Friday, February 29, 2008

Hidup Berbudi

Yakinlah mati yang biasa tidak lain hanyalah hilang nyawa dari tubuh..
tetapi mati yang paling pahit ialah apabila engkau hidup, tetapi pertimbangan akalmu telah mati.

Orang yang berpendirian yang berbudi tetap hidup walaupun dia telah mati. Dia masih ada walaupun tak ada lagi..

-Hamka, Lembaga Budi, Pustaka Panjimas, Jakarta, 1983

Wednesday, February 27, 2008

Puisi Pilihan Raya

Banyak yang ingin aku tulis sebenarnya..
tapi nak buat macam mana..
aku masih takut-takut..
kerana aku sebenarnya belum betul-betul merdeka..
di negara merdeka..

aku masih terperangkap..
antara kebenaran yang aku nampak..
dan kepalsuan yang aku terpaksa nampak..
kerana kepalsuan itulah yang perlu aku terus nampak..
untuk aku terus hidup..

aku belum betul-betul merdeka ..
di negara merdeka..

aku tak betul-betul menyokong mereka di sana..
aku juga tak betul-betul menyokong mereka di sini..
kerana aku takut..
aku takut pilihan aku betul atau sekadar membikin ribut..

namun..aku tetap perlu memilih..
mereka di sana..atau mereka di sini..
aku rasa semua patut solat istikharah sebelum memilih..

ya..
aku rasa semua patut solat istikharah..
kerana memilih bukan main-main..
memilih yang sebenar-benar pilih..

Biar sahaja DIA yang menunjukkan apa yang perlu aku pilih..

Tuesday, February 26, 2008

Pilihan Raya

Hari Pilihan Raya semakin hampir..

Ingat semua, 8 Mac 2008..hari Pilihan Raya..

Kepada semua yang dah mendaftar dan dah boleh mengundi, tunaikan kewajipan anda..

Kepada yang belum menyemak,silalah semak di:

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

Pernahkah anda terlihat senarai nama pengundi yang mencurigakan?

Berumur lebih 100 tahun misalnya...

kalau anda ingin tahu, sila ke sini:

http://ulasbuku.blogspot.com/2008/02/senarai-pengundi-hantu-pengundi-paling.html

Pada saya memang mereka ini masih hidup..apa salahnya kalau umur mereka lebih 100 tahun?..

Thursday, February 21, 2008

Wacana HAMKA Siri 1/2008

Saya mewakili Kelab HAMKA ingin menjemput anda semua untuk menghadiri program pertama anjuran kami iaitu

WACANA HAMKA Siri 1/2008.
Tarikh/Hari: 23 Februari 2008 /Sabtu
Tempat: Surau Anjung Rahmat
Anjung Rahmat, Batu 6
Jalan Gombak.
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Bayaran: RM3.oo
Pembentang: Naim Jaafar
LLB (UIAM)
Sekarang bertugas sebagai peguambela/peguamcara di Firma Azmi & Associates
Seorang peminat dan pengkagum HAMKA
Membuat kajian-kajian tentang penulisan HAMKA
terutamanya novel-novel karya HAMKA
: Azhar Ahmad
Degree UIAM, Master ISTAC
Sekarang bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Kem. Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI)
Berminat dalam hal-hal falsafah..
Kagum dengan cara HAMKA membumikan FALSAFAH
dan memahamkan marhaen mengenai FALSAFAH..
WACANA HAMKA ini adalah bagi memperingati 100 tahun kelahiran HAMKA..Bagi yang belum mengenali dengan dekat siapa HAMKA, anda dijemput hadir
Bagi yang tak mengenali siapa HAMKA, anda dijemput hadir..
Bagi Pengkagum-pengkagum HAMKA, anda juga dijemput hadir...
Kesimpulannya, semua dijemput hadir...
Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi :
Mohd Nadmin : 019-3040 498
Zaid : 013-3885 629

Wednesday, February 13, 2008

Hari Ini Parlimen Dibubarkan

Hari ini,
Pukul 1.45ptg, baru sahaja aku baca surat khabar..
Pak Lah beritahu "Parlimen tak bubar pun hari ini (Semalam, 12 Februari 2008)..

Pukul 2.00 ptg..
Baca Emel, parlimen dibubarkan hari ini (13 Februari 2008)..

Pak Lah memang pandai buat kejutan..



February 13, 2008 13:06 PM


Parliament Dissolved Today For 12th General Election

PUTRAJAYA, Feb 13 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi today announced the dissolution of Parliament to pave the way for the 12th general election.

The announcement was made at a media conference at his office here and telecast live on RTM1 at noon.

The prime minister also advised all the state governments, except Sarawak, to dissolve their state assemblies to enable the state elections to be held simultaneously.

He said he had an audience with Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin this morning and had received his consent to dissolve the 11th Parliament.

Tuesday, February 05, 2008

Kerja..kerja...kerja

sudah lama tidak menulis di blog ini..
sepanjang 2008 sekarang ini, kesibukan kerja terlampau-lampau..
kerja hingga malam..cuti pun kadang kala kerja..
kerja..kerja..kerja..harap-harap kerja ini diredhai Allah...
yang penting ikhlas..

Dahulu, orang pandang sebelah mata pekerja kerajaan..
mempunyai persepsi yang pekerja kerajaan ni pemalas..
Tapi apabila aku sendiri yang bekerja dalam sektor ini, jarang aku lihat orang yang pemalas..kalau ada pun peratusnya kecil sangat..

Cuba datang dan lihat sendiri..
Kadang-kala pegawai kerajaan kerja sampai malam..
hujung minggu pun kena datang..
pegawai tak dapat elaun kerja lebih masa tau..
semuanya kerana tanggungjawab..

aku pernah berbual dengan seorang pegawai dari Sabah yang datang berkursus di Semenanjung..
dia orang lama..
berpengalaman luas..
katanya: zaman 80an, kerja kerajaan tak sibuk...90an pun sama..petang sudah ada di rumah bersama anak-anak..tapi apabila masuk tahun 2000..banyak perubahan..semakin banyak kerjanya..semuanya perlu cepat dan pantas..

Benarlah kata-kata Imam Ghazali "Tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang ada".
Atau benarkah masa semakin cepat bergerak? Kalau semakin cepat, makanya hari kiamat sudah semakin hampir..

Aku perlu solat taubat malam ini..
tiap-tiap malam sebenarnya..

Solat istikharah juga begitu...supaya kerja harian terpandu...aku mahu walau secebis kata yang keluar dari mulut, turut mendapat petunjuk Allah..