Monday, March 24, 2008

Aku Kena Tagged - Dompet saya tebal sebab....

Suhail dah tagged saya...ada apa dalam dompet saya..
untuk makluman semua, dompet mahal yang isteri saya belikan sebagai hantaran, telah dicuri orang..

1) MyKad yang baru dengan gambar yang saya tak berapa berkenan..tetapi dah itu gambar yang diambil, saya terima sahaja..

2) Lesen Memandu yang akan tamat tempoh sahnya pada bulan September tahun ini..gambar di Lesen Memandu ini saya suka sebab ini gambar yang saya ambil di kedai gambar..lebih handsome berbanding gambar pada Mykad..(p/s: tolong ingatkan saya pada bln September nanti untuk perbaharui lesen)

3) Gambar awek comel ukuran pasport..

4) RM10 (4 keping)+ RM5 (1 keping)+ RM1 (3 keping)+ duit syiling 10sen(8 keping)+ 5sen (dua keping)+ 20sen (1 keping) = RM49.10....ini duit untuk belanja minggu ini..duit syiling tu disediakan sebagai persediaan memandangkan peniaga selalu bertanya ada 20sen? atau ada 10sen..jadi saya perlu menyediakannya kerana hidup saya adalah untuk memudahkan orang lain..

5) Salinan laporan polis bertarikh 25/10/2007..tarikh rumah saya dipecah masuk..memandangkan dompet saya agak besar atau lebar, jadi kertas bersaiz A4 ini pun saya masukkan untuk tujuan kecemasan..kecemasan apa lagi ye?...ntah la..mana tau ada gunanya..paling tidak saya boleh mencatatkan nota penting pada muka belakang yang kosong

6) Resit Seven Eleven dan resit tol..saya memang suka kumpul resit..bila dah banyak, saya recycle..haha

7) Slip deposit tunai CIMB Bank..resit ini adalah untuk bayaran bulanan kereta..setakat ni ada 4 keping iaitu slip dari bulan 12 tahun lepas..(eh..nape tak masuk fail lagi?..)..mungkin lepas ni hanya tinggal satu sahaja slip CIMB kerana akan dimasukkan dlm fail...yang satu itu saya simpan sebagai rujukan untuk tujuan rujukan no. akaun...

8) Slip Maybank (Wang Keluar)..memang dah menjadi tabiat saya untuk simpan resit pengeluaran terakhir...mana tau kalau-kalau jumlah yang ada dalam bank tak sama dengan jumlah yang ada pada slip..boleh la saya repot kat Maybank..

9) Kad ATM Maybank.ini satu aje yang ada..sbb yg lain-lain telah hilang waktu rumah kena pecah masuk...saya cuma matikan akaun..tetapi tak buat kad ATM sbb bank-bank lain (Eon Bank, Bank Muamalat, dan CIMB) akaunnya dah tak aktif...

10) Kad Real Rewards (tak pernah pun tebus hadiah..dan tak banyak point pun..), kad Jusco (pun sama, tak pernah tebus hadiah..poin pun sket)..kad Tesco (pun sama)..semua kad ini untuk memudahkan cashier kat Pasaraya yang berkaitan kerana tak perlulah mereka bertanya pada saya...ada kad ape, ape ape?..sewaktu nak bayar, saya cuma perlu tunjukkan kad yang berkaitan sebelum mereka bertanya..jadi memudahkan tugas cashier..biasalah..saya pegawai kerajaan yang berhemah..sistem penyampaian kena cepat..terbukti..hehe

11) Domino's Millennium Kad..diberi oleh Fadhilah (tunang Anuar Manshur)..persediaan kalau-kalau rumah terkunci dan saya terlupa bawa kunci rumah...bleh guna skil seret kad pada pintu..hehe (Hanya Nuar, Fadhilah dan isteri saya yg faham)

12) Kalender kecil tahun 2008...untuk rujuk tarikh dan memudahkan perancangan cuti..

13) Business Card..ada dlm 5 keping..biasalah dah jadi pegawai kerajaan, org selalu minta kad..dah ada dlm dompet senang sket..

14) GAmbar berukuran pasport..dalam 5 keping...

eh, itu aje?..aa..itu aje..

5 comments:

Unknown said...

Aku pun suka simpan resit tol. Tapi aku gunakan untuk melekatkan chewing gum sebelum buang ke tong sampah.

mnr said...

anuar,
bagus cara anda..
memudahkan pak cik kutip sampah..

Usratika said...

heheeh..tengok dompet ko nganb suhail lebih kurang serupa jek....
malie

mnr said...

malie,
besar dan tebal dompetnya, besarlah semangatnya dan teballah imannya..(apa kaitan?)..haha

Tentang Hidup said...

haha.. nadmin..purse akak pun tebal sbb menda camtu.. resit,kad yg belum tentu boleh pakai, surat2 apa ntah.. ongkos je kurenggg..fad apa khabar?