepas tu balik rumah..relax2x..
Kali nie aku nak cerita pasal temubual atau interview untuk latihan dalam kamar.. atau lebih terkenal dengan perkataan chambering untuk pelajar undang-undang..bagi yg tak tahu (sbb dah ramai tanya chambering tu apa?), chambering nie adalah satu tempoh latihan yang perlu dilalui sebelum seseorang lulusan undang-undang mendapat lesen menjadi peguam..kalau tak buat chambering, maknanya, tak bleh jadi peguam..kejelah keje yang lain-lain..majistret ke...legal advisor ke..ptd ke..dan lain-lain keje...tapi yang pentingnya, kalau nak jadi peguam, kena buat chambering dulu..
aku nak cerita pasal pengalaman aku interview..
4 soalan yang ditanya kepada aku semasa interview yang masih aku ingat sampai sekarang..

1) 7 x 9
2) dalam seringgit ada berapa sen
3) 20% dari rm10
4) satu tan batu bata dan satu tan kapas, mana yang lebih berat?...

aku jwb sumanya dengan penuh keyakinan..mestila dalam bahasa Inggeris kan?...
alih-alih, lepas habis tanya semua kat atas, bos cakap..."congratulation..you can be my chambering student"...terkejut beruk aku..
you can start from now...wah..biar betul..senangnya..
sejak hari tu, aku mula bekerja dekat firm nie...