Friday, January 02, 2009

Wajah Saya Yang Terkini: Modul POLIS

Inilah wajah terbaru saya...
Pada waktu ini, saya sedang berendam dalam sungai setelah tamat Inokulasi Individu..
Inokulasi Individu ini perlu dijalani setiap peserta DPA yang mengikuti Modul Disiplin dan Ketahanan Diri Polis..
Dijalankan di Pusat Latihan PGA (Pasukan Gerakan Am) di Ulu Kinta, Perak..
Inokulasi Individu ini lebih kurang macam simulasi suasana perang..
Peserta tak pegang apa-apa senjata..
Cuma perlu menyelamatkan diri..Kami dilepaskan secara berkumpulan..
Kami perlu melalui jalan atau lebih tepat lagi parit yang telah ditetapkan..
kalau parit tu rendah, kami perlu merangkak cara biawak..
kalau tinggi sikit, kami perlu merangkak cara bayi..
kalau lagi tinggi, jalan itik...
Kesimpulannya, kami perlu bergerak ikut bentuk muka bumi yang melindungi kami..
Kalau kami angkat kepala atau badan melebihi had yang sepatutnya, maka akan melayanglah nyawa..
Sebab di atas parit tersebut, kami dihujani dengan peluru-peluru hidup...
Senjata jenis apa yang digunakan, tak berapa pasti.. lebih kurang M-16 aje..
Bingit juga telinga..tapi kami perlu terus bergerak..

Sebaik sahaja terdengar bunyi tembakan, kami perlu menjerit:
"DOWN"...

Kemudian...untuk bergerak:
"MOVE....MOVE"

itulah yang berlaku sampaila ke sungai...apabila sampai, apa lagi, berendam la..ertinya kumpulan dah sampai ke tempat yang selamat..

bersihkan diri..sebab sepanjang perjalanan, kami perlu melalui kawasan berlumpur, berpasir, ada anak sungai..nak lebih bernasib baik, ada pacat menghisap darah kotor..haha

memang menarik modul ni..saya dapat mengetahui tugas polis yang sebenarnya...

Gambar di Pusat Latihan PGA



Latihan Kawad PORU (Public Order Riot Unit)


Latihan Menembak

Malam Mes

Sunday, December 07, 2008

Korban

Assalamualaikum kawan-kawan..
Maaf, dah lama tak menulis di sini...sebab modul IT dah tamat..haha..
Balik rumah baru ada masa nak ke internet...uk

Mengenai hadiah untuk isteri, saya dah hadiahi isteri saya "purse"..
sebab saya tengok purse isteri saya yang lama dah agak uzur..
Haha..

Untuk pengetahuan semua..raya tahun ni, saya tak bercuti..sebaliknya kena raya Korban di INTAN Bukit Kiara..sembahyang raya di sana..Famili saya pun datang beraya sekali dengan saya..Hari Sabtu dan Ahad, kami dibenarkan pulang ke rumah..namun kena pulang semula ke INTAN sebelum jam 12.00 malam hari Ahad..
Pada hari Isnin, kami akan solat hari raya di Surau INTAN..kemudian ada jamuan untuk tetamu dan famili yang datang...kemudian, 7 ekor lembu akan dikorbankan...

Semua peserta kursus perlu memilih tugas-tugas yang disediakan..antaranya ialah menumbangkan dan menyembelih lembu..melapah dan memotong daging...menimbang dan membahagikan daging..kebersihan..logistik..masakan dan jamuan..

Saya memilih untuk memotong daging...

Kawan-kawan..itu je dulu perkembangan terkini dari saya..
dah mengantuk..banyak malam saya tidur lewat...huaaahhh..dah menguap lagi..

Ok..ilal iqa'

Sunday, November 30, 2008

Apa Cadangan Anda?

Salam..Jumpa lagi..
Rakan-rakan pembaca blog saya..
Malam ini saya tidur di rumah..esok saya perlu kembali semula ke INTAN Bukit Kiara kerana kami akan bertolak ke INTAN Wilayah Timur jam 12.00 tengahhari esok..

Untuk pengetahuan semua,
4/12 ini adalah hari lahir isteri saya..
Dan sudah ada pesanan daripada isteri agar tidak melupakan tarikh tersebut..
dan sudah tentu ada tanda-tanda(hint) daripada isteri saya supaya memberi hadiah yang paling istimewa buatnya..

Untuk pengetahuan semua, isteri saya telah menghadiahi saya perfume Dunhill Blue Desire dan berita gembira (kehamilan) yang telah saya nyatakan pada entri yang lepas..
Alasan kenapa isteri saya memberi hadiah perfume tersebut kerana isteri sangat suka akan baunya..
Haha..itulah minyak wangi paling mahal pernah saya ada..kerana saya bukanlah seorang yang terlalu mengambil berat tentang minyak wangi apa yang dipakai..asalkan tidak ada bau yang kurang enak pada diri saya, dan wangi sikit2, pakai deodorant, itu sudah mencukupi..

Apabila isteri memberi saya minyak wangi tersebut, saya cuma pakai sikit-sikit sahaja..psss..mahal, sayang nak pakai..tapi apabila saya pulang ke rumah, isteri akan bertanya:
"Abang pakai tak minyak wangi tu?"
"Pakai sayang."
"Tak bau pun...."
"Abang pakai sikit sahaja sayang..cuba bau kat tangan abang ni"
"Nasib baik abang pakai"

Sejak hari tu, saya akan pastikan saya sembur minyak wangi tu secukupnya pada badan dan pakaian saya apabila pulang ke rumah..
dan pagi tadi..isteri ada memberitahu saya..sambil tersenyum..
"Baru bau minyak wangi tu"..

