Hampir seminggu Pilihan Raya telah berlangsung..
saya tak tulis apa-apa lagi pasal pilihan raya..
nak tulis la sikit..mengenai pengalaman saya semasa hari Pilihan Raya dan selepas hari pilihan raya..
Saya bertolak ke Kedah pada malam sebelum Pilihan Raya..lebih kurang jam 10.00 malam..tumpang mak dan abah..Mak Jang pun ada sekali..Lebuh Raya sesak malam itu..terutamanya di Rawang dan Plaza Tol Jelapang di Ipoh..Sepatutnya tak payah bayar tol kan?..kerana kami nak pulang mengundi..orang lain pun sama..saya pernah ke Singapura sekali dengan menaiki kereta..hari-hari cuti di Singapura, dikecualikan tol..
Kami tiba di Baling jam 5.00 pagi..
Macam-macam tok dengan wan cerita pasal Pilihan Raya..
Tapi yang menarik perhatian saya ialah kenyataan tok pasal pergantungan kepada Allah:
"Kami di pondok ni, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, tiap-tiap malam baca Yasin 7 kali..solat hajat ramai-ramai..minta ditunjukkan pemimpin yang adil dan beramanah"
Lihatlah, orang-orang kampung di ceruk Baling sana pun begitu mengambil serius mengenai Pilihan Raya..mereka faham, inilah masa depan negara..
Lagi satu, kami melalui lebuh raya Kulim-Baling lebih kurang jam 4.00 pagi...Kelihatan di pintu masuk Lebuh Raya itu, 3 buah kereta dengan banyak orang sedang berdiri di luar, memerhatikan jalan..kereta-kereta mereka dipenuhi bendera parti masing-masing..sedang menunggu bas pengundi hantu agaknya..itulah kesimpulan kami di dalam kereta yang abah pandu..
Selesai Solat Subuh, kami tidur sekejap.. Ye la, satu malam tak tidur.. saya tersedar dalam jam lapan pagi..sarapan dulu..lapar ni..kami makan nasi macam makan tengahari..ada banyak lauk..tok yang masak..cerita sambil makan..cerita apa?..Pilihan Raya lah..
Selesai makan, siap-siap nak pergi mengundi..kami mengundi di Alor Setar..jauh lagi perjalanan nampaknya..
Tok tanya pada tok rumah sebelah..
"Mak Cah, dah mengundi ka?"
"Dah, pukul lapan lagi aku keluaq"..
Cepat betul Tok Cah mengundi..mesti bersemangat dia keluar mengundi pagi tadi..
Abah ambil jalan jauh..ikut kampung-kampung, saya pun tak tau sangat nama tempat yang kami lalu..yang saya tau, kami ada lalu Gajah Putih, Pendang dan Tokai...tujuannya ialah supaya kami dapat melihat kemeriahan Pilihan Raya..yang menariknya, di kawasan yang sesak, berdekatan pusat mengundi, bukan polis yang mengawal lalu lintas..tapi petugas parti yang bertanding..ada satu parti cap Bulan Mengambang, siap bagi belon pada kanak-kanak yang ikut mak ayah mengundi...kreatif kan?...budak-budak yang tak mengundi pun ada habuannya pada hari tu..memang "*** for all" lah..
saya tiba di tempat mengundi jam 12.00..cek nama, terus masuk ke saluran 6....yang tak disangka di tepat mengundi, saya bertemu dengan dua orang kawan lama..lama juga kami berbual...sejak sekolah rendah tak jumpa..bertanya khabar, tukar nombor telefon, hal kawan-kawan lain, banyak la...
kemudian ke tempat mak abah mengundi pula...di Anak Bukit..Sekolah Jenis Kebangsaan Cina..selepas mak abah mengundi, kami makan tengahari di Stadium..makan nasi ayam..nasi ayam di sini memang terkenal..
Selepas itu, kami check in hotel...dah petang...kami tidur keletihan...
p/s: tak larat nak taip..tunggu episod kedua ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nadmin,
tahniah le
dapat y. bhg. tan sri muhyidin yasin as menteri di MITI
hopefully lepas ni bos ko yang minat Hamka tu tak monyok lagi masa pegi meeting Islam Hadhari di JAKIM.
moga2 dia tak putus asa untuk gerakkan Islam Hadhari di MITI...
anynomous..
terima kasih..
Eh, saya pernah cerita pasal Islam Hadhari ke?
Post a Comment