Semalam, 9 Jun 2009 (Selasa)
Saya dan isteri telah ke Hospital Selayang kerana isteri saya telah dirujuk ke hospital tersebut..
Sebelum ni, isteri menjalani rutin pemeriksaan ibu hamil di Klinik Kerajaan..
Memandangkan usia bayi di dalam kandungan telah menjangkau 36 minggu, dan kedudukan bayi tidak normal iaitu songsang (jenis breech) (kepala di atas), maka kami dirujuk ke Hospital Selayang..
Dengan semangat yang meluap-luap, kami tiba di Hospital seawal jam 7.30 pagi..mulanya kami fikirkan akan ada tarikh lain untuk temujanji..jadi kami cuma ingin dapatkan tarikh temujanji dan terus ke pejabat selepas itu..
Tapi, doktor telah menahan kami di klinik...kami perlu bertemu doktor pada hari semalam juga berdasarkan surat daripada klinik... penantian memang satu penyeksaan..memandangkan belum ada pesakit lain yang sampai dan doktor sibuk menguruskan hal lain, kami dinasihatkan untuk bersarapan terlebih dahulu dan datang semula jam 9.00 pagi..
Setibanya kami semula di klinik, telah ramai pesakit..isteri pula perlu menjalani prosedur pemeriksaan ibu bersalin yang biasa dilaluinya...timbang berat, cek tekanan darah, cek urin..
dalam masa menunggu, kami perlu mengikuti penerangan mengenai penyusuan susu ibu kepada bayi... Kerajaan telah mengambil langkah proaktif agar bayi-bayi di Malaysia diberikan susu ibu secara ekslusif (tanpa ada campuran makanan atau air lain) sepanjang 6 bulan..kemudian disambung untuk tempoh 2 tahun..
bagi ibu-ibu yang bekerja, turut diajar cara-cara menyimpan susu agar tahan lama dan bayi-bayi masih dapat meminum susu ibu walaupun pada waktu tersebut, ibu di tempat kerja..
dalam memberi penerangan tersebut, apa yang mengagumkan saya ialah cara jururawat memasukkan unsur-unsur dakwah (memandangkan yang mendengar ceramah bukan di kalangan muslim sahaja)..dimasukkan ayat Al-Quran terjemahan mengenai ibu perlu menyusu bayi sehingga bayi berumur 2 tahun..
Apabila menerangkan mengenai makanan-makanan yang patut ibu-ibu makan setelah melahirkan bayi dan juga untuk membanyakkan susu badan, jururawat tersebut memasukkan ayat dari surah Maryam mengenai suruhan Allah agar Maryam (ibu Nabi Isa) menggoncang pohon tamar untuk mendapatkan buah tamar..Untuk pengetahuan, buah tamar dan buah kismis amat digalakkan untuk dimakan oleh ibu-ibu yang sedang menyusu bayi..kerana kandungan khasiat buah-buahan ini..
Bahkan, saya turut pernah mendengar Hadith Rasulullah daripada corong radio IKIM.fm mengenai perintah Rasulullah agar para suami memberi ibu yang sedang hamil buah tamar untuk dimakan...
Di akhir ceramah tersebut, jururawat yang amat profesional dan berpengalaman ini turut memberi pandangan bahawa Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi rahmat kepada orang Islam sahaja..sebaliknya kepada semua manusia dan semua makhluk Tuhan...dan Jururawat tersebut turut menambah bahawa kesedaran mengenai susu ibu di Malaysia cuma wujud setelah kajian orang Barat dan kempen-kempen yang saintis Barat jalankan..
Setelah selesai mendengar ceramah, barulah kami dibawa bertemu pakar..setelah isteri saya diperiksa, doktor bertanya, bagaimana kalau kedudukan bayi masih tak normal ketika mencapai usia 38 minggu dalam kandungan?
kami diam..
doktor menanti jawapan..
Isteri bersuara "Doktor, selain caeserian, tak ada cara lain ke?"
Doktor jawab "ada...tapi kebanyakan pakar sekarang lebih suka caesarian apabila kedudukan bayi tak normal"...
kami berdua diam seperti tak menyetujui kaedah caesarian (walaupun kaedah ini dipelopori dan dicipta oleh Ibnu Sina)..
