Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Di mana anak-anak nak bermain?

Minggu lepas, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat, hujan turun.
Saya berhenti di lampu isyarat kerana lampu merah.
terpandang sekumpulan kanak-kanak yang bermain hujan.
di tangan salah seorang dari mereka..ada bola yang dipegang.
mereka berbual-bual gembira dan usik mengusik sesama sendiri.

Fikir saya, mereka baru pulang dari bermain bola.ada padang di sini rupanya.
di mana padang untuk kanak-kanak itu bermain bola? tak pernah saya nampak.

Teringat zaman saya sekolah rendah dahulu..di Alor Setar..
Di taman perumahan yang saya diami..ada sebuah padang permainan yang sangat besar..ada sebuah padang bola sepak, sebuah gelanggang bola tampar, padang permainan kanak-kanak yang sangat besar..

malah di taman perumahan ini, bukan ini sahaja padang dan taman permainan yang ada..tapi ada 2 buah lagi padang dan taman permainan..bila waktu petang, padang-padang ini penuh dengan kanak-kanak..yang remaja pula, bermain bola sepak..main badminton dan macam-macam lagi permainan..

kalau bukan di padang, ada yang bermain di atas jalan, malah saya dan kawan-kawan bermain galah panjang di atas jalan di hadapan rumah..bukan itu sahaja, tuju kasut, polis sentri, rounders (betul ke eja ni?), tuju tin..semuanya di jalan raya di hadapan rumah..

Biasanya saya dan kawan-kawan yang satu geng hanya akan bermain di padang kalau ada pasukan yang menjemput geng kami untuk bermain bersama mereka..dan waktu yang paling seronok ialah pada waktu hujan..dapat bermain hujan dan sudah tentu dengan lecaknya padang, habis kotor baju terpalit lumpur..

pulang ke rumah melalui pintu belakang, terus masuk ke bilik air bimbang dimarahi emak..walau emak tak nampak, adik-adik pasti akan "report".."mak, along main hujan, habis kotor baju dia"..haha..tapi mak tak marah sangat..asalkan saya pulang ke rumah tak melebihi jam tujuh malam..

saya juga bebas mengayuh basikal pusing satu taman perumahan dengan kawan-kawan..

mak abah tak risau..kerana yakin dengan keselamatan dan situasi waktu tersebut..

itulah, bila lihat kanak-kanak yang bermain hujan tadi, terfikir juga saya, akan adakah lagi padang permainan di kawasan perumahan?..

tengok Aduan Rakyat malam tadi, kesian anak-anak yang hanya bermain di kawasan yang terhad..mungkin itulah salah satu punca anak muda suka merempit dan melepak..anak-anak kecil bolehlah bermain di sekitar rumah..

anak-anak remaja pula, di mana mereka mahu melepaskan tenaga mereka yang membuak-buak?..sekarang ni, nak main bola pun dah kena sewa gelanggang..

tak ada padang yang luas..adakah kerana pemaju hanya mementingkan keuntungan semata-mata?..entahlah..kesian budak-budak zaman sekarang..kesian anak-anak nanti..di mana mereka nak bermain agaknya?

Saturday, August 09, 2008

Menurut Perintah

Hari ini, hari Sabtu 9.8.2008..
Saya di pejabat..
kenapa di pejabat? kerana saya perlu siapkan kerja-kerja yang mendesak..
Hari Isnin, pasukan Audit dari Jabatan Audit Negara akan ke MITI..
semalam, hari Jumaat, jam 4.30ptg, MITI baru menerima fax yang menyatakan Audit akan datang ke MITI..
Jadi staf-staf di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia perlu menyediakan dokumen-dokumen yang perlu..

Ah, saya tak akan ke pejabat pada hari cuti,
lebih baik saya menghabiskan masa bersama isteri di rumah atau mengunjungi saudara mara yang sudah lama tak dikunjungi atau bersama kawan-kawan..
tapi, saya perlu juga datang..
iklas ni..ikhlas..haha..
saya perlu menurut perintah..

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG

Saya yang menurut perintah,

t.t
MOHD NADMIN RAMLAN

Thursday, July 24, 2008

Mendaki Bukit Tabuh




Hari Sabtu yang lalu (20.07.2008) saya dan rakan-rakan yang lain (Suhail, Malie, Ishak, dan lain-lain), telah mendaki Bukit Tabuh..

