Hari ini hari sabtu..
Hujan turun sepanjang pagi..
Membuat sindrom kemalasan hari minggu semakin menebal..
Kerana hujan di luar agak lebat..
Cadangan untuk bersenam dan bersarapan di luar terpaksa dibatalkan..
Agak lama juga hujan tak turun..
Alhamdulillah hari ini hujan turun..
Kemalasan membalut diri..
Bersarapan di rumah sambil menonton rancangan kartun di kaca TV..
Kurang lebih jam 1 petang, hujan berhenti..lantas isteri mengajak menemaninya ke perpustakaan..
Kita makan tengahari di sana sahaja ya?
Saranku kepada isteri dan dipersetujui..
Selesai makan tengahari, isteri ke perpustakaan kerana dia perlu mencari bahan untuk siapkan tugasan..saya pergi ke suatu tempat yang saya rasa ada sambungan internet tanpa wayar..
puas saya berjalan, sampai di satu kafe, saya melihat ramai yang sedang menggunakan komputer riba..
Lantas otak yang berfikir dengan logik membuat andaian..
mungkin di sini ada sambungan internet..
buka komputer riba, ya memang ada..ada banyak sambungan..bagusla..
saya mencuba sambungan yang menunjukkan sambungan paling kuat..
wah dah berjaya..
tapi malangnya sambungan tersebut berbayar..
perlu membeli prabayar dahulu..
saya mencuba sambungan internet yang lain..walaupun sambungannya tak sekuat sambungan tadi..dan alhamdulillah..berjaya..dan yang paling penting saya tak perlu bayar..
agak pelik di kampus ilmu sebegini, untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya percuma atau tak percuma sebenarnya kerana yuran telah dibayar, kita terpaksa membayar lagi..
jadi akal yang logik akan berfikir..antara yang perlu dibayar atau percuma, sudah tentu saya memilih yang percuma..
apa ya saya nak bualkan hari ini?..sudah tentu tentang pilihan raya.. banyak blog yang saya baca menceritakan perihal pilihan raya..walaupun pada asalnya blog-blog tersebut adalah untuk hal lain..
Bila membaca blog-blog ini, orang yang tak mampu berfikir, sudah tentu dapat berfikir..agak menarik perkara yang dibincangkan olah Faisal Tehrani di blognya: http://tehranifaisal.blogspot.com
Pilihan raya bukanlah hal main-main..ini hal masa depan kita..nasib kita..
Jadi berfikirlah dengan akal kerana pangkah kita pada kertas undi itulah yang menentukan nasib kita..kalau pilihan kita salah, kita akan turut bersalah..
kalau nak memilih, pilihlah menggunakan akal..buat pilihan yang bijak..
setiap perkara dan berita yang datang, timbangkan betul-betul..pilihan sudah tentu lebih dari satu..jika satu cuma, bukan memilih namanya..
jadi, untuk memilih perlu melihat semuanya, perlu ditimbang pilihan-pilihan yang ada..bukan menerima berita sebelah pihak sahaja..sebaliknya melihat berita kesemua pihak..
kemudian fikirlah dengan akal yang kita ada..
Insya Allah, pilihan kita kalau tidak begitu tepat, pasti hampir tepat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Nadmin,
Klik sahaja ini. http://202.71.97.48/streamyx_combo/packages.asp
en. nadmin,
kalau nak baca blog berinformasi click www.drazwan.blogspot.com
entry terbaru berkisah tentang PRU12 tapi penuh kiasan
walaupun bukan menggunakan bahasa yang terindah
bagi saya ia tetap dinamakan
tiada kata secantik bahasa
hampir tepat = ggod enough kah?
hampir tepat lebih baik dari tak tepat langsung kan?..
tetapi tepat lebih baik..
buat pertimbangan dengan akal..
berjalan, melihat dan mentafsir
Post a Comment