Tuesday, February 05, 2008

Kerja..kerja...kerja

sudah lama tidak menulis di blog ini..
sepanjang 2008 sekarang ini, kesibukan kerja terlampau-lampau..
kerja hingga malam..cuti pun kadang kala kerja..
kerja..kerja..kerja..harap-harap kerja ini diredhai Allah...
yang penting ikhlas..

Dahulu, orang pandang sebelah mata pekerja kerajaan..
mempunyai persepsi yang pekerja kerajaan ni pemalas..
Tapi apabila aku sendiri yang bekerja dalam sektor ini, jarang aku lihat orang yang pemalas..kalau ada pun peratusnya kecil sangat..

Cuba datang dan lihat sendiri..
Kadang-kala pegawai kerajaan kerja sampai malam..
hujung minggu pun kena datang..
pegawai tak dapat elaun kerja lebih masa tau..
semuanya kerana tanggungjawab..

aku pernah berbual dengan seorang pegawai dari Sabah yang datang berkursus di Semenanjung..
dia orang lama..
berpengalaman luas..
katanya: zaman 80an, kerja kerajaan tak sibuk...90an pun sama..petang sudah ada di rumah bersama anak-anak..tapi apabila masuk tahun 2000..banyak perubahan..semakin banyak kerjanya..semuanya perlu cepat dan pantas..

Benarlah kata-kata Imam Ghazali "Tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang ada".
Atau benarkah masa semakin cepat bergerak? Kalau semakin cepat, makanya hari kiamat sudah semakin hampir..

Aku perlu solat taubat malam ini..
tiap-tiap malam sebenarnya..

Solat istikharah juga begitu...supaya kerja harian terpandu...aku mahu walau secebis kata yang keluar dari mulut, turut mendapat petunjuk Allah..

11 comments:

Unknown said...

Nadmin, aku memang marah sekiranya orang lain mengatakan penjawat awam lembab melakukan tugas, tidak suka mengangkat telefon dan sebagainya yang buruk-buruk. Sedangkan boleh dikira dengan jari orang yang berperangai buruk itu.

Tetapi menanti juga imbuhan saguhati daripada kerajaan;)

Anonymous said...

anuar: bila ya?..aku pun menanti.

Anonymous said...

saya rasa takde
sebabnye;
logiccally peruntukan untuk itu takda dalam bajet 2008 hari tuh..
tapi kerja Tuhan sape tahu kan...
walaupun manusialah orang2nya yang menerajui kerajaan malaysia,
namun Allah jua sebesar-besar dan seagung-agung Pemilik kerajaan seluruh alam...
kita berdoa je..
mungkin ketiadaan bonus itu adalah sesuatu yang terbaik buat kita..
hidup ini antara syukur dan sabar...

p/s: jawapan KSN dalam rtm semalam; "belum bincang dengan PM lagi..."
bila ek nak bincang agaknya...
sbb pak lah dah dapat 'ilham' tarikh umum pilihanraya

Sahalfikri said...

Aku rasalah kenapa ramai kata begitu - penjawat awam lembab - sebab kebanyakan mereka sudah merasakan begitu. Akhirnya berlakulah generalization = semua penjawat awam lembab.

Aku pernah mengalaminya juga. Tapi bagi aku yang bermasalah bukan pada pegawai macam korang. Tapi pada kakitangan bawahan yang banyak berurusan dengan orang ramai. Termasuklah di mahkamah.. takkan kau tak pernah rasa, nadmin?

Kalau dibandingkan dengan cara kerja kau, aku boleh klasifikasikan kau sebagai pekerja swasta di sektor awam..haha. Kadang2 nampak lagi teruk drp pekerja swasta.. Takpelah, ada hikmahnya tu.

p/s: jadi tak nak buka firm dgn aku? Hehe

Anonymous said...

rafiza: berhikmah btl cara abg wira membimbingmu..tahniah..

suhail & rafiza: aku baru jumpa abg naim smlm..seronok betul..bcg psl pencapaian dia sebagai peguam..paling banyak bcg pasal HAMKA..betullah, kita perlu bergaul dan mendampingi mereka yg berilmu..barulah ilmu kita akan bertambah..

akan ada program dengan abg naim di anjung rahmat..insyaAllah..17/2 @ 24/2..tggu pengumuman lanjut..

suhail: psl firm tu, bleh aje..tapi otak aku dah berkarat la pasal undang2..hehe

Anonymous said...

nadmin,
saya ni agak 'kaki shopping'
so, keber'ada'an bonus itu akan menyebabkan saya memanjangkan langkah ke shopping complex..hihihi
so memadailah dengan apa yang ada sekarang ni..
nuar tu mungkin sebab nak kahwin so dia memerlukan bonus itu...
masing-masing punya keperluanler
kalau nak compare dgn private, diorang kenaikan gaji dapat, bonus pun dapat juga, ada yang dapat sampai 3 bulan gaji lagi...
kita yang kerja dengan kerajaan ni kena berpada-pada
kalau kita berlebihan pun, tempiasnya ke kita semula...
p/s: nak tanya la, bos ko nama azhar yek? kalau ye, bagitaula.ok..

anomymous referred above

Anonymous said...

anynomous: ye betul sekali..nape ye?..tapi dia bkn immediate bos aku..dia KPP bahagian Latihan..aku plak PP Operasi..

Anonymous said...

dia ke bos baru ko yang ko kata boleh bawa berbincang isu2 kemasyarakatan tuh?
bagus dia tuh
tapi kena lebih terbuka dan berlapang dada
nak cerita kat sini tak boleh
nnt jd isu..
lenkali
itupun sekiranya perlu..

Sahalfikri said...

eh korang dok cite pasal bos itu dan ini tak kisah ke? karang diorang baca blog ni.. blog aku pun kerajaan pantau, apa kes!

Anonymous said...

suhail: kalo citer hal baik psl bos tak salah kan..

Marliza Radzi said...

bagusnya :)

haah ramai je pegawai kerajaan rajin bekerja seperti tunang saya. hehehe.