Tuesday, August 18, 2009

Menanti Kepulangan

Minggu depan,
InsyaAllah Huda dan Umminya akan pulang ke Kuala Lumpur..
Saya sudah kemas rumah untuk menanti kepulangan Huda..hehe..
Saya dah beli 'vacum cleaner'..selama ni kami cuma menggunakan penyapu untuk membersihkan habuk-habuk..

Tetapi kerana risaukan keadaan kesihatan Huda, saya dah beli 'vacum cleaner' semalam..
supaya habuk-habuk yang degil dan bersembunyi dapat saya kumpulkan di dalam 'vacum cleaner' tersebut dan buang jauh-jauh agar tak mengganggu sistem pernafasan Huda..

Juga saya telah membuat tinjauan untuk membeli peti sejuk yang baru..peti sejuk yang ada 2 pintu..peti sejuk yang ada sekarang cuma ada 1 pintu..
wah, dah ada baby nak peti sejuk lagi besar ye?..bukan, bukan nak membesarkan peti sejuk..
cuma susu ibu dapat lebih tahan sekiranya disimpan di bahagian beku peti sejuk 2 pintu..dan melalui pembacaan, ibu bapa tidak digalakkan untuk menyimpan susu di dalam peti sejuk 1 pintu..dirisaukan tidak tahan lama..

Kami sudah merancang untuk memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada Huda sehingga umurnya 2 tahun..insyaAllah..jadi banyak susu perlu disimpan supaya mencukupi apabila Huda dihantar ke 'nurseri' nanti..

Oh, mengenai peti sejuk, nampaknya Carrefour menjualnya dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain..jadi, kemungkinan besar saya akan beli peti sejuk di situ.

Dan, ada sesiapa yang nak beli peti sejuk dengan harga yang murah?...harga boleh tawar dan saya jamin lebih murah dari mana-mana kedai berhampiran kediaman anda..kalau nak peti sejuk:

Jenama: Toshiba
Tahun pembelian: 2008
harga ditawarkan: RM250 (boleh runding)/(juga boleh bayar ansuran)
kami menjaganya dengan baik..

Sila hubungi saya ya..gambar peti ais kesayangan kami ini akan saya muatnaik kemudian ya..
ok..bye

4 comments:

Unknown said...

Aku tergelak membaca artikel kau ini. Sama ada kau nak bercerita tentang susu ibu, ataupun membeli peti ais baharu, ataupun menjual peti ais lama. Nampaknya ending dengan menjual peti ais. haha.

nazat said...

hahaha..

muatnaik? tolong jangan skematot sangat papa nadmin yer..

Anonymous said...

Salam..saya berminat..area seremban..delivery ke umah bole..

nadmin said...

anuar: aku memang senang lari topik..hahaha..lagipun tulis dalam keadaan tergesa2 (lepas waktu pejabat/waktu rehat)

nazat: aku sedang menggunakan B.Melayu dengan betul..

anon: terima kasih atas minat anda..tapi dah ada orang yang tempah..maaf ye..maaf sangat-sangat..laku juga peti sejuk ni..