Berdasarkan kajian, bayi yang lahir melalui caesarian lebih mudah terdedah kepada penyakit berbanding bayi yang lahir secara normal..kajian juga menunjukkan bayi yang lahir secara caesarian 6 bulan terlewat dalam menyesuaikan diri dengan bakteria berbanding bayi yang lahir secara normal..semasa bayi yang lahir secara normal, keluar dari rahim dan melalui ovari ibunya, bayi ini telah terdedah kepada bakteria baik yang terdapat pada ovari ibunya..Oleh itu, pendedahan awal kepada bakteria-bakteria telah diberikan kepada bayi tersebut dan memberikan imunisasi kepada tubuh bayi untuk menentang bakteria luar..
memandangkan doktor melihat kami agak keberatan untuk menggunakan caesarian, doktor mencadangkan satu kaedah iaitu ECV (saya tak ingat nama panjangnya)...
"itupun kalau saya ada waktu awak nak melahirkan nanti"...
ECV ialah kaedah di mana doktor akan membetulkan kedudukan bayi sebelum bayi dilahirkan..
mengikut kata doktor, tak banyak doktor yang boleh menggunakan cara ini memandangkan pengalaman dan kepakaran perlu ada pada doktor tersebut..
Kawan-kawan, sekarang minggu ke 36..lagi 2 minggu sahaja minggu ke 38..jadi saya perlu berusaha agar bayi kami kembali ke kedudukan normal..doktor juga menunjukkan yang kepala bayi betul-betul berada di bawah dada isteri saya..memang dapat dirasakan bonjolan kepalanya..
saya bergurau "Mungkin baby nak dekat dengan hati umminya..mungkin baby nak selalu dengar saya berbual dengan umminya..mungkin baby nak dengar ummi baca quran."
Buat masa sekarang saya cuma berdoa agar bayi kembali ke kedudukan normal...mungkin ada kaedah alternatif...ada sebarang cadangan?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
nadmin
kenapa terlalu menentang c-section..?
mmgla menurut kajian bayi c-sect lebih terdedah kepada penyakit
but kita sendiri boleh cegah penyakit dgn pelbagai cara..contohnya susukan bayi sepenuhnya hingga 6 bulan dan meneruskan sehingga 2 tahun
minta fad buka laman web :
1.susuibu.com(kat situ ada forum bincang ttg bay c-sect mudah kena penyakit jg)
2.diyaluna.com/diary/
3.sarakids.com/blog/
semua tu laman web sokongan penyusuan susu ibu
fad nak jumpa or call rafiza pun boleh, farahida pun boleh...dia siap attend kelas penyusuan ibu dgn malie sebelum bb nya lahir...
adik ipar pun baby songsang
memula doktor try pusing tapi mmg tak boleh...end up with c-sect
fad mgkin doctor belum try pusing lagi..
doa la banyak2 supaya dipermudahkan...
yang penting fad jgn susah hati...
mmg banyak dugaan bila kita nak dapat apa yang kita nak sangat...
Salam...
Tak dapat dinafikan, setiap orang mahukan anak dilahirkan secara normal..Tapi, sekiranya tiada pilihan, boleh gunakan c-section.
Ada kaedah alternatif, berjumpa dengan bidan...dengan izin Allah, ada yang boleh membetulkan kedudukan baby....semuanya bergantung.
Berdasarkan kes isteri saya, semasa pemeriksaan Dr, kedudukan baby songsang, dan selepas itu kedudukan berubah sebab bayi hanya bergerak membuat pusingan....
Kami doakan bayi dalam kandungan selamat dilahirkan...dan menjengah ke dunia ini bertemu insan yang bahagia " ummi dan ayah".
salam (skema ok),
harap-harap wife ko sihat2 dan ceria selalu time preggy ni. Baby ko songsang ke? ish.. aku tak reti sgt pasal benda ni tapi aku doakan wife ko dan baby ko sihat. nti ko post gamba baby ko ye!
salam beb..
haah la na the min.. harap2 wifey ko sehat sejahtera..oh..anak ko juga.
kakak aku skang rajin pi mnegurut.. siap heret aku suh terjebak ngan aktiviti mengurut dia tuh.. nasib aku x terjebak lagik..
xper2.. same2 la kita berdoa agar dipermudahkan.. seperti kata rafiza..
"mmg banyak dugaan bila kita nak dapat apa yang kita nak sangat.."
wassalam.
rafiza: bukan terlalu menentang..caesarian adalah pilihan terakhir kami..itu aje..sekarang ni baca doa yang Harun Din ajar untuk membetulkan kandungan..dan berdoa dan berdoa..rafiza ada minum air selusuh ke?
anon: terima kasih atas doa kalian berdua
zetty: tq atas doa..ye, nanti aku pos gambar baby..tapi baby cakap dia nak hadiah dari aunty zetty..haha
nazat: tq juga atas doa..wah ko macam terkesan sungguh dgn ayat rafiza..haha..boleh la berkenalan dgn rafiza..ofis korang dekat aje..
