ada apa pada nama?
Pada saya nama melambangkan peribadi kita..
nama juga melambangkan harapan bapa kepada anak di saat memikirkan nama yang sesuai dengan nama anak itu..nama ialah doa kepada anak itu..
Memberi nama yang baik kepada anaknya adalah tanggungjawab bapa kepada anaknya..
Saya pernah terbaca tentang riwayat seorang bapa yang datang mengadu kepada Saidina Umar (Redha Allah ke atasmu) tentang kelakuan anaknya..si bapa mengadu itu dan ini...Saidina Umar memanggil anak tersebut...perkara pertama yang ditanya oleh anak tersebut ialah:
"apakah tanggungjawab bapa ke atas anaknya?"
Saidina Umar memberikan jawapan. saya tak ingat semuanya..tapi salah satu daripada tanggungjawab itu ialah:
"memberi nama yang baik kepada anaknya"
Nah, kawan-kawan! nama yang baik kepada anak ialah tanggungjawab bapa..
Maka, sudah tentu saya dan isteri memikirkan nama yang terbaik untuk anak pertama permata hati kami:
Maka, nama yang dipilih ialah : Amna Huda Adnin
Amna = Aman, Tenang - Moga-moga anak ini dikurniakan ketenangan dan keamanan sepanjang hidupnya di dunia dan akhirat.
Huda = Petunjuk - Saya mendoakan anak ini sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T dalam setiap tindakan dan juga keputusan yang diambilnya..hatta keputusan yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar-besarnya..Allah lah segala-galanya dalam hidup kita..
Adnin = Taman, Syurga - Adnin dipilih bagi melambangkan keturunan kami..selepas ini, setiap anak akan saya letakkan adnin pada nama mereka..ye la, nak guna syed ke, nik ke, tunku ke..dah tak boleh..jadi saya ambil la perkataan yang jarang digunakan..dan kebetulan nama Adnin adalah gabungan nama saya dan isteri...adnin juga adalah perlambangan dan harapan agar anak-anak kami mempunyai pemikiran yang futuris..memandang ke hadapan..dan wawasan yang tertinggi ialah hari akhirat..masa di mana kita akan dihidupkan semula..semoga anak ini dalam setiap tindakannya, akan memikirkan tentang hari yang telah dijanjikan..
Inilah nama anak kami: Amna Huda Adnin binti Mohd Nadmin
p/s: gambar tak sempat upload..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
wah..panjangnyer nama anak kau..hehe...ala kullihal..semoga diberkati Allah senantiasa...mabruk
erm... sedap nama tu..
moga apa yang kalian harapkan akan dimakbulkan...
aku nanti nak boh nama anak semua ada Yang Berhormat kat depan.hahaha
kimi gilo!
Salleh: itula..agak panjang..haha
firjah: tq..
Kimi: YB tak best lagi..letak la nama Tun ke..Tan Sri ke..haha
arin: ;)
Nadmin, aku ada sorang kawan yg sekelas ngan aku kat UIA dulu (budak Econs)..nama dia TUN MUHAMMAD MUZAMMIL...dia takyah terima award TUN pun sbb mmg semua org panggil dia dgn nama TUN..hehe..
letak perkataan RAJA kat depan nama pun power gak..hehe...jangan letak perkataan SULTAN sudah...haru jadinyer..hehe
suka nama amna :)
salleh: aku kenal Tun tu..waktu matrik kami rapat..memang org pggl dia Tun..haha..tapi bila masuk main camp dah tak jumpa..dengarnya dia dah ke BMI..
am: Tq..
kem salam peluk cium utk amna eh..
dari ibu angkat..kuikuikui...
nadmin..n=biler ko preggy ni???cis..idok ler teman tau ko da ader bb..hik..hik..ko tmpal la gambo anak ko kat blog..leh aku tgk slalu..huhuh...
ko aper cer skang??aritu aku jumper hasan tgk Mid-nite muvi kat JJ ipoh..huuhu..bawak bini dier..tu pun aku xtau dendiam dia da kawin...
sitinora: baru bulan 7 hari tu dapat baby..aku skang kat MITI..ko pun dah lama tak dengar citer..tu sbb aku buka mukabuku..haha..bleh jumpa ramai member
Post a Comment