Saya menjawab: "Mestilah abang pakai untuk isteri abang"

Ah, bila sebut bab bau wangi ni, isteri saya sejak hamil ni, tak boleh bau sikit pun bau busuk..kalo busuk aje, nak termuntah...orang tengah mengadung, banyak alahannya..

Oh ya, ada sebarang cadangan hadiah untuk isteri saya?...
Pada hari lahir isteri yang lepas, saya telah membuat kejutan dengan menyediakan kek semasa menjemputnya dari kelas di UIA...dan ada la kawan-kawannya yang turut sama membuat kejutan itu...
Kalau ada sebarang cadangan bagitau ya..

Ok, jumpa lagi

Friday, November 28, 2008

Akan ke Terengganu

Hari ini hari Jumaat,
Sidang C, DPA mengambil ujian Komponen IT..
Pagi tadi ujian Microsoft Excel dan Access..
Petang ni jam 2.30, ujian ISAC (Ujian mengenai penggunaan Teknologi Maklumat)
Harap-harap lulus dengan cemerlang kedua-dua ujian ni..

Hari Ahad ni, Sidang kami akan ke INTAN Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu..
Kami akan mengendalikan Seminar ECER (Wilayah Pembangunan Pantai Timur)..
Pak Lah yang akan rasmikan..
Program ini adalah sebahagian daripada Modul Protokol yang perlu diikuti oleh Sidang C..

Maka saya cuma dapat pulang ke rumah pada hari Sabtu sahaja..
Kasihan isteri saya..sekejap cuma dapat bersama saya..

Walau apa pun, saya bersyukur kerana isteri saya seorang yang penyabar..merajuk pun..sekejap sahaja..merajuk manja..beruntung saya sebagai suami..
Antara perkembangan yang sangat saya hargai ialah isteri saya telah berani memandu kereta di Kuala Lumpur..
Sedangkan isteri saya tak berani memandu sebelum ni..
Banyak hal-hal yang isteri saya uruskan walaupun sedang mengandung sekarang ni..
Saya berdoa setiap kali selepas solat agar isteri saya diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi hidup tanpa saya di sisi setiap hari..Saya juga sentiasa mendoakan agar anak dalam kandungan juga sihat dan kuat..

Setakat itu sahaja dulu untuk hari ni..
Jumpa lagi..

Monday, November 24, 2008

Sabtu dan Ahad yang Indah

Hai Kawan-kawan,


Assalamualaikum..

Minggu ini, saya dan rakan-rakan Sidang saya sedang mengikuti modul Komunikasi dan Persembahan Berkesan: Komponen IT..
Oleh itu, kami menggunakan Lab Komputer dan sudah tentu ada sambungan internet..
Jadi, memandangkan tugasan dah siap, sempatlah saya tulis blog..


Kawan-kawan,
Setelah 2 minggu tak dapat pulang ke rumah,
hari Sabtu yang lepas kami mendapat pelepasan untuk pulang..
Hari Sabtu dan Ahad yang Indah untuk diri saya


Hari Sabtu yang lalu, selepas mengambil saya dari INTAN, kami ke Kampung Baru..
Isteri saya teringin (atau mengidam kot!! haha) nak makan masakan Minang..dan Air Apokat (Avokado)..
Kami ke restoran berdekatan Masjid Kampung Baru..
Sayangnya Air Apokat sudah tak dijual di restoran tersebut..


Selesai makan tengah hari,
kami ke Pusat Perubatan Homeopathi Prof Nik Omar..
Sebenarnya kami ambil ubat homeopathi sebagai salah satu usaha untuk dapatkan anak selepas dua tahun berkahwin..
dan Alhamdulillah..doa dan usaha kami dimakbulkan Allah..
Setelah dua bulan makan ubat homeopathi, isteri disahkan hamil..


Kami ke pusat ini untuk memaklumkan doktor tentang berita baik ini..
Dan doktor menerimanya dengan senyuman dan ucapan tahniah..
dan testimoni kami diambil untuk dijadikan bukti keberkesanan ubat..
Seterusnya kami mengambil ubat agar janin menjadi kuat..


Selesai di klinik,
Kami ke Alpha Angle..
Tujuan utama kami ke sini adalah untuk membeli buku berkaitan dengan kehamilan..
Kami menjumpainya..tetapi saya tak teringat pula tajuknya..
Rasanya "Ibu dibelai, anak dibuai"..menarik dan praktikal buku ini..
Doktor perubatan yang tulis..
Kemudian kami ke KFC..isteri teringin juga..saya pun..
Haha..itulah untungnya wanita mengandung..anak sulung pula..
apa-apa keinginan pasti suami akan turutkan..

Hari Ahad pula, kami menghabiskan masa di rumah..
Membaca buku yang kami beli semalam..dan majalah-majalah berkaitan kehamilan..
maklumlah, pengalaman pertama..jadi kenalah cari ilmu yang secukupnya..

Hari Sabtu dan Ahad lalu merupakan pengalaman baru saya..
pengalaman yang indah..
persediaan awal untuk menjadi seorang bapa..
saya dan isteri juga berbincang mengenai panggilan bayi untuk kami...
Isteri mencadangkan: "Ayah dan Ibu"
Alasannya: panggilan ayah dan ibu kelihatan dan bunyinya comel..
Comel ke?..hehe..

p/s: doakan keselamatan dan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan

Sunday, November 16, 2008

Tiap-tiap hari assignment dan cirit birit

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

Alhamdulillah, ada kesempatan untuk kemaskini..
Sebenarnya tujuan saya melayari internet adalah untuk cari maklumat pasal integriti..
tapi lebih banyak masa dihabiskan untuk baca blog..haha

Sudah sebulan saya mengikuti kursus DPA..
Minggu lepas, saya telah mengikuti modul Komunikasi Berkesan dan Bahasa Malaysia..
Dalam modul ni, tiap-tiap hari ada tugasan..
Jadi, tiap-tiap hari juga saya dan kawan-kawan lain berjaga malam untuk siapkan tugasan..

