Tuesday, August 19, 2008

Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Hari ini (19 Ogos 2008) jam 8.30 pagi ada Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang..

Semua Staf MITI berkumpul di perkarangan pejabat..
Kempen ini akan dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin..
Kalau anda melalui Jalan Duta, jangan lupa memandang ke arah Kompleks Kerajaan..
Bangunan MITI dihiasi dengan Jalur Gemilang..banyak sekali..cantik!!

Sempenana dengan pelancaran kempen ini, pegawai-pegawai perlu menanggotai kumpulan koir..lagu yang dinyanyikan ialah Negaraku, Menuju Kecemerlangan (Lagu MITI) dan Jalur Gemilang..

Sedap kumpulan koir ni nyanyi..ye lah,berlatih bagai nak rak..
Saya lah seorang daripada mereka..hehe
suara tak sedap..tapi tak sangka suara sumbang pun boleh menyanyi depan menteri..haha..
tapi kalau nyanyi seorang diri tak sanggup saya..

Untuk pengetahuan, majlis ini mendapat liputan media..
Bernama TV pun datang..dan di akhir majlis, kumpulan Koir MITI diberi peluang untuk memberi ucapan hari Kemerdekaan oleh Bernama TV..jadi siapa yang terperasan ucapan kami tu, maklumkan saya ya..maklumlah rumah tak ada astro..

Selama setahun di MITI, inilah kali pertama saya menyannyi lagu MITI..haha.
Sedikit sebanyak menyanyi lagu patriotik ni dapat meningkatkan semangat cintakan negara dalam diri saya..selain itu, saya dapat lebih rapat dengan pegawai-pegawai dan staf di MITI..

Ok, itu saja dahulu untuk kali ini..

KIBARKAN JALUR GEMILANG...BUKAN SAHAJA DI DEPAN RUMAH ATAU DI KERETA..TAPI DALAM DIRI ANDA..

9 comments:

Anonymous said...

protes. tak mau kibar jalur gemilang. walaupun ada bendera besar di rumah.

tapi jgn tuduh wa tak sayang negara wa.

wa cuma mahu protes.

sampaikan maksud protes ini kepada menteri-menteri ya...

Pakdi
http://pemikir.blogspot.com

Anonymous said...

patut la..
tak meriah sangat tahun ni..
akan aku sampaikan..haha

tak pe Pak Di,
kau kibarkan dalam diri ya..

nadmin

Anonymous said...

protes ...

1. harga barangan
2. politik fitnah melampau
3. jenayah berleluasa

skrg duduk rumah sendiri pun rasa tak selamat. sebab byk sgt perampok pecah rumah.

tapi tangkap anwar boleh hantar team khas.

wa dulu report polis ttg kes pecah rumah, pegawai penyiasat tu siap marah kita balik sebab "duduk sombong" dalam masyarakat. amboi.. sedapnya bahasa. mcm dia duduk situ tau kita buat apa dalam society.

pagar rumah wa kena potong, call polis, dia datang suluh-suluh, lepas tu takde apa-apa, pastu cakap, kalau dia datang lagi nanti call kami balik.

masalahnya diorang masuk 6 orang siap parang-parang.

RM 50 sudah tiada nilai. dapat beras dan ayam dan sedikit sayur.

ini bukan protes nak tukar kerajaan (kalau dapat tukar lagi bagus.. haha ) tapi protes biar pemimpin berhenti berpolitik dan buat lah kerja dan membantu rakyat.

peduli apa sama ada diorang menang Majlis Tertinggi ke, Naib Presiden ke... Timbalan ke..

Tapi hidup sudah tidak aman. Tidak merdeka lagi.

sampaikanlah rintihan rakyat ini ...

Pakdi

Usratika said...

patutla aku tengok kat MITI tu cam meriah skit masa antar Farah semalam

malie

Anonymous said...

pak di: kadang2 aku terfikr, orang di atas faham atau tidak dengan masalah rakyat di bawah..

mali:bukan selalu meriah mali..kdg2 aje..

nadmin

Anonymous said...

kalao ada masa try buka sejarahkedah.blogspot.com

ko akan dapat satu sudut sejarah mengenai candi lembah bujang adalah candi islam dan bukannya buddha.Long Jaafar adalah org terkaya di Perak mengalahkan kekayaan Raja Perak..Long Jaafar adalah wakil dari kesultanan melayu siam yang berpengkalan di Ayuthia..pusat kerajaan islam melayu-siam waktu tu..

malie

Anonymous said...

mali,
aku memang ada terbaca pasal sejarah Islam di Kedah..
Ikut kata pengkaji sejarah, Islam sampai di Kedah lebih awal dari Melaka..
tapi tak pernah tau pasal candi Lembah Bujang tu adalah candi Islam..menarik!! Tq atas info

nadmin

Anonymous said...

tahun ni tak rasa sangat merdeka..penuh dengan politik wang...asyik fitnah oarang jer..kempen merdeka pun dia org tak ingat asyik salahkan pakatan rakyat je..pas tu fitnah..

dian nais said...

wei bro.. aku call tak pernah dapat..