Tuesday, September 01, 2009

Botol Susu

Huda baru berumur sebulan setengah..
sudah berada di KL sejak minggu lepas..
Huda juga sudah pandai berbual-bual..tak faham apa yang dibualkan..tapi saya melayannya saja..hehe..sejuk hati melihat huda tersenyum..

kalau tak ada orang sekeliling nak melayan dia berbual, Huda akan berbual dengan kipas..hehehe..kelakar juga..tapi memang terbukti..apabila terjaga dan tak ada org lain nak layan, Huda akan memandang kipas yang berputar dan berbual-bual..kadang2 sampai ketawa..
apabila melihat keadaan ini, saya dan isteri bercadang membeli permainan untuk huda..
permainan yang boleh digantung..dan bergerak2..mungkin dapat merangsang pembentukan minda huda..

yang atas tu, pembukaan, perenggan berikutnya adalah isinya..

semasa cuti hujung minggu yang lalu,
isteri dan saya bercadang memberi huda minum susu ibunya melalui botol susu memandangkan sejak di KL, Huda belum pernah minum susu menggunakan botol..
tapi, alangkah peritnya untuk melatih huda minum susu menggunakan botol..dia menangis teresak2..jadi umminya pun bagi la susu badan..terus dia diam..

tapi, pengajaran untuk kami, jangan ikutkan sangat kehendak anak..
setelah dapat tahu ummi dan abahnya akan beralah kalau menangis teresak-esak,
maka huda akan menangis teresak2 kalau kehendaknya tak dituruti...dah jadi habit pula..pergh..letih mahu melayan..kami buat kesimpulan, jangan ikut sangat..kalau Huda menangis, kami akan biarkan sehingga dia berhenti sendiri..lama kelamaan, tabiat tersebut berkurang..tapi masih ada kesannya sedikit..kadang2 dia masih teresak2..

semalam, saya keluar sendirian membeli barangan keperluan rumah..banyak juga barang yang perlu dibeli..peti sejuk pun dah bertambah besar..hehe..kami buat keputusan agar umminya menjaga Huda di rumah kerana bimbang dengan penularan H1N1 sekarang ni..

semasa saya keluar membeli barangan keperluan (kehendak pun ada juga), tinggallah isteri menjaga Huda..dan Huda buat perangai lagi..tak nak minum susu menggunakan botol..umminya tak larat nak melayan..akhirnya mengalirlah air mata ummi Huda..dan yang ajaibnya, Huda terus berhenti menangis dan seolah-olah ingin memujuk ummi yang menangis..dia berbual-bual dengan umminya..hehe..pandainya Huda..hati ummi pun terubat..hilang segala keletihan..
selepas tu, redalah sedikit keengganannya untuk minum susu dari botol..nampaknya ummi kena menangis lagi kalau nak Huda buat sesuatu..hehe..guna taktik Huda juga..

Oh, untuk makluman semua, kami ingin melatih huda minum susu dari botol kerana minggu depan, umminya akan kembali semula bekerja..huda akan dijaga oleh pihak nurseri..

perenggan berikutnya ialah kesimpulan..

pengajaran 1: jgn ikut sangat kehendak anak kalau dia menangis untuk mendapatkan sesuatu..kalau nak bagi juga, biar dia berhenti menangis terlebih dahulu..baru beri..

pengajaran 2: kadang2 kita juga perlu menangis supaya anak2 menuruti kehendak kita (macam dalam drama..hehe)

18 comments:

Anuar Manshor said...

Wah nampaknya kau perlu menulis buku berjudul "Secangkir Susu Ibu" menggantikan "Secawan Kopi"! Haha.

Anonymous said...

pengajaran no.3
-kalau nak latih anak nyusu botol, kena org lain yang beri, bukan nye ibu n ayah nye sendiri
- tetapi, beruntunglah ibu2 yang berjaya menyusukan anaknya, kerana sesungguhnya(fakta), mengajar anak menyusu direct dari ibu adalah lebih payah daripada melatih anak menyusu dari botol...
-takpe lama2 amna ok
-nursery tu mmg well-trained jaga anak yang menyusu badan kan?
so insyaAllah ok je nanti
rule no. 1 to be parent is Sabar...
itu pun saya tak pass lagi sehingga sekarang...
nasib baik dapat suami yang pass..

mrswira

Wasunni Al-Kelantani said...
This comment has been removed by the author.
Wasunni Al-Kelantani said...
This comment has been removed by the author.
en_me said...

salam singgah n salam ramadhan bro..

nazat said...

hahah.. papa nadmin bercerita pasal breastfeeding! kagum aku seyy.. nway.. baby irfan dah besar giler mcm budak 6 bulan even dia baru jer 46 hari!! meh meh huda.. meh kawan ngan anak auntie meh!

