Saturday, December 19, 2009

Edensor: Mesti Baca Untuk Mereka Pernah Bermimpi Untuk Mengembara

Edensor menceritakan tentang kehidupan Ikal (Andrea Hirata) dan Arai semasa mereka menuntut di Sorbone, Perancis..

Apa yang menarik ialah Ikal menceritakan tentang perwatakan rakan sekelasnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa..diceritakan dalam bentuk yang sangat menggembirakan..namun mempunyai pengertian yang sangat dalam..Memang benar seperti yang dinyatakan penulis apabila beliau menggambarkan bahawa rakannya dari Britain amat gemar melontarkan pendapat dan menyanggah teori yang dikemukakan pensyarah mereka..namun dalam bentuk yang beradab..

Manakala dalam perbincangan, pelajar dari Amerika gemar mendominasi...lain pula halnya dengan pelajar dari German yang apabila ingin mengemukakan pandangan, mereka memberikan pandangan yang betul-betul matang,sangat hebat dalam hal matematik..

Pelajar-pelajar Yahudi pula gemar berbual sesama sendiri dengan suara yang rendah..merancang sesuatu yang seolah-olah akan mengubah negara atau lebih besar lagi dunia..

dengan nada bersahaja, Andrea mengungkapkann bahawa pelajar-pelajar dari negara membangun di dalam kelasnya seperti belajar cuma sekadar untuk lulus dan agak ketinggalan dalam memahami pelajaran..

Pandangan ini seperti ada kebenarannya..saya banyak kali mengangguk-angguk sendiri membaca pandangan penulis..sambil tersenyum..banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk kita mencapai standard negara maju..

Lebih kagum dan bersemangat, apabila saya membaca catatan perjalanan Lintang dan Arai merentasi Eropah dan seterusnya ke Afrika..terasa saat-saat mereka susah apabila cuma memakan daun pokok ceri untuk meneruskan kehidupan.. menghadapi saat-saat sukar apabila berhadapan dengan bahaya..

Menariknya pesanan ibu Muslimah: "jika ingin menjadi manusia yang berubah, kita perlu bersekolah (menuntut ilmu), banyak membaca Al-Quran dan mengembara".

Mengembara..ya..mengembara..menariknya pengembaraan mereka berdua..banyak daerah-daerah yang dilalui dan banyak juga manusia yang ditemui..pengalaman yang menarik sekali..

Setiap apa yang diceritakan..segalanya terbayang dengan jelas di dalam minda saya walaupun saya tak pernah ke Eropah..

Dan dengan keyakinan bahawa apa yang terjadi semuanya aturan Tuhan, akhirnya Lintang tiba di Edensor, tempat yang selama ini hanya muncul dalam mimpinya..

Saya memang tak pandai mengkritik..saya cuma ingin mengesyorkan agar novel ini dibaca oleh mereka yang pernah, sering, atau sedang bermimpi untuk mengembara..walaupun bangsa-bangsa lain sangat hebat, namun dengan semangat dan keyakinan yang ada, akhirnya Lintang dan Arai mampu menandingi kehebatan rakan-rakannya yang lain... mampu..ya..kita mampu sebenarnya..asalkan kita berani bermimpi..

8 comments:

aziz zabidi said...

Tn Nadmin,
aku blm sempat nak baca novel2 Andrea Hirata w/pun ramai yang syorkan suruh baca, aku agak takut dengan buku2 yg terlalu popular, takut overrated...tapi kalo ang kasi pinjam bolehla cuba2 baca...hehhe
dah baca semua ke 4 buku Hirata tu?

nadmin said...

Tn Aziz,
elok dibaca buku-buku Andrea Hirata ni. sangat menarik..
aku baru baca 3..tapi tak ikut turn..
mula2 aku baca Laskar Pelangi..lepas tu Maryamah Karpov..yg terakhir, Edensor..Sang Pemimpi belum lagi..
kalo hang nak pinjam bgtau la..

Rin said...

owh.. ada 3 lg rupanya.. baru aku tahu. kena beli ni. tp takde duit dah. tp kena beli.. tp err...

nadmin said...

arin,

Beli satu bulan satu..ok kot..
Ikut turn:
1.Laskar Pelangi (Filem terbaik Asia Pasifik)
2.Sang Pemimpi
3.Edensor
5.Maryamah Karpov..

Selepas baca semua, ko tak takut untuk bermimpi lagi..

aziz zabidi said...

Nak baca juga, tp nak kena habiskan 2-3 buku yg tak khatam lagi. Insyaallah t aku pinjam buku2 tu kat ang...heheh

Filem yg menang tu ang dah tgk?

nadmin said...

aziz,
dah..dah..menarik filem dia..tapi tak sehebat novelnya..aku beli vcd tu kat jakarta..kirim kt membe yg g sana..

kalo hang nak baca nanti bgtau la..

kamal said...

Karya Andrea Hirata adalah termasuk dalam senarai 'refreshing' saya bagi corak penulisan sesebuah novel. Masa di darjah 4, karya Ahmad Patria Permata Aurorius adalah novel 'refreshing' saya yang pertama. Kemudian apabila beralih ke sekolah menengah, Saga (II, III) oleh Abu Talib Hasan adalah 'refreshing' yang kedua.

Laskar Pelangi boleh dianggap 'refreshing' yang ketiga ;)

Tak tengok lagi movie tapi membaca novel itu sendiri seumpama menonton sebuah filem.

Saya lupa kata-kata siapa yang lebih kurang "carilah kehebatan dalam buku yang tak nampak hebat". Saya membelek-belek Laskar Pelangi beberapa tahun yang lepas tanpa tahu sedikit pun pasal buku itu ataupun penulisnya. Mungkin tajuknya yang sedikit 'catchy' menarik minat saya untuk membelinya. Itu pun tidak terus dibaca kerana seperti mana buku2 yang saya beli, ia di'peram' terlebih dahulu.

nur hidayah said...

andrea cukup hebat m'bawa kita ke dunia ikal..seolah2 kita salah seorang watak dalam tetralogi lasykar pelangi..

pendek kata, rugi tak baca dan tak rugi kalau baca..jom kembara ke edensor bersama sang pemimpi..