Wednesday, February 27, 2008

Puisi Pilihan Raya

Banyak yang ingin aku tulis sebenarnya..
tapi nak buat macam mana..
aku masih takut-takut..
kerana aku sebenarnya belum betul-betul merdeka..
di negara merdeka..

aku masih terperangkap..
antara kebenaran yang aku nampak..
dan kepalsuan yang aku terpaksa nampak..
kerana kepalsuan itulah yang perlu aku terus nampak..
untuk aku terus hidup..

aku belum betul-betul merdeka ..
di negara merdeka..

aku tak betul-betul menyokong mereka di sana..
aku juga tak betul-betul menyokong mereka di sini..
kerana aku takut..
aku takut pilihan aku betul atau sekadar membikin ribut..

namun..aku tetap perlu memilih..
mereka di sana..atau mereka di sini..
aku rasa semua patut solat istikharah sebelum memilih..

ya..
aku rasa semua patut solat istikharah..
kerana memilih bukan main-main..
memilih yang sebenar-benar pilih..

Biar sahaja DIA yang menunjukkan apa yang perlu aku pilih..

2 comments:

Marliza Radzi said...

saya juga!

tak betul-betul menyokong mereka di sini dan juga tak betul-betul menyokong mereka di sinun.

mnr said...

itula am..

tapi sebenarnya keadaan sekarang ni membuat saya semakin bersemangat untuk mengundi..

satu undi pun bermakna..