KiMi said...

hahahah. betul la cara kau ajar tu. anak aku dulu pon centu. Aku tak kasik chan. Tapi, sekarang, bila dia sudah besar, kalo aku tak kasik benda2 yang dia nk, dia sepak aku, kalo aku tukar chanel tiwi masa dia tgk katun, dia lawan rebut remote dgn aku, dia menang sebab dia tanpa belas kasihan tubok2 aku, aku tak tumbok la dia. huhuhu

takkan la aku nk nangis, dia gelak jer kat aku nanti.

Bini aku bagi konklusi bahawa anak aku itu adalah komplete klon aku.hahaha.cuma bezanya dia pompuan.

nyesal juga ajar dia sepak bola seawal dia pandai berdiri.tapi, liverpool will never walk alone punya pasal.

zetty said...

nazat: bila kita nak melawat baby huda ni??? jom jom...

Anonymous said...

salam, saya rasa pendapat salleh tentang control susu itu agak salah berdasarkan fakta dan pengalaman akak. Breastfeeding is perfect. Hanya baby saja yang tahu samada susu itu cukup atau tidak. apabila kita menyusu direct, baby sendiri secara natural akan berhenti bila dia rasa sudah kenyang. Memberi 2 jam 90 ml kurang tepat. Belum tentu ia cukup atau tidak sebab lain baby lain keperluan. sama seperti kajian menyusu anak 3 jam sekali. Itu juga tidak benar. Menyusu berdasarkan demand. Susu ibu is the best. flow susu ibu dgn dalam botol memang tak sama. Baby akan sedikit struggle bila menyusu ibu dan ini bagus untuk kuatkan otot2 nya. Dan ini adalah tarbiyyah awal untuk dia. hendak sesuatu kena kerja keras sikit.

Untuk parent yang sibuk, memang mustahil untuk menyusu direct. Tapi baby tetap boleh dapat susu ibu. Susu boleh perah seawal minggu pertama. Biarlah baby gumbira menyusu secara direct semahunya.

Saya tidak pernah mendengar setakat ini ada parent yang memberi setiap 2 jam 90 ml dan buat catatan 1000ml sehari. Maaflah kalau akak silap. mm saya tak pasti adakah cara ini diajar oleh midwife disini?

akak bukanlah kaunselor laktasi, tapi pengalaman memberi susu ibu walaupun bekerja mungkin boleh dikongsi. akak menyokong snagat2 nadmin dan fad untuk memberi susu ibu paling2 2 tahun.Cuma semangat kena kuat!

Habil menyusu badan hingga 3 tahun walaupun akak bekerja (sewaktu di upm,) , belajar, dan lab. InsyaAllah, fad boleh!


good luck
kak laily

nadmin said...

nuar: boleh..aku memang sdg cuba mencatat pengalaman sbg bapa sebaik mungkin..haha..jarang ada buku menulis pasal bagaimana bapa nak menjaga bayi kan?..hehe

rafiza:betul..kena banyak sabar..hidup antara syukur dan sabar..rafiza yang bagi ayat ni..

en_me: singgah lah lagi

nazat: gambar tu, gambar irfan ke?..menariknya..huda, ramai nak kawan dengan huda..jgn sombong2 ye..

salleh: huda ni, aku banyak kali tukar puting susu.. sampai puting pigeon dgn botol "wide neck", baru dia selesa nak hisap guna botol..mahal jgak tu..haha..puting avent pun huda tak selesa jgak..panjang sgt..fad dah latih huda guna botol dari umur 2 minggu lagi..tapi bila balik kl ni aje di buat perangai..

kimi: huih..anak hang kimi..berani berebut dgn bapa dia..haha..pandai main bola jgak..hebat la anak hang..ala, bukan org laki je pandai main bola(iklan sunsilk)..hehe

zetty: dtg la zetty..bawa kwn2 lain sama..lepas tu suma aunty dengan uncle kena bagi duit raya kat huda..hahaha

kak laily: wah macam forum susu ibu pula..hehe..terima kasih akak atas nasihat..bapa-bapa pun kena bagi sokongan dan dorongan juga kat ibu-ibu kan?..supaya tak mudah berputus asa untuk breasfeed..