Untuk makluman, dalam kursus DPA, masa yang betul-betul kosong adalah pada waktu tengah hari, dan selepas jam 10 malam..waktu-waktu lain dipenuhi program...

Jadi kalau nak buat tugasan pun, selepas jam 10 malam..
Hari Sabtu dan Ahad yang baru berlalu ni, ada program, jadi senggang masa tak banyak...dan tak dapatlah saya dan kawan-kawan lain balik rumah..huhu..sedih..dan risau memikirkan isteri..

Oh ya, mengenai modul yang saya ikuti minggu lepas,
saya belajar cara tulis surat rasmi, memorandum jemaah menteri, buat minit mesyuarat, buat ucapan untuk menteri dan penggunaan Bahasa Melayu yang betul...

Minggu lepas juga, saya mengalami cirit birit, tekak yang selalu loya dan pening kepala..tak selesa..tapi redha...kawan-kawan kata mungkin sebab pembawaan isteri saya yang baru hamil..hehe..ada juga orang kata sebab saya sayang sangat isteri saya..memang pun..haha..

Oleh sebab perkara-perkara yang saya alami di atas, selera makan saya turut berkurang..dalam masa yang sama, isi perut asyik keluar..oleh itu, berat badan saya yang naik 3 kilo sepanjang bulan lepas, telah turun ke paras biasa..agaknya memang Allah tak nak bagi saya gemuk..haha..tak pe la kalau saya kurus kering pun kan?..tapi BMI saya normal...bukan kurus..cuma memang badan saya nampak sekeping aje..

Saya rasa cukup dahulu untuk kali ini..jumpa lagi..

Friday, November 07, 2008

Berita Gembira

Alhamdulillah,
Sudah hampir sebulan saya berkursus DPA...
Pelbagai modul yang saya dan peserta kursus DPA yang lain ikuti...
Bermula dari 13 Oktober 2008, kami mula mendaftar di INTAN Bukit Kiara..
Kemudian dalam hari yang sama, kami ke Bukit Lagong di Selayang..
Pelbagai aktiviti luar dan aktiviti kerohanian yang kami lakukan di sini..
Antaranya ialah Night Walk (Berjalan Malam)...Night Drop (Burung Hantu)... water confident... flying fox.. wall climbing..
Yang menariknya, sepanjang berada di Bukit Lagong, kami tak tidur malam...kehidupan kami di sini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti...
Sehinggakan, waktu berjalan pun, masih boleh terlelap...

Setelah selesai 3 hari di Bukit Lagong, kami kembali semula ke Bukit Kiara..
meneruskan modul yang seterusnya iaitu Modul Bina Nilai dan Sahsiah selama dua minggu...selesai modul tersebut..kami dibahagikan kepada 6 Sidang dan setiap sidang akan mengikuti kursus yang berlainan...saya terpilih untuk Sidang C...modul yang perlu diikuti ialah Pengurusan Sumber Manusia dan Kepimpinan...baru sebentar tadi saya menduduki peperiksaan akhir untuk modul ini...susah juga soalannya..harap-harap lulus..

Oh... kawan-kawan,

Semalam genap umur saya 26 tahun di dunia ini...dan saya juga mendapat khabar gembira iaitu..
iaitu isteri tercinta yang saya kasihi telah 5 minggu mengandung..inilah hadiah hari jadi yang paling bernilai untuk saya setakat ini..setiap hari selepas solat, saya mendoakan agar isteri dan anak kami yang dalam kandungan mendapat perlindungan Allah dan sentiasa sihat..

Tapi, saya tak dapat meraikan kegembiraan tersebut bersama-sama pada masa sekarang..hari esok saya akan pulang ke rumah di Gombak..

Kawan-kawan,
Doakan kami ye...

Eh..dah hampir jam 5, petang ini Sidang saya akan mengikuti latihan renang...ok..
ada masa saya akan kemaskini lagi cerita saya..jumpa lagi..

p/s: gambar tak sempat nak muatnaik..kejar masa..

Thursday, October 09, 2008

Yang Terakhir

Hai..
Assalamualaikum..

Buat masa ini, saya merasakan inilah tulisan saya yang terakhir di blog ini..
Minggu depan, 13.10.2008, saya akan memulakan kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)..
Selama 6 bulan..
Mungkin bebanan jadual harian akan menyukarkan saya untuk terus mencatat sesuatu di blog ini..
Walaupun begitu, saya berharap semua pengunjung blog ini akan terus berkunjung ke sini..pada 6 bulan yang akan datang..

Namun, saya akan cuba untuk mencuri sedikit masa dalam tempoh kursus DPA bagi mencatatkan sesuatu di sini..

Ah..itu sahaja..

ah..terasa sedih untuk berpisah..

Tapi, sebelum itu, saya ada membeli sebuah buku baru..

