Thursday, December 06, 2007
Kerja Tuhan..Siapa yang Tahu
Soalan yang selalu ditanya oleh rakan-rakan apabila telah tamat pengajian ialah bila nak kahwin?
Itu soalan kepada orang bujang..
Mungkin jawapan yang akan diterima pelbagai..
Belum jodoh salah satunya..
Soalan yang selalu ditanya kepada mereka yang telah setahun dua mendirikan rumah tangga tetapi belum menimang cahaya mata ialah bila nak dapat anak?.. memang itu soalan yg selalu ditanya kan..
Salah satu tujuan perkahwinan ialah untuk mendapat zuriat...satu kelahiran yang menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T..
Itulah juga soalan yang sering isteri dan saya terima setelah setahun mendirikan rumah tangga.. bagi saya soalan ini bukan satu tekanan..
cuma untuk berbasa-basi..
sekadar untuk memulakan cerita..terutama bila bertemu rakan lama..
Tapi, bagi isteri saya..soalan ini menimbulkan tekanan kepadanya..sehingga menitiskan air mata..
Ya..saya memang faham sangat dengan perangai isteri..
Pernah saya menggelarnya puteri air mata..mudah menangis..bahasa untuk kanak-kanak ialah kememeh..
Memang isteri saya sangat sensitif bila mendengar soalan ini..
Tapi bila di depan orang, sekadar tersenyum dengan jawapan belum ada rezeki...
Jawapan sering saya utarakan ialah belum ada rezeki..
Tetapi setelah membaca himpunan cerpen Faisal tehrani di dalam Kekasih Sam Po Bo..
saya menemui jawapan baru untuk soalan tersebut..
ini semua kerja Tuhan..
Ya..kerja Tuhan, siapa yang tahu?...
Saya semakin obses dengan karya Faisal Tehrani..
Cerpen-cerpen dalam Kekasih Sam Po Bo memberikan saya kekuatan dan motivasi untuk berhadapan dengan cabaran harian..sehingga tanpa saya sedari, saya sudah mula meminati karyanya..walaupun tak terkejar saya dibuatnya..terlalu banyak karya yang dihasilkan..
kan seronok kalau ada kerja iaitu dengan membaca, kita akan dibayar gaji..
sudah tentu saya org pertama akan membuat kerja tersebut..hehe
Dalam Kekasih Sam Po Bo, ada dua cerpen yang berkisar persoalan anak..
Kedua-duanya membabitkan pasangan yang telah berumur..
dalam cerpen pertama..si suami dan isteri belum dikurniakan anak..tetapi keyakinan kepada Tuhan semakin tebal kerana suami percaya, itu semua ketentuan..dan Ujian..
Cerpen kedua menceritakan kisah suami isteri yang telah mencapai umur 50..
tetapi Allah telah kurniakan anak..
Itulah kekuasaan Tuhan...
Fikiran secara normal, sudah tentu umur 50 tak lagi bisa melahirkan..
tapi, Allah kan maha Berkuasa..
Ujian selama puluhan tahun kerana tidak dikurniakan cahaya mata telah menebalkan iman pasangan suami isteri ini..
dan iman mereka semakin bertambah tebal apabila dikurniakan anak ketika usia 50 tahun..
Allah sayang mereka kan?..
itu cerita pasal anak..banyak cerpen lagi sebenarnya..pasal kenaikan harga minyak, pasal isu rasuah..pasal sejarah Melaka..memang terkesan saya bila membaca cerpen-cerpen tersebut..
Kerja tuhan siapa yang tahu adalah ungkapan ayat dalam Novel Tunggu Teduh Dulu..
ucapan kenalan rapat kepada Salsabila Fahim iaitu Teh Sofia..
Ya, Kerja Tuhan, siapa tahu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
aku dh pegang2 buku ni.. tp ntah knp belum beli lagi.lepas baca entri ko ni, mungkin aku akan pegang dan bawa ke kaunter kot.. =)
kerja Tuhan.. siapa yg tahu..hmm.. (berfikir)
arin: beli jgn tak beli
Kerja Tuhan orang yang beriman tahu.
sukatikaulah: ya..hanya org beriman tahu..dan yakin..
Hidup ini antara syukur dan sabar...
kena berdoa..
Sbb semuanya ketentuan Allah...
bila kita lihat kesenangan dan kegembiraan orang lain, mungkin kita akan rasa kita kekurangan dan akan bersedih..
cuba kita lihat orang yang lebih susah dan sedih daripada kita..
kita akan rasa lebih bersyukur dan menambah kesabaran kita...
Nadmin,
fad tu sedih bila orang tanya je kut..
di lain-lain waktu tu, ko gembirakanla fad dengan cara ko sendiri..
best apa, honeymoon berpanjangan...
boleh merancang banyak benda..
applyla kuarters dekat dengan tempat kerja..
nanti fad gembirala suaminye balik awal setiap hari..
bawak g jalan2 selalu..
berbual selau...
nanti dah ada orang baru kena kacau
takda privacy..
bila orang tanya tu, bagitaula you berdua ni tengah honeymoon lagi...
hmm
entahla...
hati ni.. mmgla bila sedih rasa macam sedih sangat.. lagi2 kalau simpan..
so kita gunakan apa yang ada untuk ceriakan diri..
sebagai suami cubala gembirakan isteri sedaya upaya..
okla, nanti panjang sangat pula
Kerja Tuhan - siapa tahu..
Kerja Hamba - berdoa,berusaha, bersyukur, bertawakkal dan bersabar...
