Tarikh : 25/10/2007
Tempat : Rumah Nombor 463-15, Kampung Kerdas, Gombak
Aku masuk ke bilik tidur pukul 12.30 malam..malam ini aku berasa sangat mengantuk...sebenarnya aku dah tertidur di ruang tamu sejak jam 10 malam lagi..
jam 4.30 pagi...aku terjaga kerana terdengar pintu rumah aku yang memang susah untuk dibuka, terbuka..aku terus ke ruang tamu (ruang tamu dekat aje dengan bilik tidur)
Kulihat pintu rumah ternganga luas..eh, ada yang tak kena..kejutkan isteri...rupa-rupanya laptop yang baru je isteri aku gunakan sebelum tidur dah hilang..kebetulan lap top tu tengah dicas di ruang tamu..
cek lagi..beg tangan isteriku (yang aku hadiahkan sempena hari raya - beg tgn tercantik yang isteri aku ada) (termasuk semua dokumen di dalamnya) dah hilang juga...cek lagi..dompet berharga RM10 yang aku beli di Jalan TAR bulan Ramadhan dulu pun tak ada (ada RM500 - untuk tujuan beli peti sejuk)
dokumen-dokumen lain memang hilang la...ic, kad bank, kad matrik uia (aku tak buat clerance DSLP lagi)...semua tu ada dalam dompet aku dan beg tangan isteriku..
sebelum tu, sebaik sahaja pintu terbuka..aku berlari keluar rumah..mana tau dapat kejar pencuri celaka tu..tapi tak nampak apa2..
**perhatian, ini bukan cerita utama di sini..cerita yang paling penting ada di bawah...
###############
Jam 4.50 pagi:
Aku telefon 999..sambungkan pada balai polis Gombak...laporkan kejadian pecah rumah...aku tunggu punya tunggu punya tunggu..polis tak sampai-sampai lagi...dah jam 5.30 pagi...
Jiran aku cadangkan aku pegi sendiri..balai polis Gombak dekat sangat dengan rumah aku sebenarnya..5 minit dah boleh sampai..
Aku pun pergi buat laporan..ok setel pasal laporan..aku tanya apa tindakan yang polis nak ambil..polis tu cakap akan ada orang gi rumah aku..nak siasat..
sekali lagi aku tunggu punya tunggu punya tunggu..dah pukul 8.30 pagi..kenapa lambat sangat polis ni?...aku telefon Sarjan yang bertanggungjawab..telefon diangkat:
Polis: Hello, Sarjan******* bercakap, boleh saya bantu?
Aku: Encik, saya ada buat laporan polis pagi tadi, kes pecah rumah..tapi sampai sekarang tak nampak polis datang pun encik?..
Polis: Oh..encik cuba telefon nombor ***********.
Polis tu menjawab telefon dengan intonasi seolah-olah dia tak tau pasal kes aku ni.. dengan nada kehairanan dan terkejut...
Aku telefon semula Balai Polis Gombak...mengadukan hal yang sama..
dan di akhir ayat : "Encik polis, tolong cepat sikit ye..saya banyak lagi urusan lain yang nak kena buat hari ini..Encik tau kan, Kad pengenalan, lesen, kad atm saya suma hilang..tolong cepat ye Encik"...
Tak lama lepas tu, polis yang berpakaian biasa sampai..betul..tak lama...pelik aku...mungkin aku ni org kecilll...dok kat kampung...pi balai polis pun pakai T-Shirt (tak pakai tai, blaser @ bush jacket)... depa ambil ringan aje...
Polis amik gambar rumah, tempat kejadian, tanya sikit-sikit
Selesai satu hal..
aku ke Pejabat Pendaftaran Negara kat Melawati...Alhamdulillah ada nombor...tapi petang..maksudnya selagi tak siapkan ic sementara, aku tak boleh nak buat lesen dan ambil duit..petang ni aku kena siapkan semua..
Tapi..kena denda..pergh..seratus ringgit..aku pun tanya:
"Bukan kalau kena curi tak payah bayar ke?"
"Kena curi pun maksudnya hilang Encik"..jwb kerani tu..
