Tuesday, August 04, 2009

Gambar Amna Huda - 6 Julai 2009

Tiga gambar di atas merupakan gambar Amna Huda pada hari pertama dilahirkan..beberapa jam setelah keluar dari rahim umminya...

Lahir melalui kaedah caesarian, bayi tidak dapat dibawa bersama-sama ibu ke dalam wad kerana memerlukan pemantauan..oleh itu, saya perlu ke bilik khas yang menempatkan bayi-bayi yang baru sahaja dibersihkan selepas keluar dari rahim ibu masing-masing..

Setelah mengiringi isteri ke wad, saya bergegas ke bilik yang menempatkan amna huda..dalam perjalanan..hati berkata: bagaimanalah rupa anak saya..semakin dekat dengan bilik tersebut, semakin berdebar-debar hati saya..

jumpa nurse, bagitau nama isteri, baru nurse tunjukkan anak saya..alhamdulillah, bersyukur tak terkira, setelah dua tahun lebih penantian kami dikurniakan seorang cahaya mata yang comel..sejuk hati memandangnya..

Saya bagitau nurse saya nak azankan bayi..nurse tunjukkan arah kiblat..dan bertanya: encik boleh angkat ke?...eh, kekok saya dibuatnya..nurse angkat bayi saya dan letakkan pada tangan..maka saya pun mengazankan bayi saya pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri..selain itu, saya membaca 3 qul dan dihembuskan di ubun-ubun bayi (lagi 1 surah saya terlupa..Surah ini boleh dibaca supaya anak-anak lembut hati dan mendengar kata ibu bapa..terlupa saya..surah apa ya? boleh tolong ingatkan saya?)..semoga bayi ini dilindungi Allah..setelah itu, saya letakkan semula anak saya di katil bayi, di bawah sinaran lampu yang mungkin membuatkan bayi berasa selesa..

Saya perlu pulang terlebih dahulu dan datang semula pada waktu melawat yang dibenarkan kerana kes H1N1 menyebabkan hospital selayang mengetatkan aktiviti pelawat di hospital..

4 comments:

ska said...

nadmin & wife,

congrats! :)

-kd adam-

nadmin said...

kaydee: tq.. ;)

Wasunni Al-Kelantani said...

Nadmin...masa wife kau melahirkan anak, kau tak ada sekali ke dalam operation/labor room tu?

wife aku dulu caeserian gak, tp mmg Doktor arahkan aku masuk sekali dalam operation room tu...so, masa anak aku keluar je, doktor terus bagi pada aku anak aku tu untuk aku azan...dalam operation room tu jugak aku azankan...maybe kat Malaysia, stailnyer lain kot...

nadmin said...

salleh: kalo wife aku bersalin normal, memang aku kena tunggu sekali kat labor room..tapi sebab kena operate (emergency), aku tak dibenarkan masuk..jadi, tunggu kat luar aje..