Tuesday, March 25, 2008

Air Percuma di Selangor

Wah...
Saya dengar penggunaan air untuk 20 meter padu pertama di Selangor akan jadi percuma..
Untung betul orang Selangor..saya juga..haha..
Walaupun pada alamat rasmi, rumah sewa saya dialamatkan di Kuala Lumpur..tetapi bila Pilihan Raya, rumah saya terletak di dalam DUN Gombak Setia, Parlimen Gombak, Negeri Selangor..

Untuk pengetahuan, saya dan isteri biasanya cuma menggunakan 14 meter padu air sebulan..oleh itu, sekiranya apa yang telah dinyatakan menjadi kenyataan, saya tak perlu bayar bil air tiap-tiap bulan..seronoknya..ada la lebihan belanja bulanan dalam RM6..

Oh ya, kepada kawan-kawan yang rumahnya selalu terlebih menggunakan air, atau orang Kuala Lumpur yang berdekatan, boleh la tumpang mandi di rumah saya..ada 6 meter padu lagi yang percuma..

p/s: tahniah kepada pasukan bola sepak Kedah yang menang 5 - 1 ke atas Perak malam tadi...dan tahniah kepada penyokong kerana dapat tiket percuma...

5 comments:

AM said...

6 ringgit! 30 bulan dah berapa tu? syabas! :D

AM said...

kenapa aku tulis 30 bulan? memang weng sekarang ni. 12 bulan sebenanya. heh.

Anuar Manshor said...

Nadmin, kalau mansuhkan faedah PTPTN lagi best! Itu sebenarnya terkandung dalam manifesto mereka.

Mohd Nadmin said...

am: tak pe..tak pe..hehe..RM6 x 12 =RM72..banyak jgak tu kan?..kebetulan nama syarikat yg menyenggara air juga SYABAS..

anuar:mereka hanya mentadbir negeri..bukan k'jaan p'sekutuan..

sahalfikri said...

am: tgh gelabah la tuh..

nadmin: umah aku ramai dok dtg, pasni bole suruh p umah ko la kot mandi manda..hahaha.