Tuesday, March 18, 2008

Cerita Pilihan Raya (Sambungan)

Petang itu di Alor Star, selepas mak, abah dan saya mengundi, kami makan tengahari..hampir petang sebenarnya..

Kami mendaftarkan diri di sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya Alor Star..merehatkan diri pada petang itu dan menunaikan kewajipan..keletihan dan tertidur..

Terjaga semula bila terdengar azan Maghrib..Hujan turun mencurah-curah..hujan ini hujan rahmat..hujan yang melambangkan tanah bertuah ini akan dibersihkan...

Kami makan malam di sebuah pasar raya yang dibina oleh Yayasan Al-Bukhari..berdekatan masjid yang turut dibinanya..sejuk hati, ada juga kompleks sebesar ini milik bangsa sendiri..

Selesai makan malam..dah tak sabar-sabar nak lihat keputusan Pilihan Raya..pulang semula ke hotel dan menonton TV..

Masing-masing terus sabar menanti..

Aneh, lambat benar keputusan keluar..

Dan untuk pertama kalinya, saya merasakan yang rancangan di RTM 1 lebih menarik berbanding TV3..infonya pula lebih cepat..mungkin saya lebih tertarik hendak menonton RTM 1 kerana moderator yang mengendalikan pengumuman Pilihan Raya lebih berilmu dan banyak membaca berbanding moderator di siaran yang lagi satu yang lebih mementingkan populariti..

Memang saya agak mengenali Abg Syed Munawar...memang beliau seorang yang banyak membaca..daripada beliau juga saya mengetahui yang ada profesion Kontraktor Buku...saya pernah bekerja dengan beliau semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sewaktu masih menuntut dahulu..soalan yang ditanya lebih menyengat dan berilmu menyebabkan panelis-panelis pada malam itu, terarah dan terpandu untuk menjawab soalan..kita yang menonton pun sedikit lega disebalik kepanasan menanti keputusan satu demi satu..

Dan akhirnya persoalan terjawab apabila Kelantan masih diperintah PAS..Kedah juga dikuasai Barisan Rakyat..Perak, masih samar-samar..tetapi saya mencatatkan semua keputusan berkaitan Perak kerana merasakan satu sejarah bakal tercipta di situ..Selangor? Lambat betul keputusan Selangor..melalui khabar-khabar lain, Selangor juga telah mencipta satu sejarah baru..

Kuala Lumpur...satu demi satu calon kegemaran saya menang...seperti satu perubahan besar yang melanda..

dan Pulau Pinang..Pulau Pinang dikuasai DAP...

Malam ini memang malam bersejarah...banyak cerita pada malam itu...di luar hotel, kedengaran kenderaan-kenderaan lalu di hadapan hotel sambil membunyikan hon..dan menderumkan enjin..sambil mengibarkan bendera merayakan kemenangan..

malam itu, saya pasti ramai yang bersengkang mata menantikan keputusan Pilihan Raya..moderator berkata:
"biasanya jam 12, kita sudah boleh membentuk kerajaan"...

Esok pagi saya bangun dan solat Subuh..
Singkap tirai dan buka tingkap...
kerana ingin menghirup udara baru di Kedah..
Ingin menyaksikan fajar dan merasai cahaya matahari yang sudah pasti bakal menyinari bumi bertuah ini..

3 comments:

Anonymous said...

bila masa en nadmin kerja dgn abg syed? saya 3 tahun kerja dengan abg syed rasanye tak pernah sekali bekerja dgn en nadmin pun..saya pernah dengan najmuddin, kak yam, ada adik smakl tu lupa namanya..kak shidah, kak faiz, adik uitm pun lupa gak namanya.. dll yang mungkin saya terlupa..

ye, saya berasa sgt beruntung pernah kerja dgn beliau.. pernah dihadiahkan buku kepada saya..rasa bertuah mengenalinya..sgt cintakan buku(ilmu)
suka tgk family nya juga..
malangnya saya tidak menjemputnya di hari kenduri kahwin saya..apa la reaksinya bila tgk saya dah ada seorang anak...

kirim salam kat fadliana ye..

mrs wira

Sahalfikri said...

ko tlg MB Selangor tak aritu? kan aritu dpt msg dr ko utk tlg dia.. rugi plak rasanya x tlg..hehe. kalo tak dpt projek besar...haha (kalaula perangai dia x ubah dgn tuuuut)

mnr said...

mrs wira,
saya sempat keje dua hari rasanya dgn abg syed munawar..waktu tu ganti org kot..saya tak ingat sapa yg ada sekali waktu tu..yg saya ingat, tgn terketar-tekar nak tulis laju senarai buku b. arab..tapi tetap lambat dan akhirnya, tokei kedai tu yg tlg tuliskan..haha..

suhail,
aku tak tolong pun..
ramai org tak bagi...sebab ramai jgak oportunis dalam tu..ko tak bleh rapat..oportunis ni halang..