Monday, May 12, 2008

Semalam di Kuala Lumpur

Semalam, hari Sabtu, 10 Mei 2008,

Saya ke Jalan Sultan Salahuddin bersama isteri saya..
Lebih kurang jam 4.00 petang..
Tujuannya ialah untuk melihat-lihat (survey) jalan..
Kerana isteri saya bakal memulakan kerja di salah sebuah pejabat Kerajaan di sana..

Saya tanya kawan2, di mana Jalan Sultan Salahuddin ya?...dekat dgn bank negara..seorang menjawab..oh, tahulah saya..ada yang menjawab dekat dengan The Mall..eh pelik juga..

Maka, untuk kepastian, saya ke Jalan tersebut ikut arah Bank Negara..
Oh..rupa-rupanya belakang ni ada Kompleks Pejabat Kerajaan..
Saya pernah ke sini dulu rupanya, tapi tak ingat..

selepas meninjau-ninjau di sekitar pejabat tersebut, saya redah sahaja jalan-jalan yang ada di situ..kerana sifat ingin tahu saya..

Eh, di sini ada UM kampus kota..saya tak pernah tahu UM pun ada dekat-dekat sini..
Saya teruskan perjalanan..

Oh, rupanya tembus dekat PWTC..baru saya tahu..nanti kita tengok jalan lain pula ye sayang..saya berkata kepada isteri di sebelah..

Kami singgah di jalan TAR..saja dating..berpegang tangan..jalan rapat2, haha..
di Jalan TAR, terserempak dengan Bon..

Bon mengkhabarkan dia akan bertunang..tahniah!!..bon juga bagitau,
"aku tak practice (lawyer) dah min"..
habis, ko buat apa skrg?"
"aku jadi majistret"..
wah, tahniah!! tahniah!! ucapku..
di mana?
Ampang..
hebat la ko Bon..
nak kenduri jgn lupa jemput Bon..

kami mengambil haluan masing-masing selepas itu..

Selepas ber'dating' di Jalan TAR, saya dan isteri juga melihat-lihat pengangkutan awam yg boleh isteri saya gunakan untuk ke Jalan Sultan Salahuddin..

Kita boleh naik Komuter sampai stesen bank negara yang..STAR pun boleh, naik sampai bandaraya..oh..begitu..
kalau abang, abang naik Putra sampai Masjid Jamek, lepas tu jalan kaki je ke sana..
balas isteri saya:"abang kuat..tak pe"..haha..hati turut bersimpati pada isteri comel saya ni..

dia jarang pakai kasut tinggi..biasa pakai sandal..tapi utk ke tempat kerja terpaksa memakai kasut yg tak tinggi sgt pun..tapi dah sakit kaki..balik kerja, sayalah yg jadi tukang urut..hehe

Ok, jom kita balik..kita ikut PWTC, masuk Jalan Sultan Salahuddin..

Saya mengambil jalan tersebut..sampai di satu simpang..
"Eh..ada arah ke jalan duta la"..
Aa la..saya mencuba jalan itu..keluar di depan IKIM..terus ke Jalan Duta..oh..tak jauh sangat dari pejabat saya"..

Kesimpulan, boleh la saya menghantar dan mengambil isteri nanti..
Sesak ke tidak jalan tu, Waktu hari kerja nanti kita tengok..
Kawan-kawan ada cadangan lain?..

5 comments:

Usratika said...

hehehe..besala nadmin..aku punya rutin skang..kul 7 kuar umah..dalam 7.40 dah sampai jalan duta..hantar Farah..then terus ke RTM..balik..kul 5.30 kuar opis..5.45 amik Farah..kul 6.30 sampai umah..gitulah gamaknya..nasib baik jalan ok jek..hehehehe

malie

Anuar Manshor said...

Aku suka pergi kerja dengan motor. Tunang aku memandu kereta sendiri. Katanya, selepas kahwin pun nak terus memandu. Aku tenang! hehe

rafiza said...

hantarla isteri...
amik WP 3 kalau takut terlambat...
(ada ke WP 3 di pejabat MITI?)
kasut kerja paling disukai jenama BATA sebab ianya sgt selesa..
saya dan liana sangat menyukainya..tapi liana mungkin dah tukar selera untuk hadiah hantarannya nanti..hihihi
kalau nadmin hantar setiap hari tak perlu risau sangat tentang tumit tinggi.. setakat pakai daripada keluar kereta sampai ke tempat duduk workstation atau office, then free to pakai sandal.. except when confront with your boss, staff or clients...atau berlegar di sekitar pejabat...

sgt bosan hari ini kerana bos tiada,kerja dah siap n meninjaula dada2 akhbar di samping blog kawan2...

one more thing, awat tak minta kuarters kat jalan duta? tolak Rm400 je kan daripada gaji?

kirim salam pada fadliana ye

KiMi said...

aku dah lama tinggalkn KL, jadi aku dah tak ingat jalan kat KL. Cadangan ditutup..eh..tadak cadangan.

Mohd Nadmin said...

malie: bestnya rutin ko mali..
aku rutin keluar rumah sama waktu la..tapi rutin balik rumah tak sama waktu..hehe..malie, rumah ko kat cheras lagi ke?..farah keje kat blok mana?

anuar: tingat waktu mula2 ko ajar aku naik moto..haha..

rafiza: memang hantar sendiri..hehe..bestnya bos tiada dan keje dah siap..kat sini..kalo bos takde dan keje dah siap pun masih ada keje lagi..hehe..ops, aku buat HR(Operasi)..keje tak penah berhenti..

kimi:aku pun tak mahir lagi jalan kat KL ni..