Friday, December 28, 2007

Merajuk...

Pernahkah orang yang rapat dengan anda merajuk?
atau anda sendiri yang merajuk? ..

kenapa agaknya seseorang itu merajuk?..

sekiranya anda wanita, maka tak mengapalah anda merajuk..
memang merajuk sinonim dengan wanita (maaf ya kaum wanita, saya rasa anda mengakuinya..hehe)

kalau anak kecil, juga tak mengapa..
kerana anak kecil biasanya tak berfikir panjang..

kalau lelaki dewasa yang merajuk..agak pelik sedikit..
kerana saya rasa lelaki bukan diciptakan untuk merajuk..
tetapi untuk memujuk..

saya kenal seseorang yang agak kerap juga merajuk..
kadang kala saya tak tahu apakah puncanya dia merajuk..
sehingga mengambil masa yang lama untuk berfikir..
aku ada buat salahkah? aku mengecilkan hatinya kah?
banyak persoalan yg timbul..
dan persoalan yg akhir ialah.. bagaimana mahu memujuk?

mula-mula saya mengenali dia, memang agak payah mahu memujuk..
tetapi bila dah lama..saya dah faham..
bagaimana mahu memujuk..

tapi semakin lama, ada sebahagian rajuknya saya pura-pura tak mahu pujuk..
hehe..sehingga keluarlah perkataan..
"abang ni, waktu bercinta, bukan main memujuk..tapi bila dah kawin..buat tak tau aje..orang lelaki memang mcm tu"

memang la mcm tu, dulu abg tak faham lagi..tapi sekarang abang dah faham...hehe..
memang menarik hidup berumahtangga..

dia yang saya sebutkan di sini adalah isteri saya sendiri..
memang rajuknya boleh tahan..
tapi saya rasa bahagia apabila dia merajuk, saya dapat pujuk..
macam menerima satu piala pula..


paling bahagia kalau dalam waktu menangis, atau tarik muka, isteri saya boleh ketawa..hehe

itulah hidup di dunia..tak boleh gembira sentiasa, nanti bosan pula..sekali sekala perlu ada sedikit duka..untuk menambah perisa..

isteri melengkapkan hidup seorang lelaki..supaya kehidupan menjadi lebih seimbang..supaya iman si suami..dan termasuk juga isteri terjaga..

Kisah Adam dan Hawa di syurga...
memang Hawalah yang memujuk Adam supaya terpedaya dengan hasutan syaitan dan makan buah yang dilarang..
sehingga Allah murka..

Tapi Adam tidak menyalahkan Hawa..sebaliknya mereka sama-sama mengambil tanggungjwab..sama-sama bertaubat..sama-sama meneruskan kehidupan di dunia..malah Hawa sentiasa dan terus menemani Adam..

4 comments:

Rin said...

tertarik dgn perenggan terakhir entri anda..

mnr said...

tq arin..
ayat aku tak berapa puitis..
hehe

Unknown said...

Hai Niswan & Suhail... Tidak lama lagi, tertekan la anda! haha

mnr said...

wah..nuar, aku dengar satu berita baik pasal ko..tahniah..tahniah..

aku tak nampak yg niswan dan suhail akan tertekan..tapi yang mudah tertekan ialah Hammad..hehe