Tajuknya: Membina dan Meruntuhkan Malaysia
Pengarang: Ahmad Mustapha Hassan
Penerbit: Strategic Information and Research Development Centre
Harga: RM35.00



Saya belum habis membacanya..tapi yang menarik perhatian saya untuk memiliki buku ini ialah kerana kata-kata di belakang buku ini:

Apakah yang telah dicapai oleh dua orang Perdana Menteri Malaysia yang lalu, dan apakah warisan yang mereka tinggalkan? Sementara ramai orang cuba memberikan jawapan kepada enigma ini, satu kelompok kecil di sekeliling tokoh-tokoh itu telah memberanikan diri dan muncul ke hadapan untuk mengumumkan penilaian mereka. Dengan itu, buku ini merupakan pengisahan orang dalam pertama tentang pentadbiran Malaysia selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1970-an dan 1980-an, daripada perspektif pemerhati di tepi gelanggang.

Pengarang, Ahmad Mustapha Hasan, bukan hanya seorang nasionalis dan sosialis pada zaman mudanya, beliau juga aktif dalam pergerakan pelajar dan pemuda UMNO. Beliau telah menerapkan pengalaman beliau yang kaya dan pelbagai pada huraian tentang keadaan komuniti Melayu ini. Mustapha membawa pembaca melalui beberapa fasa penglibatan beliau dalam pentadbiran negara dan politik UMNO pada tahun-tahun pembentukannya. Secara khusus, beliau memberi tumpuan terhadap pelbagai aspek pentadbiran Tun Razak dan Mahathir.

Dalam membandingkan falsafah dan gaya pentadbiran dua personaliti yang berbeza ini, Mustapha menekankan bahawa walaupun Tun Razak berdarah bangsawan, beliau adalah seorang yang merendah diri dan sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Tun Razak menerjemahkan keprihatinannya melalui rancangan tindakan yang positif untuk pembasmian kemiskinan luar bandar.

Sebaliknya, Dr. Mahathir adalah scorang yang tergesa-gesa, dan tidak mempunyai pengalaman pentadbiran sebelumnya. Beliau menganggap kemalasan orang Melayu sebagai punca terjadinya dilema Melayu dan beliau memperlihatkan ketidakpedulian terhadap undang-undang dan peraturan negara dalam pcncarian untuk mendapatkan ubat yang mujarab bagi peyakit orang Meayu. Pengarang mempercayai bahawa Dr. Mahathir telah menyemai benih-benih kebencian dan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan berpaut kuat pada visi yang dilihatnya ini dan menghadapi penentangnya dengan zalimnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi supremo politik negara.

Buku ini unilk kerana ia adalah hasil dari pengalaman peribadi penulis hampir melebihi setengah abad. la sepatutnya menarik perhatian sesiapa yang berminat dalam politik Malaysia, khususnya mereka yang mahukan pemahaman yang segar dan kritikal tentang pentadbiran Tun Razak dan Dr. Mahathir.

(nota: perkataan yang berwarna hijau dan merah adalah petikan kata-kata di kulit belakang buku)

Dalam bab awal, saya dapat merasakan betapa Tun Abdul Razak merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau sanggup menyembunyikan penyakitnya semata-mata untuk bertemu dengan orang kampung..Oh, itu sahaja..saya baru membacanya hingga mukasurat 11..Tetapi tak sabar mahu meneruskan pembacaan..

p/s: saya bukan ejen menjual buku ini..tetapi saya suka untuk berkongsi dengan anda semua..

Friday, September 26, 2008

Duit Raya

Hai..Assalamualaikum..hari ni, hari terakhir saya bekerja sebelum Hari Raya..
Mungkin esok atau lusa, saya dan isteri akan pulang ke kampung..
Ingat tak pasal pesanan seorang staf di pejabat saya (pada entri yang lepas) supaya simpan duit bonus?..ingat kan?..kalau tak ingat, cuba tengok entri yang lepas pasal perbelanjaan raya saya..

Semalam, timbul keinsafan dalam diri saya..
kenapa ya?..
untuk pengetahuan semua, ada seorang tukang cuci (eh, tak sedap nama ni!!..apa nama lain ye?)..saya panggil di Kakak Lin la ye..memang tugas Kak Lin setiap hari ialah mengemas pejabat pada waktu pagi..tandas perlu dicuci..bakul-bakul sampah perlu dikosongkan, lantai perlu disapu, kadang-kadang kena mop..bahagian pejabat yang ada permaidani juga perlu di"vakum"..

Kak Lin ini berasal dari Indonesia..cuma saya tak pasti suaminya orang Indonesia juga atau orang Malaysia..apapun negara asalnya, tak kisah la..agama tetap sama..

Semalam,
tergerak hati saya untuk menegur Kak Lin semasa dia mengosongkan sampah di dalam bakul sampah di bilik saya..
"Akak, tak balik kampung raya ni?"
Jawabnya: "Akak tak minta cuti pun"
"O. ye ke?..akak cuti dua hari je la ye?"
"Aa, hari Rabu dan Khamis"..
"Anak Akak berapa orang"
"Dua orang"

Perbualan kami tamat di situ..
Kak Lin masih setia dengan tugasnya, ke bilik yang lain pula..
Selepas perbualan itu, timbul rasa insaf di hati saya..

Duit bonus itu, bukan hak saya pun..itu duit rakyat yang kerajaan bagi pada penjawat awam macam saya untuk meringankan sedikit beban..itu rezeki dari Allah sebenarnya..
Allah cuma amanahkan saya..

Macam mana agaknya keadaan rumah Kak Lin?..anak-anak dah ada baju raya ke?..
Ramai lagi orang yang perlukan bantuan..
Jadi saya berniat nak bagi duit raya pada Kak Lin dan anak-anak..

