Monday, September 08, 2008

Apa Yang Pasangan Anda Buat Semasa Bulan Ramadhan

Untuk makluman semua,

Kali ini sudah 3 kali Ramadhan saya berpuasa bersama isteri..
Ertinya sudah 3 tahun saya berpuasa bersama isteri..

Apa yang isteri/pasangan anda buat semasa bulan Ramadhan ini?
Untuk kali ini..saya ingin menceritakan kepada semua mengenai rutin harian isteri saya sepanjang bulan Ramadhan ini.
Rutin ini membuatkan saya terharu dan terfikir betapa beratnya tugas seorang isteri..tugas ibu juga...

4.30 pagi - Isteri saya akan bangun dan menyiapkan juadah untuk sahur
(Biasanya saya akan tersedar..dan kalau badan ni boleh bangun,
kalau kepala terasa berat sahaja, saya akan sambung tidur)
5.00 pagi - Isteri akan mengejutkan saya..abang, abang, bangun sahur
5.30 pagi - Selesai sahur
(saya akan angkat pinggan-pinggan ke sinki dapur untuk dibasuh,
kalau saya rajin saya akan basuh pinggan mangkuk)
5.45 pagi - bersiap-siap untuk solat Subuh...
6.30 pagi - bertolak ke pejabat bersama isteri

5.00 petang - balik dari pejabat..ambil isteri di pejabatnya
(kalau hari cuti, waktu ni, isteri dah siap-siap untuk sediakan
juadah untuk berbuka puasa)
6.30 - 7.00 petang - singgah ke pasar Ramadhan
7.20 malam - berbuka puasa
8.00 malam - solat maghrib
antara maghrib dan isyak, isteri akan seterika baju untuk esok hari
8.20 malam - ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih
9.30 - 10.00 malam - pulang dari masjid

Biasanya kami akan tidur jam 11 malam...jadi inilah rutin harian isteri saya..terutamanya ketika hari kerja..saya rasa kagum sangat apabila isteri saya dapat bangun jam 4.30 untuk menyediakan sahur..
bayangkan kalau isteri tak bangun, tak bersahur dengan lauk yang menyelerakan lah jawabnya..Bila bicara pasal isteri, termasuklah ibu-ibu kita di rumah..hebat kan mereka?!!!

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Penuhkan aktiviti dengan beribadah di bulan pesta ini...pesta ibadah ye..hadirkan rasa gembira untuk beribadah..rebutlah peluang ini sebaik-baiknya..

16 comments:

KiMi said...

Bini aku lagi la.sebelum bangun masak sahur kul 4.30, sebelum tu dia dah 3 4 kali bangun seperti bancuh susu anak dan salinkan lampin anak.
Aku? tidor, makan dan tidor semula.hahaha.

Anonymous said...

Kimi..Bini hang tak kerja..memang itu tugas utama dia..haha

Uish..tak patut la Kimi..hang untung dpt bini macam dia..

nadmin

Wasunni Al-Kelantani said...

tuan nadmin...

biasa bulan puasa ni..kalu kau masak...lauk apa yg biasa kau akan masak...

aku reti masak ayam kari je..kalau masakan lain tak reti dah..mesti tak sedap kalu aku buat..wife aku kena adjuz sana sini pulak lauk tu sbb nak kasi sedap...haha..

Mohd Nadmin said...

Saleh,

aku tak biasa masak pun bln posa ni..sbb aku tak pandai sgt masak..haha..aku cuma boleh masak air, maggi, goreng telur..atau panaskan lauk..lagi satu, masak nasi..hehe

SURVIVOR said...

Isteri mmg dah menanggap tugas tu sebagai tanggung jawab dia. Tiada rasa mengeluh, dilakukan dgn rela hati. Isteri amat berterimakasih pada suami yang tau mengahargai.