(masa belajar dengan al-sagoff dulu dia pernah cakap, ramai orang akan letak berdoa tu paling akhir..tapi sepatutnya dalam amalan hidup seharian Ingat Tuhan adalah yang pertama...)
hihi
sekadar mengingatkan diri sendiri juga ni...
salam..ko tahu kan sapa yang suka buat entry macam ni..
anynomous: TQ atas nasihat..
aku tau sape ko..haha..
memang panjang dan sgt berguna nasihat ko..aku amat menghargainya..
esok, aku ada kursus di Melaka..aku bawa isteriku sekali..supaya dia pun dpt merasai suasana lain..
aku rasa, ko patut tulis blog la..
jwb blog aku..hehe
Saya nak share ..
Alhamdulillah sebenarnya...saya dapat suami yang mmg memahami...sentiasa cuba nak meggembirakan hati.. kadang2 tu saje nak sembunyikan rase sedih ni, buat2 gembira,tapi dia mmg dapat tau jgk..bersyukur sgt..
Soalan tentang anak dari kawan2 kadang2 mmg menguji...tapi, bila di fikirkan , mmg betul...DIA lebih mengetahui..masa yang tepat untuk memperolehi zuriat..semua kerja DIA..
Betul kata anonymous td..bile kite tgk kesenangan org lain kite 'terlupe' yang kite jugak sebenarnya di kurniakan DIA banyak lagi kelebihan..mmg betul ape yang dicadangkan tu..hehe
Teringat jugak waktu datang kuliah dulu2.. kite tak boleh persoalkan kerja DIA..DIA maha mengetahui..DIA lebih tau ape yang ada dalam hati kita..
cuma, hati ni kadang2 tak dapat tahan..maklumlah, ada masa kita kuat, ada masanya kita lemah..ramai sebenarnya yang memahami..sentiasa bagi nasihat dan hikmah ujian ni...tapi, tak kurang jugak yang perli2...emm...takpela pun...
apepun, kehidupan mesti di teruskan..keimanan mesti di tingkatkan..tq pada suami yg sentiasa memahami..selalu bawak jalan2...bagi coklat...hehe..maklumlah saya ni, kalau tension, suka jalan2...dan menangis...rase lega bile dah nangis..hehe..
Syukur pada Mu Tuhan...
Terima kasih suami tercinta..
En. Nadm...
alamak,
encik nadmin(panggilan untuk PSU di sini)
saja nak perli ke ni...?
suruh tulis blog pulak..
kat opis ni pun curi masa
tu pun nasib baik yang incharge IT kat sini dah blocked friendster n YM.
kalau tidak, mungkin dikategorikan Pegawai Tidur dan Duduk (PTD)
setakat ni, alhamdulillah kerja jalan walaupun sibuk duk nasihat orang..(nasihat diri jugak ni...)
kalau my beloved husband tau mesti kena lecture pasal tujuan pergi bekerja...
kesian kat husband, bz sangat sampai tak sempat update his blog...
wife nye pulak pantang ada masa terluang ajak berjalan je...n sibuk jg mengendeng kat blog orang lain...
hihi..
takpala
take it simple..
life must goes on...
walaupun kita terduduk hari ini..
misal kata tiada tangan menghulur untuk kita bangun semula..
kita mesti gagahkan diri untuk teruskan perjalanan..
kerana destinasinya telah ditetapkanNYA..
En Nadmin,
saya pun out station ke Kuantan hari rabu nih..
tapi tak dapat nak bawa husband..
kerja my beloved husband lebih penting daripada berjalan2..
itu kesedihan hati yang saya alami wahai isteri En Nadmin
tapi small matter...
kita kan pandai ceriakan hati sendiri..
hihi..
dahla,
nanti En Nadmin suruh saya tulis blog pula lagi
lebih senang menasihati orang lain berdasarkan perkara yang sedang berlaku..
kalau tulis blog tu rasa macam gah sangat.. and terlalu umum..
(satu lagi fakta Ustazah Siti Bahyah sebut dalam ceramahnye- lelaki akan bercakap sebanyak 10,000 patah perkataan sehari
perempuan pula, 25,000patah perkataan sehari)
buktinya En. Nadmin jawab pendek je..
anonymous berdua ni jawab panjang lebar...
takpala
masing-masing punya pendapat
ok, salam
anonymous referred above
(tapi bukan suami tercintanya En. Nadm.. tu ye, entry atas lagi)
comelnye anynomous berdua nie..
bleh dibukukan pandangan kamu berdua..
mungkin tajuknya "buah fikiran si isteri"..
hehe..
lagi satu, saya biasa menulis blog slps waktu kerja...atau waktu rehat..
benar tu, kerja Tuhan, siapa tahu?
Kekasih Sam Po Bo! telah lama dibeli tapi masih belum habis dibaca.
am: ya, saya setuju... Ada cerita yang bagus dalam Kekasih Sam Po Bo..
ada yang saya kurang puas membacanya...contohnya cerpen pasal Sultan Alauddin..
tak puas membacanya..
tapi bila beli novel Sultan Alauddin, baru la puas..
salam..
baru jumpa blog nadmin..
huhu..fad ni sedih2 lak bila org saje2 berbasa basi..biasalah tu fad.
(tlg ckp kan dgn fad camtu ek..)
ada rezki anak tu tak lama lagi..yg penting keyakinan.tp jgn tekankan diri sgt ckp psl anak ni k.harap nadmin n fad berusahalah sehingga berjaya!(mcm lagu sek rendah dulu)hehe..chiayouk!!
soalan : rumah sekarang ni dekat tak dgn pencawang letrik yg besor tu? sbb itu pun blh jd slh 1 faktor..(bkn apa, biar usaha seiring dgn ilmu..akan ada makrifatnya..insyaAllah)
p/s: mcm tau jugak sape anonymous pertama tadi..hehe
Post a Comment