Oh, baru tadi (hari ini) Kak Lin kemaskan bilik saya..dan saya menyerahkan sampul duit raya kepada Kak Lin..
"Kak Lin, ni duit raya untuk Kak Lin dan anak-anak..Selamat Hari Raya..Maaf kalau saya ada buat salah"
"Terima kasih En. Nadmin..Kak Lin pun macam tu"
Dan Kak Lin terus setia dengan kerjanya..

Berapa yang saya bagi? Oh, itu bukan yang saya nak cerita..

Nak saya nak khabarkan di sini ialah, di dalam kita bergembira nak sambut Hari Raya, nak pulang ke Kampung, nak membeli belah untuk raya, ingatlah masih ramai lagi yang kurang bernasib baik...mungkin ada bahagian-bahagian mereka dalam rezeki yang kita dapat..kongsikanlah bersama..InsyaAllah, Allah akan balas dengan ganjaran yang berlipat ganda..Amiin..

akhir kata: "SELAMAT HARI RAYA"..saya nak minta maaf sekiranya ada perkataan dalam blog ini yang menyinggung hati, mengguris perasaan sesiapa..kesalahan orang lain pada saya (sekiranya ada) jangan risau, saya dah maafkan..

Wednesday, September 24, 2008

Apa Yang Saya Belanjakan Untuk Raya Tahun Ni

Raya dah nak dekat..
Banyak duit juga yang perlu dibelanjakan untuk raya..
Alhamdulillah sebagai penjawat awam, dapat bonus sebulan gaji tahun ni.
Boleh la bernafas lega..

Apa perbelanjaan raya anda?..
Saya dah berkira-kira mengenai perbelanjaan saya..

1. Duit minyak - pergh, banyak juga belanja minyak ni..harga tak turun-turun lagi..bila nak turun ni..nak balik Johor minyak..jalan-jalan raya minyak..semua tu duit tu..

2. Bayar tol - Nak perjalanan selesa..kena masuk lebuh raya..nak naik lebuh raya, kena bayar tol..tak ada ura-ura nak bagi tol percuma ke raya ni ya?..kalau tak payah bayar tol, tak ada kesesakan kat lebuh raya (akibat beratur bayar tol)..oh ya, nampaknya saya kena beli kad touch n go la..supaya perjalanan lebih lancar..

3. Servis kereta - kereta kancil saya perlu diservis supaya tak ada masalah sepanjang raya ni..nak jalan jauh..itulah sahaja kereta yang saya ada..

4. Duit Raya - Maklumla..dah kerja, kena la bagi duit raya..dalam saya berkira-kira nak agihkan duit raya, isteri turut berpesan, duit raya tahun ni kena bagi..lebih sikit..kan dapat bonus..ye la isteri abang, abang akan bagi duit raya banyak kat nana tahun ni..

5. Baju Raya - Baju saya dah lama siap..guna kain hadiah dapat waktu jadi moderator kat sekolah dulu..alhamdulillah..cuma bayar upah aje..cuma..baju raya isteri tak beli lagi..maklumla org perempuan..PKNS Shah Alam, dah dua kali pusing..Jalan TAR pun dua kali..tak dapat lagi baju yang berkenan di hati..

6. Zakat Fitrah - Alhamdulillaha dah bayar..kat KL RM5.20..bayar untuk isteri sekali..

ada lagi ke? saya rasa ini sahaja yang penting..bagaimana dengan bajet raya anda?...apapun, berbelanjalah dengan berhemah..

ada staf kat ofis pesan, En. Nadmin, jangan guna duit bonus tu..simpan..guna duit gaji aja dulu..

Betul-betul, saya cuba simpan duit bonus..tapi kalau dah terdesak..kena guna juga..

Tuesday, September 16, 2008

KENYATAAN MEDIA MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HING

MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA IPT

(12 SEPTEMBER 2008 / 12 RAMADHAN 1429H)

1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan” . Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat.
(Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin. net).

2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.

3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.

4. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.

5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.

6. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.

8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).

9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah atau dimanipulasi dan soalan juga masih dwibahasa.

DENGAN INI KAMI BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN YANG BERIKUT (SEBAHAGIAN BESARNYA MEMANG MEMBANTAH PPSMI SEJAK URA-URA HENDAK DILAKSANAKAN PADA TAHUN 1996 DAHULU LAGI (LIHAT ASRAF, MANIFESTO BUDAYA PUPUS BAHASA PUPUSLAH BANGSA, 1996, PLM:KL DAN BUKU MENGAPA KAMI BANTAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS, ABDULLAH HASSAN, PTM:KL) MENDESAK LAGI SEKALI SUPAYA PPSMI YANG DILAKSANAKAN SEKARANG INI DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA DAN KEMBALI KEPADA DASAR SEBELUM 2003.

