Monday, July 02, 2012

ANAK: CEPATNYA MASA BERLALU

Anak,
Cepat betul masa berlalu
Sedar-sedar sudah hampir 3 tahun kau bersama kami
Jumaat ini genaplah usiamu
Kau yang paling dinanti abah dan ummi

Menjengah kembali masa-masa yang telah dilalui bersama
Gembira pun ada dan sedikit keluhan pun ada
Gembira kerana kau membesar dan berada di depan mata
Mengeluh kerana ada yang patut diberi, tapi ditangguh-tangguh
Sedar-sedar sudah hampir genap usiamu 3

Anak
Begitulah hidup
Walaupun banyak nikmat yang telah diperolehi
Namun masih mengenang yang tak didapati

Anak,
Sempena usiamu 3
Abah berharap untuk lebih menggali potensi dirimu
Kerana abah tak mau kau jadi yang biasa-biasa
Kerana kau yang istimewa
Abah mahu kau jadi lebih dari yang biasa-biasa
Untuk itu, abah pun perlu menjadi luar biasa


Untuk Amna Huda Adnin
Sempena hari lahir ke 3
2.7.2012