Tuesday, November 01, 2005

Dah habis dah...exam

Alhamdulillah petang tadi dah habis peperiksaan akhir semester...pengakhiran yang kurang memberansangkan :( agak kecewa..."carry mark" pun sikit aje...hanya kepada Allah tempat bergantung harap sekarang...

"Ya Allah, bukakanlah pintu hati pensyarah-pensyarahku untuk memberi markah yang tinggi kepadaku ketika menanda kertas jawapanku..berikanlah mereka ketenangan dan ketenteraman ketika menanda kertas jawapanku dan kertas jawapan rakan-rakanku agar mereka dapat memberi yang terbaik untuk kami..perkenankanlah doaku Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Tiada yang aku harapkan melainkan Engkau Ya Allah..."

Kertas terakhir yang aku ambil pada petang tadi diakhiri dengan berita yang jarang juga didengari.Rasa simpati ada, rasa kelakar pun ada juga..hehe..Ada seorang rakan yang agak rapat juga pitam semasa peperiksaan..Sewaktu pitam, kerusi dan meja sekali terjatuh..apa lagi, kecohlah satu dewan peperiksaan..Mungkin kerana empat kertas berturut-turut yang perlu diambil ditambah dengan dua kertas pada satu hari..memang kesian..mana tak pitam..mungkin studi tanpa henti..
Akhir sekali kena ambil "special exam"..
Sebaik sahaja habis peperiksaan, aku,Suhail dan Amir membuat keputusan untuk berbuka puasa di kedai hari ni..nak makan "fast food"..malangnya semua penuh...
Maka berbukalah kami dengan hanya roti dan air tin...
Selesai solat Maghrib, barulah kami makan makanan berat..
Kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman..
Memang ramai orang..Pening kepala dibuatnya..akhirnya hanya cuci mata dan tak beli apa-apa..
Itulah cerita saat-saat akhir Ramadhan...Esok dah nak balik rumah..tak sabar rasanya..Tahun ni tak pernah lagi berbuka dan bersahur dengan air tangan mak..yang dapat dirasa, air tangan pakcik-pakcik surau dan masjid tempat aku selalu berbuka..
Mak, nantikan kepulangan anakmu..


Kata-kata renungan untuk hari ini:

"Sayangnya Allah kepada kita...diberiNYA banyak peluang dan kesempatan untuk menambah pahala dan kebajikan..Dengan senyuman dan sekadar memberi salam pun diberinya ganjaran kebajikan dan ditambah pahala..Mudah kan?..cuma kita yang tak pandai mengambil kesempatan"