1) KUMPULAN PRIHATIN
2) PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM)
3) ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
4) AKADEMI SAINS ISLAM MALAYSIA (ASASI)
5) MAJLIS PROFESOR SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
6) WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH)
7) PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA (PPM)
8) PERS.KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
9) INSTITUT ALAM TAMADUN MELAYU,UKM (ATMA)
10) PERS. PENULIS NASIONAL (PENA)
11) PERS.EKSEKUTIF & USAHAWAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PESUMA)
12) PERS.BEKAS PELAJAR ITM (PBP-ITM)
13) PERS.SULUH BUDIMAN (PSB)
14) PERS.MAHASISWA ISLAM TIMUR TENGAH (PBMTT)
15) PERS. PENGAJIAN MELAYU MALAYSIA (PPMM)
16) PERS. SENIMAN MALAYSIA (SENIMAN)
17) GABUNGAN PERS.PENULIS NASIONAL MALAYSIA (GAPENA)
18) TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)
19) GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
20) PERT.TINDAKAN WANITA ISLAM (PERTIWI)
21) PERS.ALUMNI SEKOLAH ALAM SHAH (PASAS)
22) KESATUAN SEKERJA DBP
23) PERSATUAN PENULIS KUALA LUMPUR (KALAM)
24) PERSATUAN PENULIS JOHOR (PPJ)
25) PERSATUAN PENULIS MUAR
26) PERS. ULAMA MALAYSIA PULAU PINANG (PUMPP)
27) GABUNGAN MAHASISWA DARULAMAN (PERSADA)
28) GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU)
29) KESATUAN GURU MELAYU MALAYSIA BARAT(KGMMB)
30) PERSATUAN SAINS KEADAAN PEPEJAL (PSKP)
31) PERS.BIOLOGI GUNAAN MALAYSIA
32) PERS.SAINS MATEMATIK MALAYSIA
33) MAJLIS PROFESOR SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
34) KESATUAN PELAJAR ISLAM PERAK (KPIP)
35) KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)
36) GAMIS
37) PERSATUAN PENDIDIK INSAN NEGERI SEMBILAN (PPINS)
38) IKATAN PENGKAJIAN ISLAM PAHANG (IKATAN)
39) PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN
SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS)
40) PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI KEDAH (PERSIDA)
41) PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM SARAWAK (PERKEPIS)
42) KESATUAN PELAJAR ISLAM MELAKA (KPIM)
43) PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)
44) PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM PULAU PINANG (PEMBIMBING)
45) PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PERTIWI)
46) PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA (PSM)
47) PERSATUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)

http://www.prihatin .net/index. php?option= com_content&view=article&id=40:kenyataan- media-bersama&catid=15:kenyataan- media-kumpulan- prihatin&Itemid=15

Monday, September 08, 2008

Apa Yang Pasangan Anda Buat Semasa Bulan Ramadhan

Untuk makluman semua,

Kali ini sudah 3 kali Ramadhan saya berpuasa bersama isteri..
Ertinya sudah 3 tahun saya berpuasa bersama isteri..

Apa yang isteri/pasangan anda buat semasa bulan Ramadhan ini?
Untuk kali ini..saya ingin menceritakan kepada semua mengenai rutin harian isteri saya sepanjang bulan Ramadhan ini.
Rutin ini membuatkan saya terharu dan terfikir betapa beratnya tugas seorang isteri..tugas ibu juga...

4.30 pagi - Isteri saya akan bangun dan menyiapkan juadah untuk sahur
(Biasanya saya akan tersedar..dan kalau badan ni boleh bangun,
kalau kepala terasa berat sahaja, saya akan sambung tidur)
5.00 pagi - Isteri akan mengejutkan saya..abang, abang, bangun sahur
5.30 pagi - Selesai sahur
(saya akan angkat pinggan-pinggan ke sinki dapur untuk dibasuh,
kalau saya rajin saya akan basuh pinggan mangkuk)
5.45 pagi - bersiap-siap untuk solat Subuh...
6.30 pagi - bertolak ke pejabat bersama isteri

5.00 petang - balik dari pejabat..ambil isteri di pejabatnya
(kalau hari cuti, waktu ni, isteri dah siap-siap untuk sediakan
juadah untuk berbuka puasa)
6.30 - 7.00 petang - singgah ke pasar Ramadhan
7.20 malam - berbuka puasa
8.00 malam - solat maghrib
antara maghrib dan isyak, isteri akan seterika baju untuk esok hari
8.20 malam - ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih
9.30 - 10.00 malam - pulang dari masjid

Biasanya kami akan tidur jam 11 malam...jadi inilah rutin harian isteri saya..terutamanya ketika hari kerja..saya rasa kagum sangat apabila isteri saya dapat bangun jam 4.30 untuk menyediakan sahur..
bayangkan kalau isteri tak bangun, tak bersahur dengan lauk yang menyelerakan lah jawabnya..Bila bicara pasal isteri, termasuklah ibu-ibu kita di rumah..hebat kan mereka?!!!

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Penuhkan aktiviti dengan beribadah di bulan pesta ini...pesta ibadah ye..hadirkan rasa gembira untuk beribadah..rebutlah peluang ini sebaik-baiknya..

Tuesday, August 19, 2008

Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Hari ini (19 Ogos 2008) jam 8.30 pagi ada Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang..

Semua Staf MITI berkumpul di perkarangan pejabat..
Kempen ini akan dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin..
Kalau anda melalui Jalan Duta, jangan lupa memandang ke arah Kompleks Kerajaan..
Bangunan MITI dihiasi dengan Jalur Gemilang..banyak sekali..cantik!!

Sempenana dengan pelancaran kempen ini, pegawai-pegawai perlu menanggotai kumpulan koir..lagu yang dinyanyikan ialah Negaraku, Menuju Kecemerlangan (Lagu MITI) dan Jalur Gemilang..

Sedap kumpulan koir ni nyanyi..ye lah,berlatih bagai nak rak..
Saya lah seorang daripada mereka..hehe
suara tak sedap..tapi tak sangka suara sumbang pun boleh menyanyi depan menteri..haha..
tapi kalau nyanyi seorang diri tak sanggup saya..

Untuk pengetahuan, majlis ini mendapat liputan media..
Bernama TV pun datang..dan di akhir majlis, kumpulan Koir MITI diberi peluang untuk memberi ucapan hari Kemerdekaan oleh Bernama TV..jadi siapa yang terperasan ucapan kami tu, maklumkan saya ya..maklumlah rumah tak ada astro..