Marliza Radzi. said...

bagus sekali kerana nadmin sedar kehebatan isteri! :D

Mohd Nadmin said...

survivor: saya tengah menghargailah ni (dengan menyatakan dalam blog)..hehe

am: tq..kadang2 kena nyatakan..supaya tahu suami ni memang menghargai..;)

ila nursalida said...

kalau suami yang tak menyatakan tu..tanda tak menghargai ke?

nadmin said...

ila nursalida,
tak semestinya tak nyatakan itu, tak menghargai..
ada yg senyap aje..tapi dalam hati sentiasa menghargai isteri..

kadang2 penghargaan diberi dengan cara lain..tiba2 suami baik nak tolong sidai baju(padahal sebelum ni tak penah tolong)..atau tiba2 nak sapu lantai..itu tanda2 penghargaan la tu...

tiba2 suami ajak makan kat luar..
bawa pegi makan angin..
banyak sebenarnya..

nadmin

Anuar Manshor said...

Aku? Mak mertua kejutkan aku! haha

nadmin said...

nuar,
tak pe..baru belajar..haha

ila nursalida said...

nadmin:betul2 itulah cara suami saya menghargai..neva says with words..
he is "ringan tulang" type of suami..sangat rajin weekend he will kemas rumah while i'm cook for lunch (kalau tak puase laa):)

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) said...

Nadmin...hehe...baguihla...
memangler itu tugas isteri..tapi ingat...sama-sama ouasa...sama-sama kena tolong....hehe..cuba baca artikel akak dalam blog akak...erm...nadmin sebagai suami pun kena bantu siteri kat dapur tau...

Hehe..contohnya...ok..isteri dah bangun awal...4.20-4.30 pagi....memang selalu suami akan dikejutkan pukul 5.00 pagi bila dah selesai semua...tapi alhamdulillah..rutin harian akak...suami kenalah basuh pinggan...and akak lak kemaskan meja makan dan lain..baruler..susah senang sama2 rasa...wah mantaplah fad..serika baju waktu antara maghrib dan isyak..kalau akak dah siap iron baju akak dan suami utk seminggu setiap hari sabtu atau ahad..tu pun kalau tak de program...dan balik keja sampai umah kul 5.40 petang..terus masuk dapur masak...jarang sangat belu kat pasar ramadhan....(",)..ok jumpa di umah farah malie nanti...bawak fad ye...doakan akak dan kandungan sihat....baby puasa gak..hehe

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) said...

nadmin....pas ni...waktu sahur dan buka puasa...tolong fad basuh pinggan ye...senang je keje tu..kesian isteri..hehe...take care semua.....

Anonymous said...

salam...i read your comment in suhail's blog particularly @ permatang pauh vdeo.i'm his uncle as he mentioned in his blog.i dunno wat is your intention based on your comment but 1 thing for sure u should have a look @ Ijok by-election where our supporters badly beaten by pemuda/putera umno.maybe u're not so into politic but never mind.in this case u're just a dilettante.juz to let u know,our aggresive strategy in the election was to prevent Ijok Tragedy happen twice.we only show those 'akhlak' (as seen in the vdeo) to umno youth not to voters bcoz we know that umno youth are the most aggresive wing and never changed their attitude or ideology bcoz of money even a dime.therefore we used fire to fight the fire no matter how big it is.any enquires,just visit http://amkmlk.blogspot.com

nadmin said...

anonymous,

ikut suka anda la apa pun..
saya pun bukannya org yang buta politik sgt..
paling kurang, saya berani dgn kenyataan saya..
kenapa anda tak jawab dlm blog suhail..kan lebih ramai org boleh baca antara penjelasan anda dan video tersebut?..

nampaknya ada yg terasa dgn perkataan "akhlak" saya..
itu cuma sekadar teguran membina..
bukannya meruntuhkan pun..

oh, nampaknya anda seorang yg sgt komited..
bagus, teruskan perjuangan anda..
Bila agaknya giliran Melaka ya?
haha

terima kasih atas kunjungan dan respon anda..

saya tetap tak suka dgn apa juga cara kekerasan (terutamanya dengan menggunakan perangai yang tak baik seperti mencaci, tak hormat org tua dan golongan wanita)