Saturday, May 17, 2008

Rindu Ibu..

Sewaktu di Kuching, mak telefon..
Balik dak hari Sabtu ni?
Tak tau lagi..InsyaAllah mak..kalau takdak apa2, cik balik..

Hari Khamis..
Mak telefon..
Balik dak?..
Balik kot..InsyaAllah..

Hari Semalam..
Mak telefon..
Along balik pukui berapa esok?
tak tau lagi mak..

Pagi tadi..
Mak telefon..
Balik pukul berapa hari ini?
Tak tau lagi..tiket bas habis dah..
kalau tak dak jugak, tak balik kot..

Selepas mak telefon pagi tadi, saya terfikir..
derhakakah aku?

Telefon mak semula..
Mak, petang ni cik balik..naik kereta sajalah..
Di sebelah sana..pasti hati mak gembira..berbunga-bunga..
Saya tak mahu jadi anak derhaka..

duit tak berapa nak ada untuk pulang berkereta..
tak apa..duit boleh dicari..
tapi..
kasih ibu tak dapat diganti..
maafkan saya mak..saya pulang untuk ubati rindu itu..

p/s: saya di pejabat sekarang..tengah siapkan keje..tak sudah2..
keputusanya, saya bawa balik keje..
tapi ikut sejarah yg sudah-sudah..keje yg sama juga dibawa ke ofis tanpa disudahkan..haha..

4 comments:

Wasunni Al-Kelantani said...

Nadmin,

aku kalau pulang ke kedah...bayaran tol yang paling melemahkan jiwa..pergi balik dah berapa dah..lebih mahal dari harga minyak..sekarang dah berapa yer harga tol dari KL ke A.Star?

mnr said...

famili aku kat B.pahat dah skrg ni Saleh..
kalo balik Kedah memang kena kira tol..aku tak ingat berapa..sampai Ipoh pun dah Rm20++ rasanya..

Unknown said...

Nadmin,
Kau perlu baca buku Beraraklah Awan Pilu oleh Abdul Latip Talib. Lepas sahaja aku baca buku itu, esok juga aku balik kampung.

mnr said...

aku akan cari buku tu Nua..
cadangan buku ko memang bagus-bagus..