Tuesday, October 02, 2007

Puji Isteri

Semalam (1/10/2007) aku cerita pasal entry Hakimi iaitu pasal masakan isteri dia...
(sila lawati http://bicaramanis.blogspot.com/2007/09/abang-tak-sangka untuk rujukan)
aku ingat dia nak ketawa sekali..
tapi dia tarik muka..
alamak!!
aku dah buat silap ke?

"Abang x pernah puji nana pun"..
isteri aku bercakap sambil menarik muka..
Eh..aku x pernah puji ke?...
"Abg x penah puji ke? Macam selalu aje puji.."
"Mana ada"
dah satu hal la plak...

Macam mana aku nak buat ni?...aku rasa aku memang dah selalu puji dah...
Aku pun cerita pasal masakan isteri aku yang memang aku kagum sangat dengan kesedapan dan kepandaian isteri aku memasak masakan tersebut..

tapi..isteri aku tetap tarik muka..
dalam hati menyesal cerita..
aku pun buka topik lain...


Pagi tadi aku dapat idea untuk buat hati isteri aku berbunga..
takkan nak puji plak kan...nanti dia cakap aku tiru Kimi..
atau aku puji tak ikhlas...sebab nak cover yang malam tadi punya...

nak tau apa aku buat?...
lepas sahur pagi tadi...
waktu isteri aku tengah basuh pinggan..
aku pegi sebelah dia dan basuh pinggan sekali...
lepas tu aku bagi satu ciuman di pipi..
dan ucapkan terima kasih sebab kejutkan aku bangun sahur..
dan masak makanan untuk makan sahur..
dan buatkan aku air milo...
semua perkataan tu..aku bisik di telinga isteri aku..

nak tau kesannya?...
wah..tersenyum isteri aku..
sampai ke telinga...

pengajarannya: jangan cerita pasal kebaikan isteri org kat isteri kita..nanti isteri kita jeles..atau dia ingat kita nak sindir dia..heheh..

4 comments:

KiMi said...

hahahaha
Biasa la tu budak pompuan...

Lama2 kau paham la...

Bila pulak kami nak rasa masakan bini hang?

mnr said...

mai la KL..singgah rumah aku..bleh la merasa masakan isteri aku..
kami dok kat gombak..kg. kerdas

Marliza Radzi said...

betul betul. ingat pengajaran itu. hehehe.

mnr said...

am: memang ingat..cuma kdg2 terlupa..hehe