Wednesday, August 12, 2009

Amna Huda sewaktu berusia 7 hari











Gambar-gambar di atas ialah Gambar Amna Huda sewaktu berusia 7 hari..
Hari ni hari cukur jambul..
Sebelum kepala Huda dicukur, ada majlis kesyukuran...
Paling tak dapat dilupa ialah apabila saya perlu menyuapkan buah kurma yang telah dihancurkan ke mulut huda..
dan apabila jari saya disua sahaja berhampiran mulutnya, terus sahaja dihisapnya jari saya yang mengandungi kurma hancur..seperti dah lama tak makan..haha..
tetamu yang hadir turut kagum dan terhibur..sayangnya tak ada yang mengambil gambar kerana terlalu teruja melihat huda menghisap jari saya..
Yang mengendalikan majlis tersebut ialah Imam Besar Masjid UTHM..
Gambar terakhir, ustaz tengah menyuapkan air zam-zam pada huda..juga dihisapnya sudu tersebut..
Huda ni, pantang dibuka bedung, pasti tangannya akan tak tahulah nak huraikan..tapi macam gambar-gambar di atas..antara saat-saat yang paling saya suka bersama Huda ialah apabila Huda berada di pangkuan saya untuk ditidurkan...dapat membuatkan huda tidur di lengan saya macam satu kepuasan..tenang...hari ni hari Rabu, saya sudah rindukan saat itu..Jumaat ni saya akan balik Johor..isteri dan anak berada di sana menghabiskan tempoh berpantang..
Rindunya anak saya..puteri saya..buah hati saya..penyejuk jiwa saya..
Rindu pada permaisuri hati saya juga..

12 comments:

Unknown said...

Semoga Allah memberkati hidup kau sekeluarga:)

nadmin said...

anuar: aminnn..

Anonymous said...

Salam En. Nadmin,

kenapa ek hari tu emergency c-sect?
sbb try normal dulu gak ke?

walaubagaimanapun, amna huda kelihatan amat sihat
syukur..

mrswira

nadmin said...

puan Rafiza,
waktu masuk minggu ke 38, baby berada pada kedudukan normal..kepala dah ke bawah..jadi, doktor suruh tggu masa sajalah..

bila dah sampai masa, tanda-tanda bersalin pun dah ada..kami ke Hosp. Selayang..

Rahim cuma terbuka setakat 7cm setelah 5 lebih jam menunggu..dari 1-7 sekejap sahaja..tapi bila dah 7cm, tunggu 5 jam..

oleh itu, doktor cadangkan (mcm mendesak shj) supaya dibuat pembedahan..itulah citernya

alhamdulillah Huda bertambah sihat..berat pun dah bertambah..

rafiza said...

7cm?
masa our bb 1st lahir hari tu 7cm gak within 4th hour of contraction then dia buat ep cut..
ada gak kes lain 5cm tp boleh terus keluar (but may be considering 5th child)

kenapa ek dr tu tak buat ep cut..
ada komplikasi lain kut kat bb..

haha
tanya nadmin macamla nadmin dr...

apapun, itulah pengorbanan seorang ibu

P/s:sy suka bersalin di HUKM (our 1st bb)kerana ada ramai dr mengelilingi n mereka sedang belajar, kita pun boleh belajar juga

rather than hosp biasa..bila kita tanya something, staff akan menjawab dengan gaya yang macamla kita tak tau apa2 langsung

sori mgkin tak de kaitan dgn entry..

apapun kagum dgn parent amna huda..sy bercita2 nak buat cukur jambul n akikah anak pada hari ke 7, tapi belum pernah lagi kesampaiannya.. setakat ni our child pasti ada problem prolonged jaundice...
bersyukurla ibu bapa lain kerana tiada masalah seperti ini...

kirim salam pada ummu amna
hati2 pulang ke johor, naik bas kena hati2 bersesak2 ramai org khuatir H1N1
driving pula hiway sana terkenal dgn speed kenderaan2nya
'family comes first'

berkhidmat untuk negara
:)
mrswira
sori sbb panjang

nadmin said...

Puan Rafiza..
itula pelik doktor tu..
ikut penerangan doktor pada saya, jantung baby ok lagi waktu tu..
tapi tak pe..setiap yg terjadi ada hikmahnya..

alhamdulillah dapat buat cukur jambul hari ke7..tapi aqiqah belum lagi..terkilan juga..

terima kasih atas doa..

kem salam abg wira dan fatimah amani dan sape ye lagi sorang?..

Anonymous said...

umar zuhdi

ainShahajar said...

ape cm cm ni.. ish.. susahnye nak melahirkan

comelnya huda senyum.. baru hari ke 7

nadmin said...

ain: memang susah..tgk saat melahirkan, melahirkan (bleh guna menerbitkan) keinsafan dalam diri..terus call mak nangis2 minta maaf..betul..

senyum..kebetulan je tu,(alhmadulillah dapat amik gambar ni) ikut teori, dalam sebulan atau dua bulan lebih, baru baby akan belajar senyum..

Cik Luna said...

comel anak kau!!
tahniah2

Anonymous said...

tahniah2 nadmin dan fad!comelnyer amna huda!dah pandai posing angkat2 tangan,hehe!alhamdulillah..

nadmin said...

Cik Luna: tq2..comel macam abah dia..

fadhilah:tq2..ulang ayat di atas..haha..memang tangan dia suka mcm tu kalo tak dibedung