"Tak sama la akak..kena curi bukan kecuaian saya..tapi kalo hilang, memang sebab kecuaian sendiri"..aku menjawab..
"Encik isi dulu borang rayuan ye"..
Aku pun isi..
Petang tu aku dan isteri ke JPN sekali lagi...dan nak tau berapa aku kena denda?..RM70..banyak jgak tu..isteri aku plak..RM150..lagi banyak..wah..aku fikir, kalo orang tu xde duit, memang susah la hidup dia..dah la kena curi..lepas tu nak kuarkan duit di bank, kena ada ic sementara..lepas tu nak buat ic, kena bayar..
Alhamdulillah ada jiran-jiran dan kawan-kawan yang bagi kami duit dan pinjamkan duit..bleh la buat ic..kalo orang susah macam mana ye?
Itulah dua cerita aku..SATU PASAL POLIS YG LAMBAT BERTINDAK..PENCURI KETAWA
SATU LAGI PASAL DENDA DI JPN...AKU DAN ISTERI DAN ORANG LAIN YANG TAK BERSALAH MERANA...
SEDIH! KECEWA! TERTANYA-TANYA!
8 comments:
sungguh faham!
rumah kawan Ibu AM dirompak, kerugian mencecah juta, tapi polis tiba tersangat lewat dan kes itu tidak selesai sampai sekarang.
bukankah kalau kita kemukakan police report (kecurian IC), takkan didenda? bukankah?
nadmin & isteri, semoga tabah. Allah sangat sayang kalian.
takziah pd ko dan isteri skali lagi..maafla nadmin aku dpt tlg sket jer..sian kt ko..
haah. saya juga.
Nadmin..2 Tahun lepas masa aku duk stay di apartment di setapak, rumah aku pun kena rompak (padahal kat rumah aku tu ada sekuriti kat bawah..ntah apa yg dibuat sekuriti2 tu)..Banyak sgt dokumen, duit tunai dan brg2 berharga hilang.Report Final Year Project wife aku pun hilang (dlm Thumb Drive).Kerugian Polis tafsir dalam RM 25,000..Masa tu aku tak ada di rumah..aku dan isteri kat Kuantan, penuhi jemputan ceramah under MMU, Melaka..Kami pegi petg dan jam 11 malam dah ada di rumah..maknanya si pencuri ni buat keja dalam lingkungan 9 mlm ke 10 mlam je..mcm tau2 aku nak gi jauh..Aku rasa yg duk merompak rumah kau ni, geng2 yg sama je..Lepas je rumah kami kena rompak, esok harinya kami terus pindah ke rumah lain..Fobia jadinya...Polis Balai Gombak mmg dtg amik gambar dan tanya gitu gini...tapi aku dah agak..nothing yg positif yg aku dapat..satu brg pun sampai sekarang tak dijumpai..APa2pun, kita kena yakin jika sesuatu musibah melanda kita, pasti akan ada yg lebih baik nak dtg pada kita..Alhamdulillah lepas kejadian tu, pelbagai perkara yg baik terjadi pada kami...Setiap ujian Allah itu pasti akan dibalas dengan ganjaran yang baik jika kita sabar dan redha dengan segala musibah yg menimpa kita...
SallehWasunni
am: memang sampai skrg xde apa-apa perkembangan...Itula, dah tunjuk pun police report tu..cuma kurang sket aje..
am dan arin : Tq byk2, kwn2 byk membantu dr segi emosi dan jasmani..
saleh: Tq jgak..
Ceritakan hikmahnya nanti ye!
Salam.Nadmin dan Fad
Banyakkan bersabar ye.Moga kehilangan tu Allah ganti dgn nikmat yang Lebih Besarr! Insyaallah.
Maaaf..lama tak bertanya khabar..Hope adik akak dua org ni sihat dan di berkati Allah selalu
sedikit nasihat buat nadmin n fad,
pindahla rumah
minta kuarters kerajaan
rata2 kuarters kerajaan tak perlu beli perabot bilik dan dapur
semua dah pasang siap
selamat sikit
insyaAllah...
Post a Comment