Selama setahun di MITI, inilah kali pertama saya menyannyi lagu MITI..haha.
Sedikit sebanyak menyanyi lagu patriotik ni dapat meningkatkan semangat cintakan negara dalam diri saya..selain itu, saya dapat lebih rapat dengan pegawai-pegawai dan staf di MITI..

Ok, itu saja dahulu untuk kali ini..

KIBARKAN JALUR GEMILANG...BUKAN SAHAJA DI DEPAN RUMAH ATAU DI KERETA..TAPI DALAM DIRI ANDA..

Saturday, August 09, 2008

Menurut Perintah

Hari ini, hari Sabtu 9.8.2008..
Saya di pejabat..
kenapa di pejabat? kerana saya perlu siapkan kerja-kerja yang mendesak..
Hari Isnin, pasukan Audit dari Jabatan Audit Negara akan ke MITI..
semalam, hari Jumaat, jam 4.30ptg, MITI baru menerima fax yang menyatakan Audit akan datang ke MITI..
Jadi staf-staf di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia perlu menyediakan dokumen-dokumen yang perlu..

Ah, saya tak akan ke pejabat pada hari cuti,
lebih baik saya menghabiskan masa bersama isteri di rumah atau mengunjungi saudara mara yang sudah lama tak dikunjungi atau bersama kawan-kawan..
tapi, saya perlu juga datang..
iklas ni..ikhlas..haha..
saya perlu menurut perintah..

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG

Saya yang menurut perintah,

t.t
MOHD NADMIN RAMLAN

Monday, August 04, 2008

Air Percuma di Selangor 2

Makluman ringkas dari saya,

Saya tak perlu bayar bil air untuk bulan 6..

kerana saya dapat rebat untuk bulan 5..

jangan jeles..

haha

Thursday, July 24, 2008

Mendaki Bukit Tabuh




Hari Sabtu yang lalu (20.07.2008) saya dan rakan-rakan yang lain (Suhail, Malie, Ishak, dan lain-lain), telah mendaki Bukit Tabuh..

Kami memulakan pendakian di Kaki Bukit Tabuh di Melawati, Kuala Lumpur..
Dah lama tak mendaki atau jungle treking..
Jemputan daripada Suhail memang takkan saya lepaskan..
Pendakian dimulakan sekitar jam 7 pagi..

Ramai juga penunjung yang mempunyai aktiviti yang sama dengan kami..
Apa yang menarik tentang pendakian ini ialah,
kita dapat menyaksikan dua pemandangan yang berbeza,
Sebelah, pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang sesak dengan bangunan..
Sudah tentu KLCC dan Menara KL jelas kelihatan..
Di sisi yang lain pula,
Pemandangan alam semula jadi yang belum tercemar..
turut kelihatan empangan yang menjadi sumber air sebahagian penduduk Lembah Klang..

Memang indah alam ciptaan Tuhan,
Kalau masih ingat pelajaran Geografi,
kita dapat melihat jenis-jenis pokok dari kaki bukit sehingga ke puncak..
Bermula dari pokok yang tinggi-tinggi, berbatang besar dan berdaun lebat memayungi alam di kaki bukit,
sehingga ke lumut-lumut di batu-batu dan pokok yang berdaun jarang dan berbatang kecil, di puncak bukit,
banyak yang boleh dipelajari..
Hebat sungguh Pencipta yang mencipta alam ini..

Selain daripada alam semula jadi,
kita dapat melihat perhubungan antara manusia..
memang indah dan gembira melihat perhubungan antara manusia bermula di kaki bukit sehingga ke puncak..
apabila menghadapi kesukaran, bukan di dalam kumpulan sahaja yang membantu,
tetapi kumpulan lain yang turut sama mendaki, sama-sama membantu..

setiap orang, berlainan kaum, sama-sama membantu agar masing-masing dapat sampai ke puncak bukit..
komunikasi sesama pendaki yang berlainan bangsa juga kelihatan amat mesra..
kami dapat saling bertegur sapa dan bertanya khabar..
ah, indahnya kalau keadaan begini juga dapat dirasakan bukan sahaja pada waktu mendaki..tetapi setiap masa..
tanpa prejudis, saling membantu, saling memberi tunjuk ajar..
kerana matlamat kami sama..
melihat keindahan alam dan sampai ke puncak..

di sini, di Bukit Tabuh, saya bukan sahaja dapat melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan..
tetapi saya dapat melihat keindahan perhubungan sesama manusia yang berbilang kaum, pelbagai warna kulit yang juga diciptakan Tuhan..

Friday, July 04, 2008

Doa

Hari ini Hari Jumaat,
Pagi-pagi lagi bila sampai ke pejabat, tiba-tiba bos buat pengumuman minta semua kakitangan berkumpul..
Yang mana ada di dalam bilik, Ketua Pen. Pengarah, Pen. Pengarah,
Semua perlu berkumpul di ruang tamu pejabat.

Bos buat pengumuman..

"Mulai hari ini, tiap-tiap hari Jumaat,
Kita berdoa beramai-beramai..Nadmin, baca doa"

Bos sebut nama saya..

Doa apa nak baca ni? tak sedia..
baca doa penerang hati, lagi doa apa?...oh ya, doa memulakan kerja..
Saya pun baca:

"Ya-Allah, kami memohon kepadaMU kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung padaMU daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu, Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya"

Agaknya apa doa lain yang sesuai ya? Saya bukanlah seorang ustaz yang akan keluar sahaja perkataan dari bibir bila disuruh berdoa..doa ringkas boleh la..

Waktu sekolah rendah dulu, selalu juga saya baca doa waktu perhimpunan..tapi saya dah lupa..