Anonymous said...

ayat tu, ayat hamka ler..

thanks n credit to kak laily sbb bg pendapat...sy sgt bersetuju..
masa baca komen yg sudah dipadam sy hanya mampu tersenyum..taknak balas semula sbb nnt cam gaduh n sedar kekurangan diri..belum sampai 3 tahun pun jadi mak ni...a.k.a. muda lagi..kihkih

apapun susu ibu is the best..
n direct feeding can ensure the longlasting journey of breastfeeding..

n sy bersyukur nursery anak kat bawah ofis je walaupun nun jauh di utara bangunan

haha
sori nadmin
tajuk botol susu dah jadi forum susu ibu..
betul lah kata anuar kat atas tuh..

mrswira

nadmin said...

rafiza: tak pe..masing2 ada pandangan mengikut apa yang dipelajari, difahami dan pengalaman..yang penting, kita sudi berkongsi pandangan

oo, nurseri kat JANM ye..tak penuh ye?..alhamdulillah, dekat dgn tempat kerja..hari tu pernah dengar taklimat kat JANM..keluar je dari taklimat, ramai budak2 kecik tengah main2 kat luar..mungkin fatimah pun ada..tapi tak perasan..

kat JKR(tmpt fad kerja) dah penuh..Kat LHDN(dkt dgn MITI) pun penuh..jadi kena hantar ke MATRADE..alhamdulillah ada tempat..balik keja boleh terus ambil huda..

Anonymous said...

sorry sangat2 kalau akak buat "kecoh" pulak. Maaf ye. tidak langsung berniat untuk tunjuk macam pandai, baru 6-7 tahun je jadi ibu. tapi just nak share saja. kalau tersalah bahasa, maaf zahir batin. Agaknya akak ni sensitif bab2 susu ibu ni. eheh maklumlah dah tua.



kak laily

Wasunni Al-Kelantani said...

nadmin..

sorry bro sbb aku delete aku punya komen...apa yg aku bagitau tu bukan dari akal fikiran aku tapi dari nasihat dan tunjuk ajar midwife dan pakar bayi di London ni...lain org lain caranya kan..

kau buat jer ikut cara yg mana paling sesuai kau rasa...mmglah kat negara barat ni kaedahnya maybe sedikit berbeza cam berapa ml susu baby minum pun diambil kira secara serius walhal di Malaysia aku pun tak pernah dgr org2 msia amik serius pasal tu...dan mcm2 lagi sebenarnya yg dipelajari yg benda2 baru...aku dulu pun cam janggal gak sbb diminta utk tulis berapa ml baby minum dan setiap kali baby kencing berak pun kena catat dan dibuat pemantauan...

semuanya base on advise dan bukan dari aku je yg main2 cakap...pasal minum 90 ml setiap dua jam tu, jgn lak salah sangka..itu hanya jumlah minimum (base on Kg Baby)..sebolehnya selagi banyak laaagiiii bagus...bukannya 90 ml jer..kalu nak bagi setiap 30 minit sekali kalau baby extra hungry pun takdak salahnya...

taknak aku citer panjang2 lagi..nanti kang ada plak org salah paham lagi..hahaha..

adios bro...

Wasunni Al-Kelantani said...

P/S: aku pun senyum dan tergelak bila baca komen ttg apa yg aku tulis tu salah yg amat..hehehe..

apa kata kita bersedia menerima pandangan org lain dan dalam masa yang sama kita utarakan pendapat kita juga...itu yg lebih baik...

nadmin said...

kak laily: xpe akak..tak kecoh sgt lah..masing2 ada pandangan kan..hehe..jgn serik utk bg pandangan ye..tq

salleh: xpe salleh..aku faham..mungkin lain tempat, lain ilmu dan pemahaman..ikut keadaan tempat..ko pun jgn serik bagi pandangan ye..tq

p/s: saya gembira bila ada perbincangan sebegini..menarik dan berilmiah!!..mungkin bila ada kesempatan saya akan petik atau jemput artikel dari kaunselor laktasi..hehe

mamanoa said...

nadmin!!!! bagusnyer ko support BREAST-FEEDING..GO BREAST FEEDING GO!!!!

Anonymous said...

apa teknik ajar bby nyusu botol? cara bringkan dia ka atau dlm dakapan? tp kompom dia xnak klu dlm dkap ibunya kn?