Friday, July 04, 2008

Doa

Hari ini Hari Jumaat,
Pagi-pagi lagi bila sampai ke pejabat, tiba-tiba bos buat pengumuman minta semua kakitangan berkumpul..
Yang mana ada di dalam bilik, Ketua Pen. Pengarah, Pen. Pengarah,
Semua perlu berkumpul di ruang tamu pejabat.

Bos buat pengumuman..

"Mulai hari ini, tiap-tiap hari Jumaat,
Kita berdoa beramai-beramai..Nadmin, baca doa"

Bos sebut nama saya..

Doa apa nak baca ni? tak sedia..
baca doa penerang hati, lagi doa apa?...oh ya, doa memulakan kerja..
Saya pun baca:

"Ya-Allah, kami memohon kepadaMU kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung padaMU daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu, Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya"

Agaknya apa doa lain yang sesuai ya? Saya bukanlah seorang ustaz yang akan keluar sahaja perkataan dari bibir bila disuruh berdoa..doa ringkas boleh la..

Waktu sekolah rendah dulu, selalu juga saya baca doa waktu perhimpunan..tapi saya dah lupa..

Nampaknya selepas ini, saya perlu menghafal banyak lagi doa untuk majlis-majlis yang lain..sebagai persediaan..

Doa senjata org2 beriman..

Cerita pasal doa, teringat waktu sekolah dulu..pasukan bola sepak sekolah, dan pasukan-pasukan yang lain akan berdoa dahulu sebelum memulakan perlawanan..kemudian akan bertakbir ramai-ramai..

memang bersemangat..

Memang gerun pasukan lawan..
pernah ada seorang cikgu dari sekolah lain beritahu,
"awal-awal lagi kami dah kalah..
sebab kami tak berdoa.."

9 comments:

Unknown said...

Nadmin, stok budak UIA memang kena gelar ustaz@ustazah di mana-mana.

rafiza said...

en nadmin,
dulu masa kelas dgn sir al sagoff, first class lagi dia dh ingatkan, ramai orang selalu amalkan usaha n ikhtiar dulu kemudian berdoa supaya berjaya.. selalunya student time nak exam baru sibuk2 lepak masjid solat hajat, bermunajat n sebagainya..
tapi dia lupa untuk berdoa di awalnya i.e. niat kerana Allah mengharap keredhaanNYa dengan harapan berjaya pada akhirnya...

to conclude, apa2 pun kita mulakan dengan niat/doa...walaupun kemudian hasilnya tak seberapa pun, kita dah berjaya membuat sesuatu dan dikira sbg amal ibadat...

oh..di MOF pun hr jumaat,ex student uia yang selalu baca doa..
kat sini ada ustaz azman yusoff, munawir dll, hari lain mmg ada ustaz dari biro agama baca doa..
tapi saya kenal cuma azman, kerana 1 seksyen..

INSPIRASIHANA said...

Doa senjata para mukmin..mari kita berdoa semoga hak mereka yang benar di Malaysia ni terbela dan mereka yang sentiasa menzalimi manusia lain diberi petunjuk Allah....

http://inspirasihana.blogspot.com

Wasunni Al-Kelantani said...

nadmin

Mmg camtu..kalau dah stok bekas budak uia mesti kena baca doa atau baca quran utk majlis2 tertentu..aku dulu pun masa keja kat uia tu pun setiap kali ada majlis rasmi mesti bos aku suruh aku baca doa takpun baca Quran sebelum apa2 majlis bmula...ni bila aku dah kat london..bos aku bagitau..dia tpaksa Import ustaz dari masjid uia utk ganti aku..haha..lawak betul

kawan2 uia yg lain pun sama je situasinya...walau bukan dari bidang IRKHS, tp tetap kena buat semua berkaitan Agama Islam...Hebat kan pandangan org luar pada graduan uia..

Usratika said...

heheheeh..aku pun tkena sindrom bdak uia kat rtm..hehehe..kalau smayang kat surau wisma tv..x leh nak lari..

malie

INSPIRASIHANA said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aku ingat lg wktu hari rentas desa.. umah biru menang wktu kita Form 5.

wktu tu aku kena baca doa.. mmg innocent tul aku wktu tu doa btul2.. mmg Allah kabulkan la.. hehe

+budak UIA mmg kena tolak baca doa.. biasala tu

Usratika said...

bro, aku ada upload gambar bukit tabuh kat blog..

malie

mnr said...

anuar,salleh,mali,suhail: ye la, memang budak2 UIA selalu kena jadi ustaz, jadi kena bersedia la kan..hehe

rafiza, kak hana: TQ atas nasihat..