Tuesday, August 14, 2007

Novel-novel yang Aku Rindu

Aku ada mempunyai beberap buah novel yang memang aku suka membacanya. Tetapi novel-novel tersebut telah lesap dari pandangan..biasanya novel-novel yang lesap dari pandangan aku ini, ada seseorang yang meminjamnya dan tidak memulangkan semula kepadaku..antara novel-novel yang sering aku rindu dan aku tidak jemu untuk mengulang baca beberapa kali ialah novel-novel karangan HAMKA dan Faisal Tehrani.

Novel-novel HAMKA mempunyai maksud yang mendalam mengenai cara dan corak kehidupan, pergaulan antara manusia dan manusia, manusia dan alam dan manusia dan Tuhan..

Manakala Faisal Tehrani merupakan penulis generasi baru yang berani berterus terang dalam karangan ciptaannya.. Bersifat ketuhanan dan menaikkan semangat..itulah yang aku suka..

Aku membaca novel bukan sekadar untuk membelai jiwa..sebaliknya aku membaca novel untuk membina jiwa, membentuk hati, dan menajamkan fikiran..
Oleh itu, aku agak memilih novel-novel yang aku akan baca..Di bawah ini merupakan beberapa novel karangan HAMKA dan Faisal Tehrani yang aku rindu..




TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJK

Ini merupakan novel HAMKA pertama yang aku baca..sungguh mengasyikkan percintaan Zainudin dan Hayati.. Hinggakan novel ini dijadikan bahan perbincangan dalam perjumpaan-perjumpaan dan usrah yang aku ikuti...

Kisah Zainudin yang bangkit semula setelah kehilangan "Hidupnya" iaitu Hayati..

Di dalam novel ini HAMKA turut menceritakan keindahan Bumi Minangkabau iaitu Sumatera Barat..memang cantik Bumi Minangkabau..Sesiapa yang ingin berkunjung ke sana perlu membaca dahulu novel ini. Apabila sampai, sudah tentu anda akan tercari-cari tempat-tempat yang disebutkan HAMKA di dalam novel ini..terasa lebih hidup novel ini apabila tempat yang disebut itu berada di hadapan mata..dan sudah pula anda jejakinya..

Oleh itu, kepada mereka yang baru mengintai-ngintai untuk bercinta, bacalah novel ini dan fahami maksud tersirat di sebalik setiap patah perkataan yang HAMKA nukilkan di dalamnya.. novel ini juga sesuai untuk mereka yang mencari-cari kekuatan setelah jatuh di dalam hidup...

MERANTAU KE DELI

Novel ini menceritakan mengenai kehidupan suami isteri..sangat sesuai dibaca oleh mereka yang ingin melangkah ke alam rumahtangga.. Sifat-sifat yang ada pada suami dan isteri yang diceritakan oleh HAMKA di dalam novel ini, boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian..

Menceritakan bagaimana sepasang suami isteri bersusah payah membina kehidupan mereka..bila sudah senang, si suami melupakan pengorbanan isterinya...

Salah satu kata-kata yang ada di dalam novel ini yang memberi gambaran tentang kehidupan kita di dunia ini ialah:

" Dalam hidup, kita perlu sentiasa
mendaki dan menuruni...memang payah untuk mendaki bukit..namun
bersabarlah..kerana kita pasti akan sampai ke puncak..apabila berada di
puncak..jangan lalai dan leka..kerana kita pasti juga akan menuruni lurah..mudah
juga untuk menuruni, tapi berhati-hati kerana mungkin kita akan
tergelincir..bila sudah berada di kaki bukit..kita perlu bersedia dan berusaha
untuk mendaki bukit yang seterusnya..itulah kehidupan dunia..jalan rata yang
akan kita tempuhi hanyalah di akhirat nanti..waktu itu, kita tak perlu mendaki
atau menuruni lagi.."


Setakat ini dulu aku bercerita tentang novel-novel yang aku rindu... banyak lagi..tapi tak cukup masa..bagaimana anda? ada novel atau buku yang anda rindu? bolehlah kita berkongsi bersama..

