Monday, November 24, 2008

Sabtu dan Ahad yang Indah

Hai Kawan-kawan,


Assalamualaikum..

Minggu ini, saya dan rakan-rakan Sidang saya sedang mengikuti modul Komunikasi dan Persembahan Berkesan: Komponen IT..
Oleh itu, kami menggunakan Lab Komputer dan sudah tentu ada sambungan internet..
Jadi, memandangkan tugasan dah siap, sempatlah saya tulis blog..


Kawan-kawan,
Setelah 2 minggu tak dapat pulang ke rumah,
hari Sabtu yang lepas kami mendapat pelepasan untuk pulang..
Hari Sabtu dan Ahad yang Indah untuk diri saya


Hari Sabtu yang lalu, selepas mengambil saya dari INTAN, kami ke Kampung Baru..
Isteri saya teringin (atau mengidam kot!! haha) nak makan masakan Minang..dan Air Apokat (Avokado)..
Kami ke restoran berdekatan Masjid Kampung Baru..
Sayangnya Air Apokat sudah tak dijual di restoran tersebut..


Selesai makan tengah hari,
kami ke Pusat Perubatan Homeopathi Prof Nik Omar..
Sebenarnya kami ambil ubat homeopathi sebagai salah satu usaha untuk dapatkan anak selepas dua tahun berkahwin..
dan Alhamdulillah..doa dan usaha kami dimakbulkan Allah..
Setelah dua bulan makan ubat homeopathi, isteri disahkan hamil..


Kami ke pusat ini untuk memaklumkan doktor tentang berita baik ini..
Dan doktor menerimanya dengan senyuman dan ucapan tahniah..
dan testimoni kami diambil untuk dijadikan bukti keberkesanan ubat..
Seterusnya kami mengambil ubat agar janin menjadi kuat..


Selesai di klinik,
Kami ke Alpha Angle..
Tujuan utama kami ke sini adalah untuk membeli buku berkaitan dengan kehamilan..
Kami menjumpainya..tetapi saya tak teringat pula tajuknya..
Rasanya "Ibu dibelai, anak dibuai"..menarik dan praktikal buku ini..
Doktor perubatan yang tulis..
Kemudian kami ke KFC..isteri teringin juga..saya pun..
Haha..itulah untungnya wanita mengandung..anak sulung pula..
apa-apa keinginan pasti suami akan turutkan..

Hari Ahad pula, kami menghabiskan masa di rumah..
Membaca buku yang kami beli semalam..dan majalah-majalah berkaitan kehamilan..
maklumlah, pengalaman pertama..jadi kenalah cari ilmu yang secukupnya..

Hari Sabtu dan Ahad lalu merupakan pengalaman baru saya..
pengalaman yang indah..
persediaan awal untuk menjadi seorang bapa..
saya dan isteri juga berbincang mengenai panggilan bayi untuk kami...
Isteri mencadangkan: "Ayah dan Ibu"
Alasannya: panggilan ayah dan ibu kelihatan dan bunyinya comel..
Comel ke?..hehe..

p/s: doakan keselamatan dan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan

8 comments:

Wasunni Al-Kelantani said...

nadmin..

congrates yer..sama la kita dua..sama2 menanti kelahiran anak sulung..hehe

wife aku dulu mengidam nak makan ketam..perghhh..punya la aku round satu london ni cari ketam yg fresh..tak jumpa gak. yg frozen banyak la..tp wife aku kata yg frozen tu bahaya sbb dah disumbat ngan chemical..mujur la pastu kitaorg balik m'sia..terus aku bawak dia makan ketam kat tasik titiwangsa tu..huhu..

mcm2 la kan kalu org mengandung ni...hehe

jaga fadh elok2 yer..congrates again..

Anonymous said...

congrats nadmin and fadh. jaga baby baik2, and yang paling penting jaga fadh bebaik ;)

mnr said...

Salleh: Terima kasih..jaga wife ko baik2 juga Salleh..

Sham: Terima kasih..

Marliza Radzi said...

Saya panggil ibu saya ibu juga :)

Sukalah baca entri ni! Teruskan jadi suami yang baik!

Anonymous said...

congrats..semoga baik2 semuanya..

Anonymous said...

tahniah nadmin dan fad!!!!

Anonymous said...

Am: Ok juga panggilan ayah dan ibu ni kan?..Saya akan terus berusaha menjadi suami yang terbaik..

Arin: TQ..doakan semuanya baik-baik..

Fadilah: TQ juga..

Khadijah said...

huhu..dah bg buku rupanya..takpelah..kite terlambat..hehe

homeopati prof nik tu ada kat hospital kat kelantan kan klu tak silap? alhamdulillah..

tapi nadmin jgn bg fad angkat berat atau buat kerja rumah berat sgt dlm 3 bulan pertama nih..kandungan belum cukup kuat lg..ckp kat fad jgn tolak brg2 berat dgn kaki je (klu dia malas nak tunduk). sbb kite dulu kdg2 tolak baldi dgn kaki je pun kandungan byk kali kat bwh sikit lg nak klua sbb tekanan darah rendah kan.

jaga baik2 fad tuh!