Kami memulakan pendakian di Kaki Bukit Tabuh di Melawati, Kuala Lumpur..
Dah lama tak mendaki atau jungle treking..
Jemputan daripada Suhail memang takkan saya lepaskan..
Pendakian dimulakan sekitar jam 7 pagi..

Ramai juga penunjung yang mempunyai aktiviti yang sama dengan kami..
Apa yang menarik tentang pendakian ini ialah,
kita dapat menyaksikan dua pemandangan yang berbeza,
Sebelah, pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang sesak dengan bangunan..
Sudah tentu KLCC dan Menara KL jelas kelihatan..
Di sisi yang lain pula,
Pemandangan alam semula jadi yang belum tercemar..
turut kelihatan empangan yang menjadi sumber air sebahagian penduduk Lembah Klang..

Memang indah alam ciptaan Tuhan,
Kalau masih ingat pelajaran Geografi,
kita dapat melihat jenis-jenis pokok dari kaki bukit sehingga ke puncak..
Bermula dari pokok yang tinggi-tinggi, berbatang besar dan berdaun lebat memayungi alam di kaki bukit,
sehingga ke lumut-lumut di batu-batu dan pokok yang berdaun jarang dan berbatang kecil, di puncak bukit,
banyak yang boleh dipelajari..
Hebat sungguh Pencipta yang mencipta alam ini..

Selain daripada alam semula jadi,
kita dapat melihat perhubungan antara manusia..
memang indah dan gembira melihat perhubungan antara manusia bermula di kaki bukit sehingga ke puncak..
apabila menghadapi kesukaran, bukan di dalam kumpulan sahaja yang membantu,
tetapi kumpulan lain yang turut sama mendaki, sama-sama membantu..

setiap orang, berlainan kaum, sama-sama membantu agar masing-masing dapat sampai ke puncak bukit..
komunikasi sesama pendaki yang berlainan bangsa juga kelihatan amat mesra..
kami dapat saling bertegur sapa dan bertanya khabar..
ah, indahnya kalau keadaan begini juga dapat dirasakan bukan sahaja pada waktu mendaki..tetapi setiap masa..
tanpa prejudis, saling membantu, saling memberi tunjuk ajar..
kerana matlamat kami sama..
melihat keindahan alam dan sampai ke puncak..

di sini, di Bukit Tabuh, saya bukan sahaja dapat melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan..
tetapi saya dapat melihat keindahan perhubungan sesama manusia yang berbilang kaum, pelbagai warna kulit yang juga diciptakan Tuhan..

Friday, January 11, 2008

Syed Mokhtar : Pesanan Ibu Bawa Berkat

Alangkah indah kalau kita juga begini...

Sekiranya kita yakin dengan maksud Zuhud..

Apa itu zuhud? Zuhud ialah apabila kita meyakini apa yang ada di tangan Allah lebih baik daripada apa yang ada di tangan kita...

Contohnya..kita sering tertanya di dalam hati.."cukupkah gajiku sekiranya aku sedekahkan sebahagian daripada pendapatan bulananku untuk orang yang lebih memerlukan?"

Contoh lagi..sekiranya datang seorang peminta sedekah..kita membuka dompet..kita lihat dalam dompet kita ada RM50 dan RM1, yang manakah akan kita berikan kepadanya? (Jawab sendiri) Kalau saya sekrang ini, saya akan berikan RM1..lemahnya iman saya..

Itu ertinya Iman kita belum cukup kuat untuk benar-benar meyakini apa yang telah Allah janjikan..Banyak ganjaran untuk orang yang bersedekah...

Kita renungi kisah Syed Mokhtar Albukhary ini.

PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan
sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya,
Sharifah
Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada
pendapatannya bagi
membantu golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya,
Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah
diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu
kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.


''Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan
kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.
''Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus
diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.


''Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai
terutama pelajaran," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat
Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari
ini.


Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan
Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan
oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.

Perniagaan Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang
berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya
di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan
dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit
dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik,
utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.


Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap
kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini
berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian
Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara
langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula
kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran
serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di
Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan
kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.
Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang
daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu
kepada ibunya.


''Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata
bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya," katanya.
Kejayaan Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau
sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah.
''Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok,
saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan
kesakitan.


''Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan
perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.
''Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu," katanya.


Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk
kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi
membantu golongan kurang berkemampuan.
Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak
sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini
berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.


''Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil
peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.
''Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu," katanya.

Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula
melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok
moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.
Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan
Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah
melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.
Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary
yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang
kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.
''Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan
guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan
alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan," katanya.
Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti
kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar
negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung
pelajaran di sini.
Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47
buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.
Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi
kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan
masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu
negara.
''Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya
'berpusing- pusing' (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya
dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap... macam mana boleh
macam ini," katanya.

Dipetik dari : http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp?
y=2008&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Wednesday, October 03, 2007

Apa Perananku?

Terkesan betul hati aku bila baca entry
Faisal Tehrani hari ni....

Maka terdetik persoalan di hati aku...

Apa yang aku dah sumbangkan?

Cukup ke sumbangan aku?

Aku ni lebih teruk dari sami agaknya?

Cukup ke sekadar aku pergi kerja, balik kerja tiap-tiap hari?

cukup ke sekadar berbincang dengan kawan-kawan mengenai masalah umat?

Ustaz yang disebut tu, dah banyak bagi sumbangan ilmu dan kesedaran..
Mungkin target dia nak bagi ilmu kepada penggemar rancangan masakan yang liat nak ke majlis ilmu..
Mungkin juga kan?
Dakwah kan boleh dalam bentuk yang pelabagai...fleksibel...kreatif..

Tapi aku? Apa sumbangan aku?

Tuesday, October 02, 2007

Puji Isteri

Semalam (1/10/2007) aku cerita pasal entry Hakimi iaitu pasal masakan isteri dia...
(sila lawati http://bicaramanis.blogspot.com/2007/09/abang-tak-sangka untuk rujukan)
aku ingat dia nak ketawa sekali..
tapi dia tarik muka..
alamak!!
aku dah buat silap ke?

"Abang x pernah puji nana pun"..
isteri aku bercakap sambil menarik muka..
Eh..aku x pernah puji ke?...
"Abg x penah puji ke? Macam selalu aje puji.."
"Mana ada"
dah satu hal la plak...

Macam mana aku nak buat ni?...aku rasa aku memang dah selalu puji dah...
Aku pun cerita pasal masakan isteri aku yang memang aku kagum sangat dengan kesedapan dan kepandaian isteri aku memasak masakan tersebut..

tapi..isteri aku tetap tarik muka..
dalam hati menyesal cerita..
aku pun buka topik lain...


Pagi tadi aku dapat idea untuk buat hati isteri aku berbunga..
takkan nak puji plak kan...nanti dia cakap aku tiru Kimi..
atau aku puji tak ikhlas...sebab nak cover yang malam tadi punya...

nak tau apa aku buat?...
lepas sahur pagi tadi...
waktu isteri aku tengah basuh pinggan..
aku pegi sebelah dia dan basuh pinggan sekali...
lepas tu aku bagi satu ciuman di pipi..
dan ucapkan terima kasih sebab kejutkan aku bangun sahur..
dan masak makanan untuk makan sahur..
dan buatkan aku air milo...
semua perkataan tu..aku bisik di telinga isteri aku..

nak tau kesannya?...
wah..tersenyum isteri aku..
sampai ke telinga...

pengajarannya: jangan cerita pasal kebaikan isteri org kat isteri kita..nanti isteri kita jeles..atau dia ingat kita nak sindir dia..heheh..

Tuesday, September 25, 2007

Ramadhan Pertama

Saya amat kecewa dengan permulaan Ramadhan saya pada tahun ini...
Inilah kali pertama saya menyambut Ramadhan ketika sudah ada kerja tetap...
Juga Ramadhan pertama di rumah yang baru saya duduki...sewa untuk bulan kedua pun belum lagi saya bayar...


Tapi permulaan Ramadhan saya pada kali ini agak hambar dan kurang semangatnya..
Hari pertama berpuasa, saya telah demam...membuatkan saya letih dan longlai...terawih pada malam pertama pun saya tak dapat menunaikannya secara berjemaah di masjid...solat dengan isteri sahaja di rumah...


Inilah ujian Allah untuk saya....Alhamdulillah, untuk hari kedua Ramadhan, demam saya semakin sembuh...dan untuk hari ketiga, saya sudah sihat sepenuhnya..alhamdulillah..


Tetapi, saya amat kecewa kerana saya jadi malas untuk menambah amalan saya di bulan yg sangat dinanti-nantikan ini..
Tanpa disedari, 10 hari pertama Ramadhan dah berakhir...