Nampaknya selepas ini, saya perlu menghafal banyak lagi doa untuk majlis-majlis yang lain..sebagai persediaan..

Doa senjata org2 beriman..

Cerita pasal doa, teringat waktu sekolah dulu..pasukan bola sepak sekolah, dan pasukan-pasukan yang lain akan berdoa dahulu sebelum memulakan perlawanan..kemudian akan bertakbir ramai-ramai..

memang bersemangat..

Memang gerun pasukan lawan..
pernah ada seorang cikgu dari sekolah lain beritahu,
"awal-awal lagi kami dah kalah..
sebab kami tak berdoa.."

Sunday, June 15, 2008

Seharian di rumah

Memandangkan isteri saya akan pulang Khamis ini,
maka saya perlu buat persiapan yang sewajarnya supaya tak la pengsan isteri saya bila sampai di rumah nanti..
Faham-faham sahaja..
hidup bujang selama sebulan..

Semalam, hari Sabtu, saya merancang untuk kemas rumah awal-awal pagi..
tetapi memandangkan saya berjaga menonton Euro 2008, maka saya kemas rumah, bukan pada awal pagi..
Tapi awal tengahari..
haha..

Baju-baju yang sudah berminggu tak basuh juga,
saya basuh..hehe..sudah terbiasa ada org basuh, maka saya sedikit malas untuk basuh baju..
oh..untuk makluman, kami belum ada mesin basuh baju di rumah..

Akhirnya, lewat petang, saya selesai buat semua kerja rumah..
baju sudah disidai..rumah sudah disapu, lantai juga telah dimop..
letih juga dibuatnya..

Malamnya, memandangkan saya sudah seharian di rumah, maka saya buat keputusan untuk ke Laman Santai..dah bertemu janji dengan Suhail dan rakan lain untuk bertemu di sana..

Malam itu, di Laman Santai, banyak juga persembahan yang dapat saya saksikan..
sambil makan roti bakar, telur separuh masak, teh panas..sambil berbual-bual..

Tiba giliran Syafinaz buat persembahan..
dia pun mula nyanyi..untuk lebih interaksi dengan penonton, Syafinaz berjalan dari meja ke meja..dan..berhenti di meja kami..

Pergh..alamak, Syafinaz nyanyi depan kami..dan yang tak tahan, dia tarik saya pergi depan pentas..aduh..serba salah dibuatnya..kenapa saya yang dipilihnya?..
untuk isteri kesayangan, jangan marah. abang masih sayangkan nana..nampak tak, abang pejam mata depan tu, tak pandang pun Syafinaz..haha..

Friday, June 13, 2008

Isteri akan pulang

Dah lama tak tulis blog..
hari khamis ni, isteri saya dah habis kurus..eh dah habis kursus..
sepanjang isteri berkursus di Sabak Bernam,
tiap-tiap minggu saya ke sana..

memang Sabak Bernam daerah yang tenang..
hilang segala kusut apabila berkunjung ke sana..
Betul..bila ke sana, kerja yang berlambak di pejabat tidak saya fikirkan lagi..
Betul..saya seperti masuk ke dunia lain..
Dunia yang sangat tenang..

Betul..
Sewaktu melalui Sekinchan, Tanjung Karang, air mata saya mengalir..
kerana rasa tenang...Tanjung Karang, kawasan Jelapang Padi Selangor..
Teringat negeri kelahiran..negeri Kedah..

Waktu kecil, rumah tok saya di Alor Star, dekat Simpang Empat, Tandop..jalan lama dari Alor Star ke Sungai Petani..
depan rumah tok, lintas jalan, Terusan Wan Mat Saman..terusan yang lurus..yang membawa kemajuan kepada negeri Kedah suatu masa dulu..mengairi sawah padi..sampai ke Gunung Jerai..

Waktu kecil saya yang tenang..tak perlu ada masalah..tak fikir apa-apa masalah..waktu petang, bermain di ban..tangkap pepatung..lari di batas sawah..ah..tenangnya waktu itu..angin sawah meniup wajah..teringat Mak Tam..mak cik saya yang paling bongsu..kalau balik ke rumah wan, kami adik beradik akan bermain dengan Mak Tam..macam-macam Mak Tam ajar..tangkap pepatung, buat buih dari daun pokok letup-letup..

Sekarang, itu cuma memori..wan dah pindah ke Baling..tak ada lagi sawah..
Wan pun dah tak ada..tok pun dah tak ada..dua-dua dah pulang ke Rahmatullah..tak sempat pun tengok saya kerja..tak sempat pun tengok saya kawin..tak sempat pun tengok cucu menantu..

Waktu tok meninggal, saya di Matrikulasi..tak sempat nak balik..tiket bas habis, tiket keretapi habis..cuma boleh berdoa dan solat ghaib..terkilan..

Eh..hari Khamis ini isteri saya pulang..mungkin Sabak Bernam daerah yang tenang kerana isteri saya ada di sana..memang ya..kerana isteri saya memang memberi ketenangan kepada saya saat saya kusut..saat saya letih..saat saya tak semangat..

cuma kadang-kadang isteri bertukar lain kerana berleter..saat itu, tak tenang sangat..tapi kusut..haha

Friday, May 23, 2008

Orang Bujang

Isteri comel saya sedang berkursus selama sebulan..
tinggallah saya seorang diri di rumah..
jadi bujang selama sebulan..

bangun pagi tadi, malasnya nak gosok baju..
esok hari sabtu,
kena basuh baju sendiri..
rumah kena kemas sendiri..

dah lama saya tak gosok baju sendiri..
basuh baju sendiri..
sebulan ni, saya perlu membuat itu semua semula..
sendiri...