Walaupun berat, kurelakan jua..
Menjelang Pilihan Raya,
Isteri mengundi di JB
Aku pula di Alor Setar..
Berat untuk berpisah..
namun semalam aku telah membeli dua tiket ke JB,
Satu untuk isteri dan satu untuk adik ipar..
kedua-dua harus pulang ke JB..
aku pulang ke Alor Setar..
Kerana aku rasa 3 undi kami walaupun sedikit..
Sangat penting dalam situasi sekarang..
keadaan yang semakin meruncing..
membuang undi satu kewajipan..
Walau satu undi hilang, terasa kerugian..
kerana keadaan yang meruncing sekarang..
aku pulang ke Alor Setar..
menumpang mak dan abah..
dari Batu Pahat pulang ke Alor Setar..
Mak Jang pun ikut sama..
kerana Mak Jang turut mengundi di Baling..
YA..kami berempat pulang ke Kedah untuk mengundi..
kerana keadaan meruncing sekarang..
hilang satu undi terasa kerugian..
tak apa belanja beratus-ratus untuk pulang..
kerana minyak naik..
tak apa belanja beratus-ratus untuk pulang..
kerana kami org yang berfikir..
tak apa berpisah sementara..
kerana kami ada mata..nampak dan berfikir apa yang berlaku..
kerana satu undi amat bermakna..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Bagus nadmin.undi kita sekarang sgt penting.paling penting kita nafikan 2/3 majoriti.ajar sikit UMNO- BN yang arrogant.kita mahukan New Dawn for Malaysia!
BN=Barang Naik.
Kempen Baru 'BELIA BENCI KHAIRY'...
berpisah seketika demi tanggungjawab? :)
tahniah la negeri kelahiran anda telah ditawan :)
madani: dah terbukti, bkn saya, bkn saja kamu, tapi kebanyakan rakyat yg sedar..
kimi n anonymous: ;)
am: ye, tanggungjawab yg memberikan kemanisan di Kedah..
sahalfikri: ditawan? kurang tepat.. dibersihkan..tepat tak?.mcm tak je..mmm..di..apa-apa je di yg baik..
Post a Comment