Insyaallah untuk hari-hari yang berikutnya, saya akan usaha untuk tingkatkan amalan..rugi rasanya melepaskan Ramadhan begitu sahaja..
Satu amalan sunat yang kita kerjakan, pahalanya sama dengan amalan wajib...satu amalan wajib yg kita kerjakan, pahalanya akan berlipat kali ganda...


Jadi, marilah kita sama-sama mengejar kelebihan dalam bulan ini...
Dan jangan lupa, berazam untuk mendapat Lailatulqadar dan beramal pada malam tersebut...
saya ingin memetik kata-kata ulama yang saya terbaca dalam hilmimadani.blogspot.com:

"Jika sebulan Ramadhan, kemudian kita masih mengulangi perangai lama
(kekal dalam maksiat, lambat solat, susah buat amalan sunat, dll)
bermaksud Ramadhan yang kita lalui tiada keberkatan"


Bagaimana dengan Ramadhan anda kali ini?

Monday, August 13, 2007

From Taiping with Love: Hari yang memeningkan

Mula-mula, hari ini merupakan hari yang sedih sebab terpaksa berpisah dengan isteri tercinta..pagi-pagi lagi aku hantar dia naik bas ekspres kat stesen bas Kamunting..Sayu hati aku..ada isteri yang sanggup korban macam-macam untuk suami macam aku..sanggup ulang alik tiap-tiap minggu dari KL ke Taiping dan Taiping ke KL..


Bila aku sampai Mahkamah, baru je nak buka surat khabar..baru je nak baca, ada staf ketuk pintu bilik nak tanya sesuatu.. ala, nak kena uruskan sesuatu pula pagi-pagi ni.. selepas selesai 1 kerja iaitu faks kan apa yang Mahkamah Persekutuan nak, tiba-tiba telefon berdering..alahai, sape la pagi-pagi lagi dah telefon?..


Aku angkat telefon.."Hello, saya tak datang hari ni..ada personal matter." Pergh.. satu bala lagi..Timbalan Pendaftar tak datang..nampaknya, aku kena dengar kes Timbalan Pendaftar hari ni..Maka aku buat pengumuman kat staf..."Kes TP dengar depan saya hari ni." Ada sorang staf, bawa 1 fail...satu je Tuan..dalam hati bersyukur...Alhamdulillah..satu kes aje..aku cek fail tu.."wah, lamanya kes ni tertangguh!"...dari 2005...hari ni untuk bicara!...aku buat keputusan nak bagi tarikh baru...


tak lama lepas tu, peguam yang kendalikan kes ni datang jumpa aku..bengang jgak aku tengok cara dia masuk bilik aku..macam tak hormat sangat..mau je aku halau dia keluar!! (terbayang dalam fikiran aku cara bos halau pekerja dia keluar ofis..) tapi aku tak sekejam itu..aku terima dia baik-baik..walaupun dalam hati ada sikit bengkek sama itu peguam..sebab dia datang dari Seremban, aku bagi muka dekat dia..ye la, datang jauh kan...


Dia merayu supaya aku teruskan juga kes dia... aku cadang nak tangguh.. pasal ni minggu terakhir aku kat sini..memegang jawatan SAR/PKP..tapi bila dia merayu atau lebih kepada mendesak sebenarnya...memandangkan dia datang jauh..lagi sorang pun dari KL..maka aku teruskan juga..


Tapi aku tangguh sebentar sampai jam 10 pagi..pasal nak kena buat reman...sebab Majistret dua-dua orang tak ada..sorang buat part heard..sorang lagi transfer ke tempat lain..


Aku dengar semula kes yang peguam dari Seremban dan KL tu lepas habis reman..mujur tak banyak sangat Reman hari ni..


Aku pun dengar..dengar..dan dengar...kedua-dua pihak berhujah depan aku..sampai akhirnya aku kena buat keputusan...wah..tanpa aku sedari, aku kena buat keputusan..pening kepala aku...tambah lagi 1 keputusan yang aku kena buat di saat-saat nak tinggalkan Mahkamah...pening..pening...


Dan lebih memeningkan dapat pula sms dari adik manja aku..marah-marah dan merajuk..bila aku tepon tak angkat..lepas tu matikan telefon..pening-pening...