kepada aunty rafiza, aunty zetty dan aunty lin..baby cakap nak hadiah bila dia lahir nanti..haha
salamz nadmin,
maybe masih sempat jumpe bidan yang arif urut mengurut ni, tapi nak mencari bidan yang arif tu yang payahnya wallahua'lam.. aku doakan fad selamat dan dipermudahkan melahirkan baby, walau apa pun caranya ;)
sham: tq..memang susah..doakan ye..
sham: tq..memang susah..doakan ye..
salam nadmin, akak x sure, fadh kenal akak ke tidak, tapi akak familiar muka dia masa akak di pkpim. ok. akak breech dari minggu ke 36 sampai hampir ke 40. lagi seminggu nak due date, subhanallah! baby pusing balik. head down. memang rezeki. dan apa yang Dr. nasihatkan adalah banyakkan sujud. erti kata lain, dalam solat tu sujud lah lama2 sikit. mungkin berkesan untuk untuk tetapi belum tentu untuk fadh. memang plan asal akak nak vaginal delivery walau songsang. Namun, pendapat akak, sebab ini anak pertama dan u all pun tunggu agak lama , better c-section lebih selamat. janganlah stress sangat. anak pertama c-sec bukan bererti anak ke2 dan sweterusnya kena c-sec jugak. akak tau smeua orang nak t=yang terbaik untuk kita dan anak, tapi Allah Maha mengetahui mana yang lebih baik.
kak laily
kak laily..tq atas nasihat dan cadangan..saya bagitau fad nanti..
Minggu 36 dah dkt sgt dah.. bila-bila masa tu..
Mengikut pengalaman seorang nenek kat Johor (bekas misi) dia selalu pusingkan kedudukan baby sonsang. Dia dok kat Tmn Rinting. Ada sampai 1 ketika psgn suami isteri ni doktor suruh balik sbb baby songsang. Tunggu smpi baby dpt posisi yg betul kt doktor. masa tu nenek tu nak pegang tolak kedudukan baby tu tak boleh sbb dah suntuk sgt tempatnya. Apa yg nenek tu buat, dia ambil ketulan ais, letak di perut dan tolak lawan arah jam (arah pusingan Kaabah) untuk kembalikan kedudukan kepala ke bawah. beserta ayat-ayat tertentu (nenek ni pun bekas anak murid harun din).Tu yg sy selesa beurut dgnnya.. alhamdulillah terus kepala ke bwh.
Nadmin, sy tak tau nak terangkan secara saintifiknya. Tapi, ais merupakan satu tekanan semulajadi disebabkan kesejukannya. Tekanan ini menyerupai urutan (tekanan fizikal=tangan). Apa yg sy blh cdgkan yakin dgn ketentuan Allah, naluri ibu srh fad ckp perlahan-lahan dgn baby trnlah ke 'jalannya'. Biarkan baby mencari 'jalan' keluar sendiri dalam ketentuan Allah.
Bab-bab mcmni kita sbg ibu perlu dulukan usaha dgn ijtihad kita sendiri. Keyakinan Yg Berkuasa perlu di atas segalanya. Kaedah moden sekarang serta ubat-ubatannya hanyalah pilihan terakhir yg perlu diimbangkan agar kita tidak menjadi 'hamba' perubatan. Perubatan terbaik adalah dlm diri kita sendiri beserta ilmu.
Tapi, kalau fad n nadmin teragak2 nak buat cara camni, baik jgn. Biarlah buat sesuatu di atas keyakinan yg jitu. Klu ye ke tak, ye ke tak, mmg tak la jwbnya.
Sy slalu bercakap dgn baby (masa dlm kandungan) agar mengikut 'sirat al-mustaqim'..baby akan faham apa yg kita maksudkan..percayalah.
Dan tentu skali biarlah c-sect adalah pilihan yg terakhir. sy setuju tu.
Semoga segalanya mudah dan dipermudahkan.
kedudukan kandungn bayi kami melintang...da 2 hari isteri sy takder selera makan...sy risau....ketinggian isateri sy xmelebihi 150..doktor ckp susah nk bersalin normal...nak urut takut...xurut kesian kat bini... dugaan-dugaan....aminnnn...moga2 ader jalan nye....esok nk cek kt hsptl sg buloh...takuttttt..
Anak sulung saya lahir melalui cesarean. Alhamdulillah. Takde apa2 penyakit pun. Sekarang dah 4 tahun. Sakit itu semuanya datang dari Allah SWT.
Salam kakda..bley tahu x kt mane bidan yg akak berubat 2..sbb kandungn isteri sy da msuk 36mggu da nie still songsang lg..sy dduk kt p.gudang nie kot2 ad rezki bley bantu..
Post a Comment