Wednesday, January 02, 2008

Motivasi Untuk Tahun Baru

Tahun baru semalam, kebanyakan orang bercuti termasuk saya..
tak banyak aktiviti yang dibuat..cuma lepak-lepak di rumah..
merehatkan minda dan badan...atau bermalas-malasan sebenarnya...

Tapi hari ini, bangun dari tidur pagi-pagi tadi, kepala terasa berat semacam..
permulaan hari baru yang tidak baik untuk hari baru..hehe..
tapi saya tetap ke pejabat..kalau tiba-tiba demam, minta sahaja kebenaran pulang nanti..
mungkin boleh minta kebenaran untuk ke klinik..

kalau demam pun, saya bersyukur..mudah-mudahan Allah mengampuni dosa saya..amiin..

bercakap pasal tahun baru, ramai yang memasang azam dan impian pada tahun 2008 ini..
azam saya ialah:

1) berusaha untuk dapatkan anak..saya berdoa sgt2 semoga dapat anak tahun ini..
2) bekerja lebih kuat..

2 aje azam saya..azam anda?...

untuk melaksanakan azam ini, kita perlu ada kekuatan..atau dalam kata lain..motivasi..
motivasi penting untuk menaikkan semangat kita..
motivasi penting supaya kita sentiasa fokus..

tapi, pernahkah kita terfikir apakah erti motivasi?...
motivasi adalah perkataan Bahasa Melayu yang diambil dari Bahasa Inggeris, MOTIVATION
MOTIVATION pula diambil dari perkataan Greek iaitu MOTIVUS..

apakah ertinya MOTIVUS itu?
MOTIVUS ialah PRIME MOVER..
atau dalam Bahasa Malaysia, PENGGERAK YANG TERAGUNG (anda ada perkataan yg lebih sesuai?)

Siapakah PRIME MOVER?
PRIME MOVER ialah Allah SWT..

oleh itu, motivasi yang tertinggi ialah ALLAH..
jadi..selepas berazam, perkara yang perlu kita lakukan ialah berterus-terusan berdoa dan mengharap kepada ALLAH..
DIAlah satu-satunya tempat kita bergantung..

moga-moga azam anda terlaksana..Selamat menempuhi tahun baru..

6 comments:

Marliza Radzi said...

Prime Mover = ALLAH
sukalah :)

Anonymous said...

penyataan 'Saya nak dapatkan anak' tu yg POWER tu..hehe

Sahalfikri said...

u've made a good point
tp sebnarnya best point

nampak simple tp tidak..
membuatkan aku bermuhasabah

syukran

mnr said...

am dan suhail: bos yang bagitau pasal maksud motivasi...jadi nak kongsi dengan semua..

anynomous: doakan ye

Anonymous said...

...from kak intan's blog jumping here
to: en. nadmin
I am... silent reader
takda blog macam antum semua..
so anonymous n always anonymous...

Anonymous said...

p/s: anonymous atas comment no 2 is not me ok
SALAM MAAL HIJRAH to en nadmin n isteri
from me, hubby n fatimah amani