Tapi muka tetap maintain tenang...walaupun hati berkocak-kocak...


p/s: moral untuk hari ni, kita kena pandai kawal emosi..dan kadang kala kena pandai lepaskan emosi tu..tapi kena sentiasa tenang..ye la aku kan anak sulong..betul tak Arin?..hehe

Thursday, August 02, 2007

From Taiping with Love: Gulai Ikan Sembilang


Pagi ni, dapat juga aku merasa gulai ikan sembilang...waktu sarapan pagi..Pn. Rafiqha(Majistret Mahkamah Majistret 1 Taiping) dan suaminya yang belanja..Terima kasih puan..
Lagi sorang yang pergi makan sekali, Puan Isma, Majistret Mahkamah Majistret 2 Taiping..Tapi aku panggil Puan Isma ni, akak je..sebab dia yang suruh panggil macam tu..
Puan Isma pun akan berpindah..Lepas ni, Puan Isma jadi Majistret Klang la plak..tahniah ye kak..dapat juga pindah dekat dengan suami..
Aku pula, tak tau lagi dapat dekat mana..doa-doakan aku dapat dekat KL ye..boleh la aku menjalankan sepenuhnya tanggungjawab sebagai suami kepada isteriku yang comel..hehe...
aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Puan Isma dan Puan Rafiqha sebab banyak tolong aku baik dalam menjalankan tugas ataupun dalam menjalani kehidupan seharian..

Wednesday, August 01, 2007

From Taiping with Love


menara kat tengah pekan Taiping

Baru semalam je ada jamuan perpisahan untuk aku dan 2 org lagi kakitangan yang bakal dan akan meninggalkan Taiping..3 bulan aku merasa jadi Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi...Mula-mula, tak biasa orang panggil tuan...lama-lama dah terbiasa..sampai kalau ada orang yang tak panggil tuan, terasa lain plak..maksud aku kakitangan mahkamah+polis+yang berurusan dengan Mahkamah..


Aku rasa aku la orang yang paling singkat menjawat jawatan PKP kat Malaysia nie..hehe..aku tengok senarai nama PKP kat ofis Mahkamah nie..setakat nie, yang paling lama, 4 tahun..yang paling singkat, 1 tahun 2 bulan...dan lepas nie..aku la..3 bulan..hehe..


Pejabat Tanah dan Daerah

Kat Taiping..antara tempat yang aku selalu pegi..dah tentu Taman Tasik Taiping..dulu azam hari-hari nak joging kat sini..last-last, hampeh..dua tiga kali je..selalu tak jadi joging sebab Taiping ni selalu jugak hujan..dan satu lagi sebab kemalasan aku..


Taman Tasik

Zoo Taiping (ada night safari)
Sempat juga aku pergi Zoo Taiping dengan isteri aku..kalo ada anak, tentu seronok kan?
Tempat makan yang best pun banyak..

Kalau nak makan nasi ayam, kue tiaw special, sup ayam, doli tempat yang sesuai..lagenda makanan kat restoran nie ialah kue tiaw special dia...kalau ada orang cakap dia tinggal kat Taiping, tapi tak tau Doli, maksudnya bukan org Taiping sejati la tu..
Aku selalu makan tengahhari kat Restoran Bumi..kat sini, lauk tengahhari sedapla..
Lagi satu yang special pasal Taiping ni, popia dia..kalo mai Taiping jangan lupa rasa popia..tempatnya kat bawah Larut Matang..aku pun tak tau nama sebenar tempat nie..tempat nie, sebenarnya food court..tapi stail lama-lama..kalau nak minum petang, lepak-lepak, minum teh..seronok kat sini..rasa macam zaman dulu-dulu aje..
Satu lagi yang aku tak rasa kat Taiping ni, asam pedas ikan sembilang dia..nanti aku nak rasa la..aku dok dengar-dengar..tapi tak tau kat mana yang paling sedap..tak pe..sebelum aku tinggalkan Taiping..aku mesti makan sekali..
Lagi satu yang aku suka pasal Taiping ni, nak gi keje tak jam..bukan setakat gi keje je..setiap waktu la tak jam..nak gi keje, dalam 10 minit dari rumah aku..tapi Judge cakap, "Taiping is 5 minutes town..nak gi mana-mana pun 5 minit je"...ye la, rumah dia dekat dengan pekan..rumah aku plak 10 minit dari pekan..mungkin aku akan cakap,"Taiping is 10 minutes town" kot.