10 comments:

Rin said...

aku suka baca novel jugak. ms sekolah dulu, aku baca je semua termasuk novel2 ahadiat akashah. skrg ni la, since masa agak terhad maka aku agak selective nk baca novel. aku peminat ramlee awang murshid. w/pun bkn semua tp byk novel dia yg aku baca. sbb novel dia sgt kreatif dan memerlukan imaginasi yg tinggi.itu yg aku kagum dgn penulis nya.tp yg aku pinjam je.satu2nya yg aku beli adalah 'cinta sang ratu'. sbb aku sgt admire dgn laksamana sunan yg ala2 lelaki melayu terakhir tuh.lgpun aku dh baca 'bagaikan puteri' so adalah satu kewajipan utk baca sequel kedua novel ni.

mnr said...

aku penah baca novel Ramlee Awang Murshid..apa tajuknya..Ranggau?..aku tak ingatla tajuk novel tu..aku pinjam novel tu..Ramlee Awang Murshid suka buat sequel kan?..dan lagi satu mencabar minda kita utk fikir apa yang dah berlaku dan apa yang akan berlaku..kita kena flashback untuk faham betul-betul apa yang berlaku..

memang bagus membaca nie.."lagi bagus baca novel dari tengok tv" kata lecturer aku..

Rin said...

aku byk beli novel dr hm tuah iskandar jer.termasuk siri buku2 motivasi dia. aku suka novel pengembaraan dr tuah. sbb aku kagum dia explain satu2 tmpt tu dgn detail. drpd novel tu mungkin blh cari tmpt2 yg dia tulis.

novel yg aku rindu..hm, ada.aku rindu dgn novel 'bila sena berguguran' & 'bila sena berguguran 2'. kisah zikrillah dgn afiqah yg sgt menyentuh hati.

ada lagi..novel yg jd kajian aku utk sastera melayu ms spm dulu.. 'mereka yang tertewas' .dulu aku tak suka paper sastera sbb aku rasa mcm merepek jer..tp bila aku baca novel tu (asalnya for the sake of spm jer) barula hati aku terbuka blaja sastera melayu then score A1 ms spm..itu kisah seorang yg kecewa, merantau, dan menjadi imam yg disegani. ulama' + panglima melayu.. (mcm laksamana sunan jugak). sbb itu aku pun terinspirasi utk belaja silat melayu..sbb mengikut beberapa kajian, kebanyakkan ulama melayu yg berjuang utk tanah air belajar silat utk bekalan diri.

hm, aku admit kebenaran kata2 cikgu aku 10 thn dulu dulu.. "sastera adalah subjek yang memanusiakan manusia"..

Rin said...

membaca mmg lg bagus sbb neuron2 kita aktif imagine apa yg kita baca. tp aku suka jugak tgk tv. hm, eh aku suka series drama sbnr nya. pilihan aku tentulah series drama dr taiwan, jepun & korea. tp aku plg suka jepun laa.. sbb cerita jepun presented dlm keadaan senyap..kurang skrip. tp sbb skrip cerita sgt kuat smpi kan sepatah dua yg diungkapkan sgt berkesan di hati..

Rin said...

aku suka bermain dgn bahasa sbnr nya. aku prnh buat cerpen tp setakat membe2 je la baca. lepas tu buat sajak sket2..ada jugak yg tersiar kt majalah. aku ada plan nk buat novel jugak. jln cerita dh ada tp ntahla knp tak mula lagi..teringin jugak nk rasa perasaan bila novel sendiri dipublishkan..tp cemane ek?

mnr said...

nak buat novel sendiri?..aku rasa elok ko tanya pada Puan Ainon (PTS)..sebab dia memang suka penulis muda nie..memang dia sokong..
lagi sorang yang aku rasa bleh tolong, Nisah Haron..nampak dia memberi sokongan pada org yg baru nak menulis..
Blog nisah haron aku dah link kan kt blog aku ni..tgk kat bahagian buku, seni dan sastera..
ok arin..All d best..x sabar nak baca novel ko nanti..

Anonymous said...

hahaha..tak sabar nk baca?idea br berlegar di kepala jer.puan ainon? hm,aku pnh sekali jmpa dia in person.ms buat project censerve kt uia dulu.ada jugak bro nazrul ajak sesapa nk join tp ms tu x terbuka lg hati..no phone dia pun dh ilang ms ilang henset hr tuh..
tgk j.k.rowling jd kaya-raya sbb novel dia pun buat aku teruja jugak..hehehe..tp ms nk buat research pun terhad..tp ms sekolah dulu masa terhad jugak..hm, when there's a will then there's a way..neway, thanx atas galakan ko.tiba2 mcm nmpk jalan jer...

Marliza Radzi said...

sangat suka ke-2-2 buku itu!

mnr said...

am : memang menarik..

a'ung said...

revew yg bagus... rindu membaca lagi novel karya Hamka tentang "Mak Itih Ingin Jadi Pengantin" setelah puluhan tahun tak menemukannya lagi.makasih yaa