Sunday, December 07, 2008

Korban

Assalamualaikum kawan-kawan..
Maaf, dah lama tak menulis di sini...sebab modul IT dah tamat..haha..
Balik rumah baru ada masa nak ke internet...uk

Mengenai hadiah untuk isteri, saya dah hadiahi isteri saya "purse"..
sebab saya tengok purse isteri saya yang lama dah agak uzur..
Haha..

Untuk pengetahuan semua..raya tahun ni, saya tak bercuti..sebaliknya kena raya Korban di INTAN Bukit Kiara..sembahyang raya di sana..Famili saya pun datang beraya sekali dengan saya..Hari Sabtu dan Ahad, kami dibenarkan pulang ke rumah..namun kena pulang semula ke INTAN sebelum jam 12.00 malam hari Ahad..
Pada hari Isnin, kami akan solat hari raya di Surau INTAN..kemudian ada jamuan untuk tetamu dan famili yang datang...kemudian, 7 ekor lembu akan dikorbankan...

Semua peserta kursus perlu memilih tugas-tugas yang disediakan..antaranya ialah menumbangkan dan menyembelih lembu..melapah dan memotong daging...menimbang dan membahagikan daging..kebersihan..logistik..masakan dan jamuan..

Saya memilih untuk memotong daging...

Kawan-kawan..itu je dulu perkembangan terkini dari saya..
dah mengantuk..banyak malam saya tidur lewat...huaaahhh..dah menguap lagi..

Ok..ilal iqa'

3 comments:

Unknown said...

INTAN sengaja melibatkan bukan staf kerana mahu mengimarahkan program, bukan?

Marliza Radzi said...

bagus hadiah purse sebab berguna.

bulan ini suami saya dapat bonus dia janji nak belikan saya purse (atau saya panggil wallet baru. hehehe.

mnr said...

anuar: ya betul..haha..yang ikut kursus sahaja dah 300 lebih.

Am: tq..memang berguna..wah, tahniah dapat hadiah! :)