Monday, March 02, 2009

Bayi Yang Comel

Kawan-kawan,
Hampir dua bulan saya tak ceritakan apa-apa di blog ini..
Baru minggu lepas saya selesai menghabiskan Modul Disiplin dan Ketahanan Diri Tentera..
Modul tersebut diadakan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram Johor..
Banyak pengalaman baru...memang menarik...muka saya pun dah macam tentera..
badan pun dah makin "tough"(haha)

Tapi, untuk Modul Tentera tersebut, saya akan ceritakan lain kali..
Gambar pun saya tak dapat lagi..
Bila buat cerita bergambar, baru seronok kan?..

Hari ini, saya nak menceritakan hal rumah tangga saya..
Setelah dua minggu tidak pulang ke rumah kerana perlu mengikuti Modul Tentera..
Maka isteri yang manja pun merajuklah dia..
Kekadang menangis, kekadang muncunglah bibirnya..
Mujur, rajuknya itu dibuat-buat sahaja...maka saya sebagai suami pun berusahalah memujuk..
rajuknya tak lama..dapat 1 sms merajuk..dua sms saya hantar untuk memujuk, maka cairlah hatinya..

Salah satu cara untuk memujuk ialah bertanyakan mengenai bayi di dalam kandungan..
Ya..Bayi kami..benih cinta kami berdua..
Maka, saya berjanji untuk membawa isteri melihat bayi kami..
Isteri telah berkali-kali memaklumkan bahawa ketika kandungan mencapai usia 5 hingga 6 bulan, sudah boleh dilihat jantinanya..

Fahamlah saya isteri teringin benar melihat bayi kami..
Untuk memujuk hatinya yang lara kerana sering ditinggalkan, maka kami ke klinik yang terdekat..

Doktor pun scan perut isteri saya..
Alhamdulillah, telah hampir sempurna kejadiannya..
Doktor menunjukkan tulang belakang...doktor ukur..
Alhamdulillah sihat..doktor dekatkan lagi pandangan..doktor ukur bahagian kepala..
Alhamdulillah pembesarannya normal..
Doktor tunjukkan jantung bayi yang berdetak..Alhamdulillah..sihat..

Saat yang isteri tunggu iaitu untuk melihat jantina bayi kami..
tiba-tiba, bayi bergerak dan berpusing ke belakang..haha
Doktor cakap:
"amboi, dia malu"
Bayi kami agak aktif bergerak..menyukarkan doktor untuk mengenalpasti jantinanya..
doktor cuba lagi..
tetapi tak dapat juga..
akhirnya doktor mengalah..hahaha..

O,
Baby tak nak tunjuk kat ibu dan ayah dulu ye..
tak apa..Ayah dan ibu sabar menunggu..dua tahun ayah dan ibu nak dapat baby, akhirnya Allah kurniakan jua..

Babyku sayang..membesar dengan sihat ye..
Jaga Ibu ye sayang, selalu temankan ibu ye..
Selalu hiburkan hati ibu ye sayang..

Oh, itu sahaja dulu untuk kali ini..

9 comments:

FirJah said...

Nadmin..amboi malunya baby dia.. TAHNIAH yer..bila due nya?kim salam kat fad..insyaAllah dia kenal saya lagi..ismi KHADIJAH..cakap JAH IRK KEDAH..
kalau tak keberatan saya nak no contact fad k..
TQ.. jaga baby molek2.. kalau mampu cuba khatam Quran sebanyak mana yg boleh..doakan utk kami jua..

FirJah said...

utk fad... jgn sedih2 dan kuat merajuk tau ..takut turun kat baby nnti..sabar yer..saya dulu pun ditinggalkan keseorangan 6 bulan ..mcm ni lah jugak.. dah la dok kat ngri org tnpa sedara mara..nsb baik ada kawan2..rindu dah tak terkata dah la kat hubby..huhu..

Nadmin, bila last DPA?

Wasunni Al-Kelantani said...

nadmin..

lama ko tak update blog..hehe..

bila wife ko due?ala kulli hal..didoakan semuanya selamat sejahtera k

azri said...

na the min .. keep on posting brudder. aku rajin bace blog orang kalau kat ofis.huhu

peace!

nadmin said...

Firjah: TQ sbb sudi ziarah blog yg tak seberapa ni..saya bagi emel je ye: fadliana_saman@yahoo.com..

due bulan 7 nanti..doakan semua selamat ye..tq

Saleh: Aku tak sempat nak update..tapi tq sbb ko sudi jenguk2 lagi..haha..due bulan 7 insyaAllah..

Azri: Datang la lagi..haha

INSPIRASIHANA said...

bulan tujuh ye due...sama birthday ngan akak kot...16 julai...hehe (",) kim salam fad yer...bberat dia dah bertambah banyak ker??

Marliza Radzi said...

sukanya saya baca :)

alhamdulillah!

Syera said...

TAHNIAH Nadmin & Wife.. Duduk mana korag skrg?

nadmin said...

kak hana: ada kemungkinan tarikh tu kak..fad dah makin bulat sekarang..haha..

am: TQ ;>

syera: TQ, kami masih di gombak