Thursday, January 06, 2011

Huda pun Nak Ketik Kad Perakam Waktu

Hujung tahun dan awal tahun, biasanya Ummi Huda lebih sibuk daripada biasa.
Kena balik pukul 9.00 atau 10.00 malam adalah perkara biasa.
Kena datang kerja hujung minggu adalah perkara biasa.
Jika hujung tahun 2009 hingga awal tahun 2010, Huda cuma boleh mengesot-ngesot badan (untuk cerita lanjut, sila ke sini), pada hujung tahun 2010 hingga awal tahun 2011 ini, Huda dah boleh berlari-lari.

Jadi, boleh la saya main sembunyi-sembunyi dengan Huda dalam pejabat Umminya.
Hari pertama Huda ke Pejabat Ummi, Huda dapat tengok orang mengetip kad perakam waktu (KPW)(punch card).
Hari kedua, mesin itulah yang pertama ditujunya.
Saya tak membenarkan memandangkan saya tak jumpa  yang kosong.
Maka melalaklah Huda dalam pejabat Umminya.
Mujur kakitangan pejabat Ummi Huda bagi KPW yang dah tak guna. Seronok la Huda asyik main KPW tu. Tambahan pula boleh keluar bunyi sreet,sreeet, bila KPW dimasukkan ke mesin.
Makin galaklah Huda.

Itu sahaja cerita Huda dan KPW. Gambar seperti di bawah:



p/s: Saya tak tahu nak buat macam mana nak betulkan gambar ni. Di PC tak terbalik pun, bila upload, jadi terbalik. Takpela ye.