Hai..Assalamualaikum..hari ni, hari terakhir saya bekerja sebelum Hari Raya..
Mungkin esok atau lusa, saya dan isteri akan pulang ke kampung..
Ingat tak pasal pesanan seorang staf di pejabat saya (pada entri yang lepas) supaya simpan duit bonus?..ingat kan?..kalau tak ingat, cuba tengok entri yang lepas pasal perbelanjaan raya saya..
Semalam, timbul keinsafan dalam diri saya..
kenapa ya?..
untuk pengetahuan semua, ada seorang tukang cuci (eh, tak sedap nama ni!!..apa nama lain ye?)..saya panggil di Kakak Lin la ye..memang tugas Kak Lin setiap hari ialah mengemas pejabat pada waktu pagi..tandas perlu dicuci..bakul-bakul sampah perlu dikosongkan, lantai perlu disapu, kadang-kadang kena mop..bahagian pejabat yang ada permaidani juga perlu di"vakum"..
Kak Lin ini berasal dari Indonesia..cuma saya tak pasti suaminya orang Indonesia juga atau orang Malaysia..apapun negara asalnya, tak kisah la..agama tetap sama..
Semalam,
tergerak hati saya untuk menegur Kak Lin semasa dia mengosongkan sampah di dalam bakul sampah di bilik saya..
"Akak, tak balik kampung raya ni?"
Jawabnya: "Akak tak minta cuti pun"
"O. ye ke?..akak cuti dua hari je la ye?"
"Aa, hari Rabu dan Khamis"..
"Anak Akak berapa orang"
"Dua orang"
Perbualan kami tamat di situ..
Kak Lin masih setia dengan tugasnya, ke bilik yang lain pula..
Selepas perbualan itu, timbul rasa insaf di hati saya..
Duit bonus itu, bukan hak saya pun..itu duit rakyat yang kerajaan bagi pada penjawat awam macam saya untuk meringankan sedikit beban..itu rezeki dari Allah sebenarnya..
Allah cuma amanahkan saya..
Macam mana agaknya keadaan rumah Kak Lin?..anak-anak dah ada baju raya ke?..
Ramai lagi orang yang perlukan bantuan..
Jadi saya berniat nak bagi duit raya pada Kak Lin dan anak-anak..
Oh, baru tadi (hari ini) Kak Lin kemaskan bilik saya..dan saya menyerahkan sampul duit raya kepada Kak Lin..
"Kak Lin, ni duit raya untuk Kak Lin dan anak-anak..Selamat Hari Raya..Maaf kalau saya ada buat salah"
"Terima kasih En. Nadmin..Kak Lin pun macam tu"
Dan Kak Lin terus setia dengan kerjanya..
Berapa yang saya bagi? Oh, itu bukan yang saya nak cerita..
Nak saya nak khabarkan di sini ialah, di dalam kita bergembira nak sambut Hari Raya, nak pulang ke Kampung, nak membeli belah untuk raya, ingatlah masih ramai lagi yang kurang bernasib baik...mungkin ada bahagian-bahagian mereka dalam rezeki yang kita dapat..kongsikanlah bersama..InsyaAllah, Allah akan balas dengan ganjaran yang berlipat ganda..Amiin..
akhir kata: "SELAMAT HARI RAYA"..saya nak minta maaf sekiranya ada perkataan dalam blog ini yang menyinggung hati, mengguris perasaan sesiapa..kesalahan orang lain pada saya (sekiranya ada) jangan risau, saya dah maafkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Aku pun terus teringat ayat, "Sekiranya kita bersyukur, Allah akan menambah lagi (rezeki)."
tak balik kedah ka nadmin?
-am labu-
bagus2.
selamat hari raya.
maaf zahir batin.
nua: betul Nua..kena yakin dgn janji Allah
Am Labu: Am, hang ada blog..dah lama plak tu..awat tak habaq? aku balik sat aja..mak cik aku kawin..aku balik raya ke 2..
Am: Selamat Hari Raya..maaf zahir batin
nadminnn. terjumpa pulak blog ko..
masih ingat lagi april 2007, poj..hehehe..ko kat ner skrg?last bukan ko pkp taiping?
Dana
Mag KK
ohh.minta email..nak invite u to my blog
hai Dana..ingat lagi..ko apa kaba sekarang?..
aku jadi PKP Taiping 3 bulan aje..lepas tu dapat tawaran PTD..jadi sekarang ni aku kat MITI, jalan duta..
emel: nadmin@miti.gov.my, tak pun mnrkonsortium@yahoo.com (jgn lupa invite ye)..
ohhhhh. laaa. ok tak jadi PTD ni?
kerja aku makin dasyat. rasa nak quit pun ader. aku dah invite.. sile check email yee
Post a Comment